baju

4 0 0
                                    

Hacuum
Sarah bersin. Siapalah yang bercakap mengenainya.
Malam raya, dia berseorangan di rumah sewanya. Qistina sudah pun bertolak balik kampung petang tadi.

Televisyen yang terpasang menayangkan takbir tahmid oleh beberapa personaliti televisyen. Sarah masih belum menanggalkan telekung yang dipakainya, mulutnya terikut ikut melafazkan takbir. Tangan Sarah pula lincah menetas sulaman pada baju kurung berwarna biru mudanya.

Sulaman benang emas yang  tertulis nama Nazril Nazim.

Sudah lama dia merancang untuk beraya sedondon dengan Nazril, iaitu sejak dia sedar dia masih cintakan Nazril. Dia gembira dengan perkahwinan kali 'kedua' ini, dan mahu ia jadi lebih baik dari sebelum nya. Perkahwinan yang diasaskan dengan cinta dan percaya, bukan paksaan atau simpati.

Tapi sekali lagi dia dikecewakan oleh masa silamnya. Nazril selamanya tak dapat menerima diri Sarah yang sebenarnya.

Baju sedondon yang ditempah mempunyai sulaman nama pasangan masing-masing, iaitu nama Nazril Nazim pada baju kurung Sarah dan nama Kasih Maisarah pada baju melayu Nazril.

Sarah tersenyum mengenangkan bertapa naifnya dirinya dalam bercinta.

Kemudian, telefon pintarnya berbunyi.
Zap!
Tangannya terluka kerana tertusuk jarum. Sarah pantas membersihkannya dengan tisu.

"Hello, assalamualaikum,papa".

Tidak disangka panggilan telefon yang satu itu berlaku lagi.  
............................................................................................

"Naz, Naz tak tolong orang kampung lapah lembu ke?",soal Puan Ida pada Nazril yang sedang berbaring di sofa ruang tamu.
"Penat la umi, Naz rasa tak sedap badan", jawab Nazril yang bangun dari pembaringan dan memberi ruang pada ibunya untuk duduk. 
"Tak apalah, Naz berehat dalam bilik. Tadi sebelum pergi solat raya Naz dah makan ke belum?",ucap Puan Ida sambil mengusap wajah Nazril yang nampak pucat. Dahinya pun panas.
"Dah, umi. Naz masuk bilik dulu ye",ucap Nazril lemah.

Dari malam semalam Nazril rasa tidak sedap badan. Gelisah. Dia memegang dahinya yang panas. Mungkin kerana cuaca di luar panas. Tidak semena mena Nazril terjelepuk jatuh dan tidak sedarkan diri.
.........................................................................................

"Aku kat mana, Qis?", soal Sarah apabila dia membuka mata dan melihat suasana sekeliling bukan lagi di rumahnya. 
"Kau kat hospital, Sarah. Kau pengsan dekat ruang tamu rumah kau semalam. Nasib baik Aidil dan keluarganya tergerak hati nak lawat kau kalau tak tak ada siapa tahu keadaan kau",terang Qistina.
"Kau bukan ada kat kampung ke Qis?",soal Sarah kembali.
"Aku bergegas balik ke sini bila abang Aidil beritahu aku pasal kau",ucap Qistina dengan riak kebimbangan yang masih terpancar pada wajahnya.

Air mata Sarah tumpah lagi. Sejak semalam dia tak berhenti menangis.
"Sarah...sabar Sarah. Aku ada untuk kau, okey?",ucap Qistina. Aidil ada beritahunya tentang berita kematian Daro Raqib di tanah suci.
"Aku dah jadi yatim piatu, Qis. Aku dah tak ada sesiapa lagi dalam dunia ni",ucap Sarah dengan tangisan yang tidak berhenti. Qistina memeluk rakannya erat.
"Jangan cakap macam tu, Sarah. Kau ada aku, ada abang Aidil",pujuk Qistina.
"Aku tak nak hidup lagi, Qis. Hidup aku dah gelap. Semua org yang aku sayang dah tak ada",rintih Sarah.
"Shhh...istighfar Sarah. Allah tu sentiasa ada untuk kau",ucap Qistina.

Sarah menangis teresak-esak dalam dakapan Qistina.
...........

Hampir sebulan selepas kematian Dato Raqib, Sarah baru mendapat semangat baru untuk teruskan hidup. Semuanya kerana kebaikan hati Qistina, Aidil & keluarganya serta Izudin. Sarah tidak tahu jika Nazril tahu tentang kematian papanya. Izudin mahupun Qistina langsung tidak bercakap mengenai lelaki itu. 

