Sarah mencebik. Nak cakap aku jahil lah tu. Kemudian Sarah teringatkan sesuatu.
"Sebenarnya Kak Huda pun ada ajar Sarah tentang perkara ni. Siap bagi..err apa tu..hadis dan ayat Al-Quran yang lengkap lagi. Mesti dia dah hafal banyak ayat Al Quran kan? Bertuah siapa yang akan bertunang dengan dia",ucap Sarah mengusik Nazril.
"Awak ni kenapa ye? Dari hari tu asyik sebut nama dia siap puji dia. Tapi bila jumpa, bergaduh juga",
"Sebab saya rasa awak sesuai sangat dengan dia. Sama-sama alim, baik dan paling penting hipokrit. Match made in hell. Eh silap. Heaven",ucap Sarah.
Nazril benar-benar tak faham Sarah. Kenapa dia beria-ria bencikan dia dan Nurul Huda? Dan bila Nurul Huda tiada, kenapa beria mahu 'menjodohkan' perempuan itu dengan dirinya. Teruk sangat ke seorang Nazril Nazim di mata Sarah sehingga dia tak mahu menerima pinangan dari Nazril?
"Saya ni...betul-betul hina di mata awak ke?",soal Nazril tiba-tiba.
"Siapa kata awak hina? Saya ni hah perempuan jahat yang hina, mana layak berganding dengan pak ustaz macam awak",
"Eh Sarah saya tak pernah anggap awak macam tu. Jadi awak tak nak terima saya sebab awak rasa awak tak layak untuk saya?",
"Nazril Nazim, awak hanya baik pada orang yang baik-baik. Bukan orang yang jahat. Saya tak nak hidup terseksa dengan segala peraturan dan protokol islamik awak. Lagipun awak ni miskin. Lagilah saya hidup terseksa",
"Dah tu kenapa tak pilih Aidil?",
"Saya memang nak belajar untuk cintakan dia. Lepas ni saya akan uruskan syarikat papa dengan bantuan dia. Mana tahu bila hari-hari berjumpa, cinta tu boleh timbul. Lagipun Aidil tu baik, kaya, hensem. Memang jauh beza dengan awak",ucap Sarah.
Nazril tidak tahu ingin membalas apa. Perempuan tu dah tak sukakan dirinya, kenapa dia terhegeh-hegehkan lagi?
Tapi dia akui, egonya sedikit tercabar. Kenapa banyak betul peristiwa berlaku yang mendekatkan dia kepada gadis ini? Kenapa dalam istiharahnya dia nampak perempuan ini? Kenapa perempuan ini tiba-tiba berubah daripada si diva berambut blonde kepada gadis bertudung setelah berjumpa dengannya? Kenapa dia boleh baik dengan semua orang tapi bukan dia dan Nurul Huda? Kenapa Sarah memanggilnya 'abang' ketika dia kemalangan? Kenapa cerita Sarah di taman permainan itu begitu menyentuh hatinya seolah itu adalah cerita tentang dirinya? Paling penting, kenapa Sarah boleh yakin yang Nazril bukanlah jodohnya, seolah dia pernah melukakan hati gadis itu dan gadis itu tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama.
Semua persoalan itu begitu menyempitkan fikiran Nazril sehingga dia tidak perasan Sarah sudah tiada di hadapan rumahnya.
Nazril beristighfar. Mungkin jika benar kata Sarah yang 'cinta' Nazril hanyalah ego seorang yang 'alim' untuk menundukkan gadis liar sepertinya, maka biarlah kisah mereka terhenti di sini. Dia tak mahu melukakan dan dilukakan. Jalan paling selamat adalah memilih seseorang yang sama seperti dirinya, iaitu Nurul Huda. Yang baik, bijak...,biasa.
Lelaki itu mengeluh.
................................................................................................................................................................
Azan Subuh yang berkumandang dari surau berhampiran mengejutkan lena Sarah. Dia sememangnya sudah biasa terbangun waktu itu kerana dikejutkan papanya, walaupun dia tiada di sini waktu ini. Dia tidak terus solat tapi termenung panjang.
Kedengaran seperti biasa bunyi motor Nazril yang solat berjemaah Subuh di surau. Papa yang cerita dia selalu menumpang motor Nazril untuk ke surau pada waktu Subuh.
Usai mengejutkan Qistina yang tidur disebelahnya, Sarah baring semula di tilamnya. Dia masih tidak membeli katil kerana kekangan kewangan yang semakin meruncing. Dia termenung lagi sambil tubuhnya disandarkan ke dinding. Atau lebih tepat sebenarnya, dia sedang khusyuk mendengar sayup-sayup suara Nazril mengaji. Bilik mereka hanya dipisahkan oleh dinding yang menjadi tempat dia bersandar itu, ditambah pula dengan kesyahduan waktu Subuh di kawasan itu , jadi suara Nazril mengaji jelas kedengaran di telinganya. Itulah rutin hariannya sejak berpindah ke sini.
"Kau termenung kenapa?",soal Qistina selepas solat Subuh. Dia membuka telekungnya dan meletakkan di atas beg bagasi nya. Sarah ni bangun Subuh pandai, tapi solat Subuh tak dibuat juga.
"Saja",jawab Sarah perlahan.
"Sarah..aku tanya kau sikit boleh?",soal Qistina.
"Apa?",
"Kau memang selalu menangis dalam tidur ke? Sebenarnya benda ni aku dah perasan sejak kau tidur bilik aku hari tu. Aku ingat kau rindu papa kau.Tapi kali ni, aku baru dengar jelas kau bukan sebut nama papa kau. Kau sebut 'abang'. Kau ada abang ke?",soal Qistina.
"Aku mimpi ex boyfriend aku",jawab Sarah lambat-lambat dan bersahaja.
"Siapa?",
"Semua",
"Eh seriuslah. Kau panggil diorang 'abang' ke?",
"Ada kot. Entah, aku tak ingat",
"Kau mimpi apa sebenarnya?",
"Mimpi...aku kan playgirl. Selalu tinggalkan lelaki macam tu je. Tapi kali ini, aku yang ditinggalkan. Kiranya, sekarang ni semua bekas teman lelaki aku balas dendam kat aku melalui mimpi",jawab Sarah acuh tak acuh.
YOU ARE READING
#rasn spin off
FanfictionFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...