3: Rambut Singa

12 0 0
                                    

"Assalamualaikum, Aidil. Ni Sarah",ucap Sarah agak takut-takut untuk menegur Aidil walaupun hanya melalui telefon. Maklumlah dia baru sesuka hati memutuskan pertunangan dengan lelaki itu.

"Waalaikumsalam. Ye, Aidil tahu itu Sarah. Aidil tak buang lagi nombor Sarah",ucap Aidil mesra seolah mereka tak pernah bergaduh. Memang tak pernah bergaduh pun. Sarah yang buat perangai. 

"Nazril beritahu Aidil ada surat nak beritahu Sarah. Tentang apa tu ye, Dil?",

"Naz tak beri Sarah lagi?",

"Sarah yang tak dapat jumpa dia sebab ada hal. Bila Sarah suruh pos dia kata terlalu personal. Jadi senang cerita lebih baik Sarah tanya Aidil sendiri",

Apa yang Sarah belajar tentang penggembaraan masa ialah beberapa memorinya tentang sesetengah perkara semakin berkurangan. Sebagai contoh, pada awalnya dia tahu apa yang terkandung dalam surat itu dan ingin melupakan saja supaya tidak berhubung dengan Nazril lagi. Tapi hari ini bila dia bangun pagi, hati dia kuat mengatakan dia perlu berjumpa dengan Aidil untuk mengetahui isi kandung surat itu kerana dia tahu surat itu mengandungi jawapan untuk segala permasalahan hidupnya dahulu. 

"Jadi kita jumpa, nak?", ajak Aidil. Sarah bersetuju.

Kini telah setengah jam dia menunggu Aidil untuk tiba di sebuah kafe hipster di luar kawasan universiti. Masa yang ada Sarah gunakan untuk menyemak semula nota pelajaran hari itu di tab pintarnya.

Perkara keempat perlu dibuat adalah belajar bersungguh-sungguh dan tak mensia-siakan pengajiannya. Sarah sanggup memakai cermin mata dikhalayak ramai kerana matanya rabun. Padahal sebelum ni mati hidup semula dia takkan pakai cermin mata walaupun sukar untuk melihat apa yang dibaca.

"Hai Sarah, serius je. Tengah taip apa tu?",tegur Aidil. Sarah angkat muka dan tersenyum memandang lelaki itu.

"Oh takde apa-apa. Just buat nota utk assignment",jawab Sarah mula mengemaskan barangnya di atas meja itu. Muffin yang dibungkus dari kafe itu diletakkan di tepi meja.

"Tak pernah pernah Sarah datang awal",usik Aidil. Dia mengambil tempat duduk di hadapan Sarah. Sarah hanya senyum. Cermin mata masih tak ditanggalkan.

"Jadi..Sarah nak tahu apa yang Aidil tulis dalam surat tu?",ucap Aidil. 

"Iya",ucap Sarah yakin sambil bertentang mata dengan Aidil,

Sarah ni kadang-kadang boleh jadi berani sangat kalau dia nak tahu tentang sesuatu. Boleh pula dia pandang Aidil macam nak tembus ke dinding.

"Sebab Aidil tak reti nak cakap depan muka Sarah la Aidil pakai surat. It is complicated" ,ucap Aidil.

"Ehem"
Seseorang berdehem. 

Sarah pandang kiri. Laillah...dia ada kat sini juga? Bilanya aku nak buat dia berambus dari hidup aku. Dia menanggalkan cermin matanya.

"Nah. Ini surat awak. Tugas saya berakhir di sini",ucap Nazril meletakkan surat Aidil di tengah meja. 

Bagus. 

"Eh, duduk lah dulu. Jadi kau call tanya aku kat mana semata nk bagi surat ni?",ucap Aidil pada Nazril.

"Tak kisahlah. Asalkan aku takde apa-apa lagi hutang kat kau berdua. Lagipun tak nak kacau..",kata-kata Nazril dipotong Aidil.

"Ok, Sarah ambil surat ni,baca kat rumah. Naz, kau duduk jela dulu aku belanja makan",ucap Aidil.

"Eh tak payahlah",Nazril menolak lembut.

"Dia seganlah tu Sarah ada kat sini. Biarlah dia"ucap Sarah tanpa memandang Nazril. Dia sedang membelek buku menu tapi masih tak dapat buat keputusan untuk makan apa. Dari pagi dia tak jamah makanan lagi sebenarnya. Apa kata alang-alang tu dia puasa terus. 

"Duduk jelah ,Naz. Lagipun kau pernah kata, tak baik lelaki perempuan duduk berdua. Yang ketiganya syaitan"

"Uh, betul",ucap Nazril mengiakan kata-kata Aidil. Terus dia duduk di tempat duduk disebelah Aidil. Sarah mengalih kedudukan tempatnya supaya berhadapan dengan Aidil,bukan Nazril.

"Betullah tu. Dalam rumah tangga, as in literally rumah, kalau ada org ketiga yang takde kena mengena duduk sekali, tak mustahil runtuh rumah tu dibuatnya",ucap Sarah.

"Sarah cakap apa ni?",ucap Aidil tidak faham.

"Just saying. Aidil, Nazril ni ada circle kawan dia sendiri. Kita ni golongan neraka, dia golongan syurga. Mana layak nak duduk semeja". 

"Saya tak pernah judge awak macam tu walaupun awak tak bertudung", ucap Nazril mempertahankan diri.

"Kalau tak judge, duduk dan makan macam orang normal",ucap Sarah sudah meninggikan suaranya. Kau ingat aku suka sangat nak makan depan kau.

"Korang ni...rapat ke?",soal Aidil.

"Tak!",keduanya jawab serentak. 

"Sarah puasa jela harini. Semua tak best", ucap Sarah. Lima belas kali dibelek buku menu lima belas kali juga dia mengeluh. 

"Habis korang berdua ni gaya macam tengah gaduh je",ucap Aidil masih ingin membuat spekulasi.

 Pang!
Sarah menghentak meja. Saja buat perangai.

"Omakau rambut singa",latah Nazril.Membuntang mata Sarah mendengarnya. 

"See? Ok dah la. Biar Sarah je balik. Bye, Aidil. Terima kasih untuk surat ni",ucap Sarah mencapai bungkusan muffin yang dibelinya tadi lalu meninggalkan mereka berdua. 

"Aku bukan nak judge dia,Dil. Aku terkejut je tadi, tak sedar. Tapi tulah aku tak paham. Dia tu macam tiba-tiba bencikan aku. Padahal rasanya aku baru kenal dia masa kami accident. Langsung tak nak pandang muka aku masa bercakap. Kenapa eh?",soal Nazril. Apabila pelayan datang, mereka memesan air minuman saja. 

"Kau pun tak pandang muka dia masa bercakap",ucap Aidil.

"Itu sebab aku jaga pandangan. Tapi dia, dia tak nak pandang macam benci sangat kat aku",ucap Nazril.

"Ala..tak payah fikir sangat la. Aku ni, tunang dia yang ditong-sampahkan, sampai sekarang aku tak tahu apa sebabnya",ucap Aidil kedengaran sedih. Nazril mengangguk.

Ya, sarah perempuan yg pelik.

#rasn spin offWhere stories live. Discover now