"Kau tak balik raya?"soal Nazril pada Izudin.
"Mak bapak aku raya rumah abang aku kat Kedah. Aku tak dapat cuti jadi lebih baik hari raya tu aku rehat kat rumah je",ucap Izudin. Dia yang sedang menatap telefon pintarnya tergelak membaca status yang dimuat naik oleh Sarah.
"Aduhai perempuan ni. Ketumbar dengan daun ketumbar pun tak boleh kenal. Siap buat ask kat IG",ucap Izudin perlahan.
"Siapa?",soal Nazril.
"Si diva Sarah tu la. Tengok ni. Entah mimpi apa dia pergi pasar"
Nazril terdiam.
"Jadi kau memang tak nak jemput papa Sarah kat KLIA la?",soal Izudin tiba-tiba.
"Aku takut hati aku berubah, Din. Aku memang lemah bila berhadapan dengan orang tua macam umi dan papa Sarah tu".
"Kau ada bincang dengan Sarah?"
"Nak bincang apa? Dia pun tak ada nak tanya aku apa apa".
"Mungkin dia rasa itu semua sebab kekurangan dia"
"Tak adalah, Din. Dia tu lebih dari layak untuk jadi isteri aku. Masa depan dia cerah. Aku tak nak dia derita sebabkan aku"
"Terus terang dengan dia tentang penyakit kau ni. Tak mustahil dia cintakan kau sehingga sanggup susah senang bersama kau"
"Tak adil untuk dia, Din. Seorang isteri itu bukan hanya untuk uruskan pakai minum suami. Tapi seorang isteri itu perlu disayangi, diberi perlindungan, diberi masa depan yang lebih cerah. Aku tak ada 'masa depan' tu, Din"
"Kau bukan Tuhan, Naz. Ajal maut jodoh pertemuan tu di tangan Tuhan. Jangan putus asa cepat sangat. Beri peluang pada diri kau dan diri dia".
"Aku tak nak bagi harapan palsu pada dia. Aku tak nak sakitkan atau susahkan dia. Ada lelaki lain yang jauh lebih layak untuk bahagiakan dia dan beri masa depan kepada dia".
Setakat ini hanya Izudin dan Puan Ida yg tahu mengenai penyakit Nazril.
Sewaktu dia dimasukkan ke hospital, dia telah membuat pemeriksaan seluruh badan. Beberapa hari kemudian,dia dapat tahu mengenai penyakitnya iaitu Essential thrombocytosis. Dalam erti kata mudah badannya menghasilkan sel darah putih atau dipanggil platelet secara berlebihan yang menyebabkan dia boleh senang serangan jantung atau strok. Penyakit itu tiada ubatnya, dia cuma tidak boleh terlalu stress atau penat.
Simptom yang mungkin dia akan lalui adalah senang pitam.
Nazril tak mahu menghancurkn masa depan Sarah dengan penyakitnya. Sudah banyak pembacaan mengenai penyakit ini dilakukan dan pada kebanyakan kes, penghidap tidak dapat hidup lama.
Sarah sendiri pernah cakap, jika perpisahan berlaku dalam perkahwinan, orang perempuan yang paling menerima kesan buruk. Dia tak mahu sia siakan sarah hanya kerana kepentingan dirinya. Biarlah dia habiskan sisa hidupnya bersama Umi, dan Manja.
ANDA SEDANG MEMBACA
#rasn spin off
ספרות חובביםFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...
