MATA bertentang mata. Tajam saja mataku memandang wajah Nadeem yang memegang sepucuk surat yang berada di dalam sampul tersebut.
Nadeem pulang sahaja daripada tempat kerja terus aku menariknya untuk berbincang mengenai surat layang ini. Sebelum itu, sempatlah Nadeem menunaikan solat asar bersamaku terlebih dahulu.
"Nak saya baca ke?" soal Nadeem sambil menggaru belakang lehernya. Jelas, Nadeem sendiri tidak tahu akan gerangan yang menghantar surat tersebut.
"Ha, baca kuat-kuat," arahku pula dengan nada yang dibuat-buat serius.
"Janganlah serius macam tu, sayang. Takut abang ni," balas Nadeem pula sambil ketawa, turut mengundang tawa kecilku terlepas.
Sejak bila guna panggilan Abang ni? Seram, mak!
“Eee, baca cepat! Tak sabar ni." Aku mula mendekatkan diri dengan Nadeem, ingin mengintai isi kandungan surat tersebut namun cepat saja Nadeem melarikan tangannya.
“Okay, saya baca eh. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Kejap, nak baca doa pendinding," ujar Nadeem lagi sengaja melengahkan masa sambil menadah tangannya.
“Ish, dia ni!" Aku menepuk bahu Nadeem dengan lembut sambil mengikut lelaki itu menadah tangan.
“Aamiin." Nadeem meraup wajahnya sebelum membuka sampul surat tersebut perlahan-lahan.
Kening Nadeem hampir bercantum saat lelaki itu tidak habis-habis mengerutkan kening.
“Kenapa tu? Dia pakai bahasa Urdu ka apa?" soalku tidak sabar sambil mendekati suamiku kembali.
“Bukan, dia pakai English. Tapi, awak bacalah sendiri. Takut pulak saya," balas Nadeem sambil menghulurkan surat tersebut padaku.
Aku menyambut huluran suamiku dengan rasa hairan yang mula menyapa. Baiklah, kita baca dalam hati jelah.
Hey there, Mr. Izdan Nadeem.
Glad to know that you're already married and seem like you never notice me in your life, huh? Congratulation by the way.
Do you want a precious gift from me? So, you have to find me first. I have one mission for you and you need to settle this mission or I will turn your wedding into a storm. Take care of your wife carefully or else she will enter my trap.
First, you need to settle this riddle and you need to go to the place:
Katanya jambatan tetapi dimanakah kuncinya?
Katanya kejayaan tetapi dimanakah tangganya?Hint : 978- 7- 28- 148410
Untuk masa yang masih tersisa, berbahagialah dengan isterimu sebelum senyuman berganti tangisan.
Mataku terkelip-kelip saat membaca isi kandungan surat tersebut. Orang yang menulis surat ini, ada hati dengan Nadeem? Dan, orang ini menyuruh aku dengan Nadeem menyelesaikan misi ni?
“Orang ni suruh awak cari dia la, Nadeem. Dia siap bagi teka teki merepek ni lagi. Nampak sangat otak pun tak berapa nak betul," ulasku sebelum menyerahkan surat tadi kembali pada Nadeem.
“Saya rasa dia bergurau je kut." Nadeem membalas pula seperti cuba menyedapkan hatinya sendiri.
“Eee, bergurau apanya macam ni? Ni dia ugut kita ni, Nadeem. Jomlah report polis," ajakku pula sambil cuba untuk bangun namun cepat saja Nadeem menarikku untuk duduk kembali.
“Jangan report lagi, sayang oi. Kita tunggu dulu dia nak buat apa," balas Nadeem pula dengan tenang.
“Ish, kita dalam bahaya la sekarang ni. Mana tahu dia ada pasang CCTV kat rumah kita ke atau dia pasang CCTV kecil kat mana-mana ke? Ke dia tengah mengintai kat luar rumah tu ke?" bebelku pula panjang membuatkan Nadeem tergelak.
YOU ARE READING
Jiran Paling Annoying©
Romance﷽ 𝑇ℎ𝑖𝑟𝑑 𝐵𝑎𝑏𝑦 @haniswrite Narissa Safiyya - Seorang penulis novel yang tidak diketahui identitinya , hanya mahu dikenali dengan nama pena iaitu Srikandi Rahsia. Seorang penulis bestseller yang hidup bagaikan terperuk di dalam hutan. Turut b...