JPA | ٣٩

704 88 17
                                    

NAK pergi mana hari ni?” soal suara maskulin itu sambil memakaikan tie pada diri sendiri.

Seorang Narissa bukannya apa, aku takut terbelit suami sendiri je jika pakaikan tie buat lelaki itu. Kang diri sendiri jugak yang bakal disoal siasat. Rumit!

“Nak pergi jumpa Elhan. Boleh tak?” Aku membuat muka kucing sambil merapati Nadeem yang sibuk menilik diri sendiri melalui cermin.

Puji diri sendirilah tu.

“Nak jumpa Elhan ke nak jumpa duda?” soal Nadeem, mengangkat kening sambil memeluk tubuh lalu memandang ke arah wajahku dengan serius.

“Ish, ke situ pulak! Nak jumpa Elhan la. Lama tak jumpa dia,” balasku sambil menampar bahu Nadeem sedas. Ambil kau!

“Gurau je, sayang!” balas Nadeem sambil tersengih-sengih. Mamat ni kalau sehari tak tersengih, itu bukan Izdan Nadeem. Itu hantu dia.

“Sikit-sikit tu bolehlah, eh. Lebih-lebih, Manja pun tak nak layan awak.” Balasan aku membuatkan Nadeem ketawa terkekeh-kekeh.

“Salam daddy.” Nadeem menghulurkan tangan kanannya padaku saat ingin bertolak ke pejabat sesudah bersarapan.

“Euw, apa daddy daddy ni? Geli!” Aku mencubit lengan Nadeem yang sasa. Nadeem ketawa berdekah lagi.

Ceria betul hari ni.

“Okay kalau tak nak daddy, panggil abang la. Abang kan tua daripada Rissa.” Baiklah, nampaknya Encik Nadeem kita sudah mahu menukar nama panggilan.

Kita ikutkan jelah.

Wajah sudah memerah menahan malu. Selama mana pun kahwin, malu tu masih terasa. Biasalah! Kau tak kahwin lagi, apa tahu? Haha.

“Abang? Hmm, bolehlah boleh. Tapi, kalau saya tersasul tu faham-fahamlah yang saya belum biasa,” balasku selamba.

Buat saja macam biasa! Nadeem bukan boleh, selain ketawa hobi dia yang lain ialah mengusik isteri sendiri.

“Yeah! Terima kasih isteriku yang jelita. Tak apa, abangmu ini memahami!” Bersemangat Nadeem mahu memasuki perut kereta sebelum sempat dia curi-curi mencium dahiku.

Nasib tak ada yang memandang! Akhirnya, lambaian diberikan buat lelaki itu saat keretanya perlahan-lahan menghilang daripada pandangan mata.

Senyuman makin mekar sambil menggeleng kepala. Mengambil keputusan untuk mengahwini lelaki itu, tidak pernah salah dan tidak pernah aku sesal.

Semoga...

Kebahagiaan ini berkekalan.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



KERETA diparkir di hadapan rumah Datin Suriana lalu aku melangkah keluar daripada dalam perut kereta sambil enjin dimatikan. Mata melilau ke arah sekeliling kawasan perumahan Datin Suriana. Senyap sunyi betul.

Jiran Paling Annoying©Where stories live. Discover now