"Tadaaa.Inilah rumah baru kita?",ucap Sarah menunjukkan rumah sewa yang dicarikan Izudin kepada Dato Raqib.
"Kenapa ini rumah baru kita?",soal Dato Raqib.
"Papa, Sarah dah tahu mengenai hal syarikat kita. Sarah tahu banyak yang Papa terpaksa korbankan untuk bayar balik hutang dan tampung kerugian syarikat supaya ia boleh terus beroperasi. Jadi Sarah dah jual kereta Sarah, jual beg-beg mahal Sarah dan alhamdulillah dapat beli kereta secondhand dan bayar deposit rumah sewa ni. Selepas ni, kita uruskan pasal penjualan rumah kita tu pula",ucap Sarah.
"Sarah, keadaan syarikat tak adalah teruk mana sampai nak jual rumah tu. Kenapa Sarah buat keputusan tak bincang dengan papa?",ucap Dato Raqib.
"Pa, Sarah dah besar. Sekarang masanya untuk Sarah jaga Papa. Sarah tak nak susahkan Papa lagi. Kita tinggal disini ye. Sarah suka rumah ni. Kecil dan ringkas. Kita akan mewahkan ia dengan kasih sayang",ucap Sarah bersemangat.
Kasih Maisarah benar-benar sudah berubah jadi seorang gadis dan anak yang matang.
"Sarah rasa lepas ni Sarah nak ikut papa pergi ke pejabat. Sekarang kan minggu study week jadi ada banyak masa lapang",ucap Sarah.
"Minggu study week patut guna untuk belajar. Bukan bekerja",tegah Dato Raqib.
"Alah, apa yang Sarah belajar boleh je diaplikasikan dalam urusan syarikat. Untung-untung Sarah lebih cepat faham dan boleh skor dalam exam",ucap Sarah. Dia sudah membuka pintu rumah sewa tersebut dan menunjukkan ruang rumah yang kosong.
"Esok kita ambil sedikit demi sedikit barang. Lusa boleh lah terus tidur di sini",ucap Sarah.
"Secepat tu?",
Entah Sarah sendiri tak tahu mengapa hatinya mahu tinggal di situ secepat mungkin dan meninggalkan segala kemewahan hidup sebelum ini. Apalah sebenarnya yang berlaku pada takdir hidupnya yang lalu? Mungkinkah waktu ini dia sepatutnya sudah berkahwin dengan Nazril?
"Wehh Naz, kau mimpi apa tiba-tiba nak sewa rumah kat luar ni? Bukan lepas habis exam kau nak balik kampung dan kerja dengan Umi kau ke?",
"Entahlah,Din. Aku nak belajar hidup berdikari. Aku akan bertunang dan berkahwin tak lama lagi. Sekurang-kurangnya aku nak kumpul duit dengan kerja kat KL ni dulu sebelum balik kampung dan tunaikan hasrat Umi aku untuk bekerja dan berkahwin di sana.",jawab Nazril.
"Sebulan lebih saja kot lagi kita nak habis exam. Kau nak kerja apa dalam masa sebulan ni. Lagi pula kita kan tengah study week, kenalah fokus kat exam. Bukan sibuk fikir tentang kerja",
"Aku cari kerja lepas exam lah. Perbelanjaan rumah ni aku guna sikit duit simpanan aku. Aku nak siapkan beberapa peralatan,perabot supaya bila kahwin nanti, boleh terus ajak isteri aku tinggal sini dulu",
"Hmm iyelah. Aku hormat keputusan kau. Tapi kan...sebenarnya aku nak confess sesuatu dengan kau",
"Apa dia?",
"Bukan kau saja yang minta tolong aku carikan rumah sewa",ucap Izudin.
"Ohh, siapa lagi?",soal Nazril.
"Sarah",jawab Izudin.
"Jadi?",soal Nazril lagi.
"Jadi aku carikan rumah kau berdua sekali. Cuba teka rumah dia kat mana?",ucap Izudin.
"Kat mana?",
Mereka keluar dari rumah itu.
"Hai Sarah!",sapa Izudin pada Sarah di sebelah rumah Nazril.Dia sedang berbual dengan bapanya. Nampak macam mereka sudah mahu beredar.
YOU ARE READING
#rasn spin off
Fiksi PenggemarFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...