"Dah habis discussion dengan Encik Hadi? Okay tak?",soal Sarah apabila Aidil naik semula ke bilik pejabat Dato Raqib. Aidil naik untuk berjumpa seketika dengan Sarah dan beberapa staff sebelum kembali ke syarikatnya pula.
"Okay. Sekejap lagi Aidil nak briefing beberapa staff yang terlibat dalam action plan yang Encik Hadi syorkan. Dia masih akan pantau perkembangan syarikat kita dari semasa ke semasa, jadi kalau Sarah nak join slot konsultansi selepas ni, beritahu Aidil",ucap Aidil.
"Hish, Sarah tak pandai lah Aidil. Sarah rasa kat syarikat ni Sarah layak jadi kerani susun fail je",ucap Sarah.
"Apa pula cakap macam tu. Inikan syarikat papa Sarah. Sarah kena belajar untuk uruskannya. Jangan risau, Aidil dan ramai staf kat sini akan bantu Sarah",ucap Aidil.
Sarah pandang ke dalam mata Aidil dengan senyuman sampai ke telinga. Dia betul-betul berterima kasih dengan lelaki itu.
"Sarah tak tahu apa yang Sarah akan buat kalau tak ada Aidil. Terima kasih sangat-sangat, Dil. Hanya Tuhan dapat membalas jasa Aidil",ucap Sarah bersungguh-sungguh. Ya Tuhan, tolong bukakan pintu hati aku untuk lelaki ini.
Aidil turut tersenyum. Dia bukan mengambil kesempatan tapi dia berharap usaha nya yang sikit ini boleh melembutkan hati Sarah untuk menerima cintanya.
"Ehem",satu suara berdehem. Lamunan Sarah dan Aidil terhenti. Mereka pun tidak sedar berapa lama mereka bertatapan sambil tersenyum antara satu sama lain.
"Sorry, aku tertinggal beg laptop aku",ucap Nazril. Sarah dan Aidil mengangguk sambil tersenyum pada Nazril. Apabila Nazril keluar, dia masih dapat menangkap perbualan mereka.
"Kita dinner sama hari ni?",soal Sarah pada Aidil. Dari ekor mata Nazril,nampak jelas dari bahasa tubuh Sarah yang dia seperti sedang menggoda Aidil. Nazril hanya mampu mengeluh.
Dia dan Huda.
Sarah dan Aidil.
Sepatutnya begitulah takdir yang harus terjadi.
............................................
"Helo, Cai.",ucap Qistina di hujung talian.
"Hah, ada apa kau telefon aku, Bar?",jawab Izudin.
"Eh nak tanya hujung minggu ni kau ada balik kampung tak? Aku nak kirim barang ke mak aku".
"Aku balik minggu lagi satu. Urgent sangat ke barang tu?".
"Eh, tak lah. Kau tahulah mak aku tu, kalau dia minta something , jam tu juga dia nak. Kalau macam tu hujung minggu ni aku jumpa kau untuk bagi barang tu. Nanti kau beri mak aku minggu depan eh",ucap Qistina.
"Hujung minggu ni macam busy la. Tak apa, nanti lepas aku hantar Naz ke stesen bas, aku jumpa kau".
"Oh abang Naz nak balik kampung ke?".
"Haah, dia nak uruskan hal pertunangan dengan Nurul Huda. Katanya umi dia nak percepatkan tarikh pertunangan dan pernikahan".
Qistina terdiam seketika.
"Kau dah kenapa diam pula tu?",soal Izudin.
"Eh, nanti kita keluar makan sekali eh lepas aku beri kau barang tu".
"Ohhh kau nak dating dengan aku ke?".
"Banyak ah kau. Ada hal tentang Sarah yang aku nak bincang dengan kau".
"Apa kena mengena dengan aku? Dia suka aku ke?".
Qistina gelak besar. Panjang dan kuat.
"Kurang ajar kau",ucap Izzudin.
"Alahai kau ni. Buat kelakar pula petang-petang macam ni",ucap Qistina menghabiskan sisa tawanya.
.........................................................................................................................................................
ANDA SEDANG MEMBACA
#rasn spin off
Fiksyen PeminatFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...
