"Abang Aidil!"sapa Sarah dengan suara teruja. Aidil terkejut melihat gadis kesayangannya itu muncul di pejabatnya tatkala dia stress dengan kerjanya.
"Sarah, buat apa kat sini?"
"Laa, PA Aidil tak bagitau ke. Kan kita ada temujanji. Bukan temujanji peribadi okay, ni pasal hal kerja"
" Jadi Sarah lah wakil syarikat papa Sarah yang nak jumpa dengan Aidil. Kenapa tak cakap awal-awal, boleh kita keluar minum ke"
"Tak nak. Sarah nak bincang sekejap je"
"Ni papa tak ikut sekali?"
"Tak. Sarah dah beritahu papa yang Sarah nak belajar handle syarikat papa"
"Wahh ok. Jom kita diskus kat meja kopi tu"
......
"Tak faham la aku dengan perempuan macam tu. Bakal tunang orang pun nak disapu".
"Hari tu tahu tak, aku nampak bekas tunang dia hantar dia ke kelas. Bukan main mesra lagi diorang".
"Kadang-kadang aku nampak Izudin tu pun rajin melayan si Sarah tu. Memang dasar playgirl . Semua lelaki dia nak sapu".
"Sarah, kau tahu tak semua orang tengah bergosip pasal kau?",soal Qistina.
"Diorang cakap aku apa?"
"Macam biasalah, playgirl. Eh, tapi betul ke kau ada hubungan dengan Naz? Kau tahu tak dia dah nak bertunang dengan Kak Nurul Huda. Kalau gosip dengan abg Aidil aku tak kisah sangat, tapi dengan Izudin...eei,kau taste kat dia jugak ke?"
"Haih kau ni makin nak exam makin itu yang kau fikir. Apa beza kau dengan kaki-kaki gosip kat luar tu?"
"Betul ke kau memang tengah mainkan tiga-tiga lelaki tu?"
" Kalau aku boleh rekod perbualan aku dengan tiga-tiga lelaki tu, memang takdenya korang nak bergosip. Aku bincang pasal hal syarikat papa aku dengan Aidil & Nazril. Aku minta nasihat & beberapa perkara untuk bantu papa aku. Din tu pula jadi posmen antara aku & Naz. Yelah, memang tak lah Naz tu nak selalu jumpa aku. Ada sekali je aku cari dia, itupun sekejap. Puas hati?"
"Alhamdulillah kau dah boleh bercerita tentang abang Naz tanpa perlu kerutkan dahi kau kan. Maknanya dah berbaik dengan dia lah ye?"
"Dia tu kalau buat kawan okey lah kot. Tapi kalau nak buat lebih dari tu, kirim salam maut. Serik aku"
"Kenapa kau serik plak? Kau pernah bercinta dengan dia ke?"
"Aku pernah kenal dengan lelaki hipokrit macam tu. Mula-mula konon jual mahal, tapi bila aku tunjuk kecantikan aku skit dah tergoda. Lepas tu konon cinta sampai mati, rindu awak separuh nyawa. Lastly, bila tak tahan dengan perangai aku, tinggalkan aku macam sampah."
"Eh kau tak bolehlah sama ratakan semua lelaki mcm tu",ucap Qistina.
"Kau nk bet dengan aku?" ,ucap Sarah. Sesaat kemudian dia menyedari kesilapan kata-katanya.
'Ehhh jangan Sarah. Aku dah rasa tak sedap hati ni. Bukan dulu hidup kau huru hara sebab betting ke',kata hatinya."Apa? Kau nak pikat dia dan rampas dari Kak Nurul Huda?"
"Aku tarik betting aku. Aku tak nak jadi perempuan menyedihkan macam tu".
Sarah kemas barang-barangnya dan beredar.
...............
"Eh, Dil. Tak sangka jumpa kau kat sini",ucap Nazril apabila terserempak dengan Aidil di hadapan kedai runcit di tidak jauh dari kawasan universitinya.
"Tadi aku jumpa klien. Eh, jom pergi makan"
"Tak apalah, aku dah beli barang dapur nak masak kat rumah"
"Oh kau duduk rumah sewa kan. Hmm apa kata aku pergi rumah sewa kau. Boleh lepak. Lagipun bosan kalau balik rumah".
"Boleh. Eh tapi aku naik motor tau. Nanti aku sms alamat pada kau".
"Ok boleh. Eh, barang tu biar letak kat kereta aku la. Kesian kau bawa barang banyak-banyak",ucap Aidil membantu Naz meletakkan barang dapur yang dibelinya dalam bonet keretanya.
"Tak sangka Sarah duduk berjiran dengan kau",ucap Aidil tatkala sedang membantu Naz memasak di dapur rumahnya.
"Kebetulan. Izudin yang carikan rumah untuk kami berdua, sekali boleh pula dia bagi rumah sebelah menyebelah macam ni",jawab Nazril.
"Kuat juga jodoh kau dengan dia,kan?"
"Huh?"
"Eh tak ada apalah. Sorry. Aku lupa kau bakal bertunang"
Riak wajah Nazril berubah keruh. Sebenarnya dia tak tahu siapa yang menyebarkan berita pertunangannya pada hampir semua pelajar. Takkanlah Nurul Huda sendiri? Dia kan pemalu. Bila ditanya Izudin, dia kata selain Qistina dan Sarah, dia tak beritahu orang lain. Mungkinlah dari mulut mak cik diva tu yang terlepas ke orang lain, menjadikan semua orang tahu termasuk Aidil.
"...Sarah asyik cerita pasal kau je",ucap Aidil tiba-tiba.
"Eh? Err apa kau cakap tadi?"
"Sarah, dia datang pejabat aku, bincang untuk dapatkan nasihat dari beberapa konsultan bisnes untuk majukan balik syarikat papa dia. Dia kata itu semua idea kau. Bersungguh-sungguh dia cerita tentang thesis kau yang dia dapat dari Izudin dan macam mana ia boleh dikaitkan dengan situasi syarikat papa dia".
Nazril senyum sampai ke telinga. Sarah ni over pula menyanjung dia. Padahal thesis dia biasa-biasa saja.
"Eh, jap aku ni dari tadi potong lada, potong bawang semua ni, kita nak masak apa sebenarnya?",
"Masak ayam goreng berempah".
Aidil tiba-tiba memandang Nazril lama.
"Kau tahu makanan kegemaran Sarah?",
"Hoh?",
"Sarah suka makan ayam goreng berempah",ucap Aidil.
"Iye ke? Aku tak tahu pula",
"Korang berdua ada apa-apa eh?",
"Habis kalau pak cik kafe tu masak lauk ayam berempah ni dia pun suka Sarah ke?",
"Iyelah. Sepanjang aku dengan Sarah dulu, korang tak pernah kenal satu sama lain. Tapi bila aku putus hubungan dengan dia, makin rapat pula korang siap tinggal berjiran",
"Aidil, aku...dah nak bertunang. Aku dan Sarah tak ada apa-apa",
"Aku dan Sarah pun 'dah nak bertunang' dulu. Tapi tengoklah kami sekarang",
"Dah la, kau tolong kisarkan bahan-bahan tu",
Aidil mencebik.
"Engkau ni, cakaplah ni bahan untuk dikisar. Tak adalah aku potong cantik-cantik gaya Chef Wan",
"Aku lupa. Sorry".
.....................................................................................................................................

ANDA SEDANG MEMBACA
#rasn spin off
FanfictionFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...