Hidup yang aman tanpa kebimbangan untuk bertembung dengan Nazril Nazim.
"𝘞𝘦𝘩, 𝘒𝘶𝘤𝘢𝘪 𝘯𝘢𝘬 𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢. 𝘋𝘪𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝘣𝘪𝘯𝘤𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘳𝘦𝘵𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘳𝘶𝘮𝘢𝘩 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘶 𝘤𝘢𝘳𝘪 𝘵𝘶",𝘶𝘤𝘢𝘱 𝘘𝘪𝘴𝘵𝘪𝘯𝘢 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘚𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘳𝘢𝘱𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘬𝘦𝘭𝘢𝘴 𝘱𝘢𝘨𝘪 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘵𝘢𝘮𝘢𝘵.
"𝘒𝘢𝘵 𝘮𝘢𝘯𝘢?",𝘴𝘰𝘢𝘭 𝘚𝘢𝘳𝘢𝘩.
"𝘋𝘦𝘱𝘢𝘯 𝘧𝘢𝘬𝘶𝘭𝘵𝘪 𝘬𝘪𝘵𝘢",
"𝘋𝘪𝘢 𝘴𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨?",
"𝘒𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬𝘶𝘵 𝘈𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘕𝘢𝘻𝘳𝘪𝘭 𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘦?",
"𝘒𝘢𝘶 𝘯𝘪 𝘬𝘦𝘯𝘢𝘱𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝘱𝘢𝘯𝘨𝘨𝘪𝘭 𝘥𝘪𝘢 𝘢𝘣𝘢𝘯𝘨? 𝘎𝘦𝘭𝘪 𝘵𝘦𝘬𝘢𝘬 𝘢𝘬𝘶",
"𝘒𝘢𝘶 𝘵𝘶 𝘬𝘦𝘯𝘢𝘱𝘢. 𝘛𝘢𝘬 𝘢𝘥𝘢 𝘢𝘯𝘨𝘪𝘯 𝘵𝘢𝘬 𝘢𝘥𝘢 𝘳𝘪𝘣𝘶𝘵 𝘯𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘮𝘶𝘴𝘶𝘩 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘗𝘢𝘬 𝘜𝘴𝘵𝘢𝘻 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘈𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘕𝘢𝘻 𝘵𝘶",
"𝘊𝘦𝘱𝘢𝘵𝘭𝘢𝘩 𝘫𝘢𝘸𝘢𝘣 𝘴𝘰𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶",
"𝘒𝘶𝘤𝘢𝘪 𝘴𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘫𝘦. 𝘋𝘪𝘢 𝘬𝘢𝘵𝘢 𝘈𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘕𝘢𝘻 𝘣𝘢𝘭𝘪𝘬 𝘬𝘢𝘮𝘱𝘶𝘯𝘨",
"𝘚𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘐𝘴𝘯𝘪𝘯?",
"𝘒𝘰𝘵"
"𝘈𝘬𝘶 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘶𝘯𝘵𝘶𝘵 𝘫𝘢𝘸𝘢𝘱𝘢𝘯 '𝘬𝘰𝘵' 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘶",
'Sarah, tahu tak waktu sekarang ni kau saja yang fikir tentang dia. Dia tak ada maknanya nak fikir tentang kau. Dia sedang bahagia dengan Umi dan Manja',detik hati Maisarah.
Umi & Manja? Dia tak ingat rupa atau kenangan dengan ibu dan adik kepada Nazril itu. Mereka hanya...rasa dekat dihatinya. Dia tahu Umi seorang yang baik dan Manja seorang yang...manja. Cuma untuk kehidupan kali ini, dia tak nak mengenali mereka.Dia harus menahan rasa. Jika dia tidak memulakan perkenalan dari sekarang, tentu lambat laun mereka berdua akan terhapus dari ingatannya. Begitu juga Nazril. Dia akan lupakan kenangan dengan Nazril yang buat dia jatuh cinta. Sekarang mereka adalah orang asing. Sarah akan kekalkan hubungan itu sehingga semua takdir hidupnya yang sebelum ini terpadam.
Sabtu itu, Sarah penat kesana sini untuk menyiapkan assignment mengejut yang diberi pensyarah. Sebelum ini dia culas dalam menyiapkan assignment, maka tanggunglah akibatnya sekarang kerana dia kekurangan carry mark untuk beberapa subjek. Dia sedang menunggu panggilan telefon dari rakan satu kumpulannya, Umi Naziera yang akan memberi beberapa maklumat tambahan untuk tugasan mereka.
Satu nombor tak dikenali menghubunginya. Dia perasan nombor tiga nombor terakhir pada nombor si pemanggil adalah nombor milik Umi Naziera kerana dia tidak simpan lagi nombor gadis itu.
"Assalamualaikum",ucap si pemanggil. Lembut pula suara Umie Naziera malam itu.
