39: interview

3 0 0
                                    

"Nazzz aku baca status kau semalam. Ya Allah, tahniah",ucap Sarah girang.
"Alhamdulillah tapi masih awal lagi kandungan ni. Kau doakan aku dan baby selamat ye",ucap Umi Naziera.

Nazril gigit bibir.
Subhanallah malunya. Tolonglah Sarah tak nampak apa yang dia buat tu. Nazril berdehem kemudian melangkah semula ke tempat parkir motornya.

Tiba-tiba hujan rintik turun. Nampaknya dia terpaksa tunggu sebentar.

Beberapa minit kemudian selepas habis berbual, hujan turun renyai-renyai. Sarah berlari ke tempat teduh, iaitu di kawasan parkir motorsikal. Dia mendekati Nazril dan menyapa.

"Saya dah pulangkan Tupperware kat kat Kak Huda. Dan dah beritahu yang nasi goreng dia sedap",ucap Sarah.
"Terima kasih",ucap Nazril, menjarakkan dirinya dari Sarah kerana takut mengundang fitnah waktu hujan begini.

Sarah pandang Nazril semacam. Seperti sedang menahan ketawa.

Nazril berdecit. Tak guna, dia nampak ke tadi.
"Itu Umi Naziera, kawan Sarah. Tahu tak sebab dia juga lah Sarah terjawab panggilan dari umi abang dulu. Sarah panggil dia Naz, semua orang panggil dia Naz. Jadi Sarah tak salah kan",ucap Sarah.

Nazril cuba mengeraskan mukanya. Sarah memandang ke sisi, menutup mukanya dengan dua tapak tangan dan ketawa semahu-mahunya. Muka Nazril dah merah padam.

Sarah turunkan semula tangan yang menutupi wajahnya. Reaksi mukanya tak berperasaan.

"Jangan risau ustaz Nazril. Saya takkan peluk orang yang bukan mahram. Terima kasih juga sebab jadi encik polis yang sudi bertugas menjaga trafik tadi. Saya balik dulu ye. Assalamualaikum", ucap Sarah.

Usai Sarah berlalu barulah Nazril melepaskan keluhan yang berat. Dia meraup mukanya berkali-kali menahan rasa malu, dan ketawa.

Parah kau ni, Naz. Mesti lepas ni Sarah akan mengusiknya lagi dengan peristiwa ini. Paling penting, Izudin dan Qistina tak perlu tahu.

Cuma, Nurul Huda tahu. Dia yang jadi pemerhati pada drama sebabak uda dan dara itu.

Dia dah agak Sarah akan guna taktik murahan seperti itu. Tapi betul ke Nazril suka perempuan yang suka merendahkan maruah diri sendiri seperti Sarah? Patut ke Nurul Huda buat perkara yang sama?

........

"Nah, transkrip kau. Suka hati kau je tinggalkan aku seorang kat kafe tadi,kan. Kau tahu tak aku gaduh dgn Kak Huda", ucap Sarah menghulurkan sijil transkrip sementara kepada Qistina.
"Weh, ye ke beb. Sorry la, aku jumpa junior aku tadi. Dia nak beli buku. Weh pastu tarik-tarik rambut ke?",soal Qistina bersemangat.
"Tolong sikit. Kau ingat aku nak malukan diri sendiri?".
"Kenapa dia gaduh dengan kau?".


"Pasal Tupperware je beb. Tupperware tu dia bagi kat Abang Naz, sekali dengan nasi goreng yang dibuat khas untuk mamat tu. Kan hari tu aku pinjam Tupperware Abang Naz sebab nak bagi spagetti kat Cik Gayah sebelah rumah ni. Bila Cik Gayah pulangkan Tupperware tu aku pulangkan lah kat Kak Huda sebab Abang Naz awal-awal pesan itu Tupperware Kak Huda. Dia boleh tuduh aku cuba masuk campur hubungan dia dan Abang Naz hanya sebab aku yang pulangkan Tupperware tu,bukan Abang Naz. Apa masalah perempuan tu ek? Aku pelik betul cara pemikiran dia tu",ucap Sarah.

"Kau tak lawan?",soal Qistina. Perempuan ni kalau diajak gaduh boleh tahan juga.
"Aku cool jela ckp 'ala kita main fair lah. Abang Naz tu bukan trofi nak direbutkan'. Eh dia tak boleh terima. Dia kata aku akan guna taktik kotor untuk dapatkan Abang Naz. Konon aku akan buat scene ditangkap basah dengan Abang Naz. Kurang ajar kan perempuan tu? Dari dulu negatif sangat pemikiran. Aku tahulah dulu aku tak suka dia tapi aku tak pernah kacau hidup dia", bebel Sarah.

"Itu yang kau senyum seorang-seorang dalam kereta tadi. Sebab kau rasa dah menang?"
"Eh tak, itu sebab aku jumpa Umi Naziera. Dia dah berbadan dua weh. Ya Allah comel je aku tengok dia tu even dah nak jadi mak orang",ucap Sarah berubah mood ceria.
"Wahhh tensionnya. Org lain sebaya kita dah kawin, dah ada anak. Kita ni apo pun takde",ucap Qistina.


"Kau ada kerja dan bakal ada rumah sewa",balas Sarah.
"Kau tu pula bakal kawin dengan Abang Naz. Lepas kahwin kau takkan fikir pasal kerja atau rumah tahu tak. Semua Abang Naz akan siapkan".
"Itu kalau dia nak kahwin dengan aku. Kalau tak? "
"Abang Aidil kan ada?",usik Qistina.
"Kau ingat aku jenis suka ambil kesempatan ke? Dan to be honest, kalaupun aku kahwin dengan sesiapa, aku rasa aku nak kerja juga. Bukan apa, aku takut kalau sesuatu jadi pada suami aku, at least financially aku boleh support dia. Atau kalau dia ceraikan aku ke, aku boleh mulakan hidup baru dengan senang".

"Kau ni takkan lah Abang Naz nak buat macam tu. Dia tu baik. Kucai cerita umi dia pun baik. Takkan dia nak buat kau macam tu. Dan kau cakap macam ni,macam lah kau ni anak yatim piatu kan. Papa kau kan ada lagi".

"Dia baik, family dia baik. Aku je yang jahat. Pasal papa tu, entahlah aku hanya taknak susahkan dia lagi. Biarlah aku yang tanggung makan pakai dia, dia boleh berehat. Walaupun aku rasa ia takkan sesempurna hidup kami dulu",ucap Sarah.
"Kaya tak semestinya sempurna Sarah. Dah la, kau pegi tidur. Esok nanti tertidur pula masa interview."

"Huh,Qis. Aku nervous ni. Macam mana kalau aku tak dapat kerja tu esok? Macam mana kalau dia tak suka baju aku yang biasa-biasa tu? Aku tak patut jual baju-baju mahal aku".
"Doa banyak-banyak. Langkah pertama selalunya tak sempurna tapi ia penting untuk capai sesuatu yang lebih besar dalam hidup".
............... .  .





#rasn spin offWhere stories live. Discover now