40: motor

4 0 0
                                    

"Kau memang nak cari nahas dengan aku, kan! Time macam ni kau buat hal. Urgh, aku benci kau!",marah Sarah pada keretanya yang enjinnya tak dapat dihidupkan.
"Eh,Sarah sabarlah. Aku dah call teksi, kejap lagi dia sampai",ucap Qistina.

"Kenapa ni Qis, Sarah?",soal Nazril.
"Kereta Sarah tiba-tiba rosak. Dia ada temuduga kerja hari ini", Qistina tolong jawabkan memandangkan Sarah hanya akan mencarut saja jika ditegur pada waktu dia sedang marah.
"Qis dah call mekanik ke?",soal Nazril lagi.
"Belum. Just call teksi untuk ambil kitaorang. Petang nanti lepas kerja baru kami panggil mekanik kot",ucap Qistina.

"Tak apa, nanti lepas temuduga aku minta tolong Aidil untuk baiki kereta ni. Qistina Halim! Mana teksi kau ni. Aku dah lambat sangat ni",Sarah sudah naik angin.
"Kau reti sabar tak Sarah? Kau ingat aku tak lewat nak pegi kerja juga ke?"ucap Qistina yang sudah naik angin.
"At least kau dah ada kerja. Kau telefon bos kau cakap kau lewat sikit, dia masih akan bayar gaji kau. Aku kalau lewat temuduga, maka sia-sialah segala usaha aku sejak seminggu ni. Aku kena cari kerja lain, duit aku akan susut",bebel Sarah.
"Drama betul la perempuan ni", gumam Qistina.

Pertama kali Nazril lihat Qistina marah.
"Awak masuk kerja pukul berapa, Naz?"soal Sarah tiba-tiba.
"Sembilan"
"Ada satu jam lagi. Interview saya pukul 8.30 dan office tu agak jauh dari sini. Jadi, boleh tak kalau saya nak pinjam motor awak?".

Qistina dan Nazril terpempan dengan soalan Sarah itu. Sarah naik motor? Pembetulan. Sarah nak bawa motor?

"Jangan risau, saya ada lesen motor. Saya cuma tak suka naik motor. Tapi sekarang saya terdesak. Jadi boleh saya pinjam motor awak?".

"Serius Sarah?",soal Nazril.
"Saya seriuslah! Two seconds to make decision. One , two..",desak Sarah.
"Kalau saya tak bagi?",uji Nazril.

Aku bunuh kau.
Ok tak.
Sarah melepaskan keluhan. Okay, cukuplah berdrama, Sarah.

"Saya naiklah teksi dengan Qis. Atau telefon Aidil, mana tahu dia ada dekat sini. Tapi both option means saya lambat ke temuduga. Eh, baik tak payah pergi kan?",ucap Sarah. 
"Janganlah putus asa, Sarah. Kejap lagi teksi tu sampai la",ucap Qistina.

Ya Allah kenapalah semua ni jadi pada aku. Aku patut pinjam motor orang lain ke?

Tiba-tiba Nazril menghulurkan kunci motornya pada Sarah. Membuntang mata Qistina dan Sarah melihat kunci yang  dihulurkan Nazril.
"Tapi hati-hati. Lepas dah habis guna tolong pulangkan pada saya secepat mungkin",ucap Nazril.

"Awak naik apa?",soal Sarah.
"Saya tumpang Izudin",jawab Nazril.

Sarah rampas kunci tersebut dari tangan Nazril.
"I owe you one. Thank you. Nazril Nazim saya cintakan dan sayangkan awak", ucap Sarah penuh semangat. Dia pantas mendapatkan motor Nazril dan memboncengnya.

Qistina dan Nazril masih tercengang memandang perilaku Sarah.
..,......................

'Nazril, saya dah selesai interview. Saya nak uruskn kereta saya dulu kemudian saya terus hantar motor awak ke universiti'- Sarah.

'Lepas tu awak balik naik apa?'-Nazril.

'Saya tumpang Aidil'-Sarah.

'Okay'-Nazril

Dia dapat kerja ke? Nazril nak bertanya lagi namun tidak jadi.

Teringat pula kata-kata Sarah pagi tadi.
'Nazril Nazim saya cintakan dan sayangkan awak'

'Saya cintakan awak juga, Kasih Maisarah',detik hati Nazril Nazim seraya tersenyum.

....................

#rasn spin offWhere stories live. Discover now