"Waalaikumsalam. Jap ye Naz, saya baru nak buka laptop",jawab Sarah pantas membuka komputer ribanya.
"Ini Maisarah?",soal si pemanggil.
"Laa Naz. Kenapa tanya macam tu? Pelik saja awak ni",
"Ini bukan Naz. Ini Umi Naz",ucap si pemanggil.
Dah kenapa mak cik seorang ni. Memanglah nama dia Umi Naziera.
Sekejap. Dia macam kenal suara tu. Berderau darah Sarah dibuatnya."Uu..umi? Erm..maaf, ni ibu kepada Nazril?",soal Sarah.
"Haah, ini ibu kepada Naz. Panggil umi saja".
Ya Tohanku. Ujian apakah yang kau datangkan padaku ini? Kenapalah aku pergi delete nombor Nazril kalau tak mesti aku boleh trace nombor dia.
Aku patut block nombor dia lepas ni.
"Ye, errr..umi. Erm, kenapa..telefon Sarah?"
Kenapa banyak benda yang berlaku sekarang bertentangan dengan apa yang berlaku dahulu? Kalau dia tidak silap dahulu memang selama sebulan dia yang terhegeh-hegehkan Nazril. Tapi kali ini Nazril pula yang selalu 'mengacaunya'. Memang misi hidup dia nak musnahkan kebahagiaan aku ke?
"Maaf, umi tahu tiba-tiba saja umi telefon Maisarah. Jadi betullah kamu 'berkawan' dengan Nazril?",
"Kawan kepada kawan saya adalah kawan Nazril. Kiranya kenal macam gitu gitu saja, tak rapat pun. Tadi tu, sebenarnya saya ingat kawan saya Naziera yang telefon. Saya panggil dia Naz juga",jawab Sarah lurus.
"Ohh, macam tu ceritanya. Umi telefon ni sebab risau pula dengan si Nazril. Tak pernah-pernah mengigau, dua hari ni dia mengigau panggil nama Sarah. Bila ditanya tak nak jawab. Tapi banyak termenung, gelisah. Macam kena tinggal dengan bini", jelas Puan Ida.
Jangan disebut perkataan bini tu!
"Jadi umi ingat mungkin itu nama kawan perempuan istimewa dia. Kebetulan, tadi umi guna telefon dia sekejap. Kemudian ternampak nama Sarah dalam carian nombor. Umi minta maaf ye jika ganggu Sarah",
Tak, umi. Sarah rindu sangat dengan Umi dan Manja. Tapi kita kena putuskan sebarang hubungan sebab kalau tak masa depan Sarah tak bahagia.
"Tak apalah, Umi. Sarah pun kat bilik ni tak ada buat apa. Umi sihat?",ucap Sarah cuba melarikan topik perbincangan tentang hubungan dia dan Nazril.
"Sihat alhamdulillah. Sarah dah berapa lama kenal dengan Naz?",
"Tak sampai dua minggu pun. Sarah lebih banyak contact dengan roomate Nazril, Izudin untuk settlekan beberapa hal. Kami tak pernah berbual berdua pun, Umi. Jadi, Umi jangan risau kami memang tak ada apa-apa hubungan",
Umi bolehlah teruskan niat Umi nak jodohkan Nazril dengan Kak Nurul Huda.
"Itulah, Umi hairan juga kenapa nama Sarah yang disebut. Nazril tu kalau dia rasa bersalah, dia akan mengigau sebut nama orang yang dia buat salah. Sebab tu Umi call Sarah untuk tahu cerita sebenar sebab dia memang takkan cerita",
"Tak ada salah la umi. Biasalah kawan-kawan kadang-kadang gurau kasar. Sarah tak ambil hati pun. Umi jangan risau. Abang Nazril tu baik, jodoh dia mestilah baik seperti dia. Bukan macam Sarah. Sarah tak pakai tudung",
"Kenapa Sarah cakap macam tu? Baik buruk seseorang tu tak boleh dinilai dari luaran. Ini Umi bercakap dengan Sarah melalui telefon pun Umi boleh tahu Sarah ni budak baik. Sarah mesti manja dengan ibu Sarah kan?",
"Macam mana Umi tahu?",
"Umi pun ada anak perempuan yang rapat dengan Umi. Macam nilah dia selalu cakap dengan Umi. Lembut dan manja",
Sarah sudah mula menangis. Malam itu dua orang wanita yang paling disayangi Nazril (dari kehidupan dahulu) melepaskan rindu yang tak terungkap untuk satu sama lain.
Sarah berjanji. Itu kali pertama dan terakhir Umi akan dengar tentang dirinya.
................................................................

ANDA SEDANG MEMBACA
#rasn spin off
Hayran KurguFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...