Dalam tempoh itu banyak perkara yang Sarah belajar. Dia sudah pandai menguruskan kerja rumah tanpa bantuan Qistina kerana gadis itu sudahpun mempunyai kerja dan rumah sewa sendiri. Hanya pada hujung minggu Qistina datang melawat sahabatnya itu dan kadangkala menemaninya keluar berjalan bersama Izudin. Aidil dan keluarganya setiap minggu akan menjenguk dan menelefon Sarah untuk pastikan keadaannya baik. 

Sarah kehilangan dua orang yang dia sayangi, tapi Tuhan balas dengan ramai orang yang lebih menyayanginya. Dengan bantuan Aidil, Sarah berjaya mendapat kerja di negeri di bawah bayu. Pekerjaan sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat pengiklanan. Sarah juga bercadang ingin menceburi bidang permodelan dan sudah menghantar resume kepada sebuah syarikat tudung dan pakaian muslimah yang beribu pejabat di sana.  Hujung bulan ini dia akan bertolak ke Sabah setelah urusan syarikat papanya diselesaikan. 

"Kenapa kau nak pergi jauh-jauh, Sarah? Macamlah kat KL ni dah tak ada kerja",keluh Qistina sambil membantu Sarah mengemas pakaiannya. Duit simpanan peribadi milik bapanya yang tidak dibekukan berjaya dipindahkan ke akaun Sarah dan duit tersebut digunakan untuk membeli rumah sewa ini. Sarah tak berhasrat mahu kembali ke rumah banglo papanya, walau Aidil pernah berjanji untuk mendapatkan semula rumah itu. 

"Saya lebih sukakan kenangan dengan papa di rumah ini, Dil. Lagipun, Sarah tak tahu bila Sarah akan balik ke sini semula. Sayang kalau Sarah beli rumah banglo tu, tapi Sarah tinggalkan kosong. Lebih baik Sarah beli rumah ni, boleh lah Qistina buat bisnes  homestay",jelas Sarah.

"Sarah cakap Sabah tu macam jauh sangat. Dalam Malaysia lagi kan. Aidil tak kira, sekurang-kurangnya Sarah kena balik ke sini dua kali setahun. Ramai orang yang rindu Sarah kat sini,tahu",ucap Aidil.

"Aidil, Sarah minta maaf kalau selama ni banyak susahkan Aidil. Sarah patut balas cinta Aidil, tapi Sarah juga tak nak beri cinta palsu kepada Aidil",balas Sarah.

"Tak apa, Sarah. Aidil faham. Nanti Aidil akan cari perempuan yang lagi cantik dan lagi baik dari Sarah. Biar Sarah gigit jari menyesal",usik Aidil membuatkan Sarah ketawa kecil. 

"Teda-teda bah kau ini",ucap Sarah dalam bahasa Sabah yang bermaksud 'apa-apa sajalah kau ni'. Aidil membulatkan mata terkejut. 

"Wahhhh..Sara sudah jadi sumandak Sabahan ini",ucap Aidil teruja.

"Hah! Badak?",ucap Sarah dengan spontan memukul bahu lelaki itu.

"Sumandak maksudnya gadis",jelas Aidil.

"Ohhh. Haha, sorry sorry",ucap Sarah.

"Eh eh kau ni. Aku tengah bercerita kau tersengih pula",ucap Qistina mendebik Sarah dengan hujung sikunya.

"Sakitlah, Lebar!",marah Sarah.

"Penat aja aku bercerita dari tadi. Kau mesti tak dengar kan?".

"Sorry. Kau cakap apa sebenarnya?".

"Kau tak nak jumpa Umi atau Abang Naz dulu?",soal Qistina.

"Dia bukan sesiapa dalam hidup aku, Qis. Bekas tunang pun bukan. Biarlah dia bahagia dengan pilihan hidup dia",ucap Sarah sambil memandang di kejauhan.

"Cincin risik tu kau tak nak pulang kat dia? Ni, baju yang kau tempah untuk dia, tak nak beri dia?",soal Qistina.

"Dia tak nak tengok atau jumpa aku lagi, Qis".

"Tapi kau tahukan dia tinggalkan kau bukan semata sebab kau kononnya perempuan jahat. Dia mesti ada sebab yang lebih kukuh".

"Tipikal Nazril, Qis. Dia lebih suka dengar cakap orang daripada dengar penjelasan aku. Aku nak buat apa".

"Kau nak tahu tak sebab sebenar dia tak jadi kahwin dengan kau atau dengan Kak Nurul Huda?",soal Qistina.

Jika sebelum ini, Sarah akan sungguh-sungguh tak mahu ambil tahu. Tapi malam ini dia tidak menghalang Qistina dari memberitahu hal sebenar.

........................................................................................................................................................... 



#rasn spin offWhere stories live. Discover now