Sarah sedang termenung di jendela biliknya, memerhatikan bintang yang bertaburan di langit malam.
'Kau jangan nak gedik terbayangkan muka dia, Sarah',detik hatinya.
Dia memang boleh kawal fikiran dan hatinya dari teringat pada Nazril. Tapi Sarah tak dapat mengawal matanya untuk melihat apa yang muncul di hadapannya.
Dia lihat Nazril sedang berjalan melalui depan rumahnya dalam langkah longlai. Mungkin baru pulang dari kampung.
'Itu bukan muka orang gembira nak bertunang. Itu macam muka lelaki hilang bini,'detik hati Sarah. Kemudian dia menggigit bibir. Akulah bini dia yang hilang tu, dalam kehidupan yang lain.
Saat Nazril membuka pintu pagar rumahnya, pandangan matanya bertemu dengan Sarah. Lama mata mereka bertatapan sebelum Sarah pantas menutup tingkap dan langsir biliknya. Nasiblah dia masih memakai telekungnya, kalau tidak sia-sia aurat dia ditonton pak ustaz tu. Mesti panjang ceramah yang dia akan beri.
Sarah memegang dadanya yang bergetar hebat. Ya Allah, tolonglah. Aku tak boleh cintakan dia. Aku nak ubah masa depan aku. Masa depan tanpa Nazril Nazim. Walaupun aku terpaksa hilang anak kami.
Sarah memegang perutnya perlahan. Betul ke dia ada anak dengan Nazril dalam kehidupan lalu?
...........................................................................................................................
Ketika Sarah sedang tidur, dia dikejutkan dengan satu bunyi seperti kaca yang terhempas. Panjang dia beristighfar.
"Qis",panggil Sarah sambil menggoncangkan bahu Qistina. Terkulat-kulat Qistina bangun.
"Kau dengar tak bunyi tu?".
"Bunyi apa?".
"Bunyi kaca terhempas. Macam...dari dapur".
"Eh Sarah...ada pencuri ke?".
"Manalah aku tahu. Nak kita tengok ke?".
"Eh kau gila ke? Kalau dia ada parang ke apa, percuma je kita mati bujang".
"Habis tu?".
"Kita...kita call Abang Naz minta tolong".
"Eh..ermm mungkin kucing je kot. Tapi...tapi aku nak tengok juga lah. Aku tak sedap hati".
"Kau ni gila lah Sarah".
"Tak apa, kalau kau takut kau tunggu sini. Kalau aku jerit, kau cepat-cepat telefon Naz atau polis",ucap Sarah. Dia capai botol minyak wanginya.
"Sarah!",Qistina cuba menghalang namun Sarah sudah keluar dari biliknya. Perlahan-lahan Sarah menapak ke dapur sambil menghalakan botol minyak wangi ke serata sudut. Jika sesiapa menerpa, dia hanya perlu sembur saja.
Apabila tiba di ruang dapur, Sarah membuka lampu. Dia memeriksa setiap sudut. Tiada kaca yang pecah dan tiada pencuri mahupun kucing. Sarah memberanikan diri memeriksa ke serata ruang rumah. Memang tiada apa yang mencurigakan.
"Qis, tak ada apa-apa. Kau boleh keluar",ucap Sarah. Qistina keluar dengan telefon pintarnya melekap di telinga.
"Hei, kau telefon polis ke. Tak ada apa-apalah. Mungkin aku dengar bunyi dari rumah jiran",
"Aku tengah telefon Abang Naz, tapi aku tak tahu kenapa dari tadi dia tak angkat",
"Eh, dah la. Jangan kacau dia tidur. Aku rasa tak ada apa-apa. Kesan pecah masuk pun tak ada",ucap Sarah. Qistina pergi ke ruang dapur dan membuka pintu belakang.
"Eh, tak payahlah buka. Nanti lagi bahaya",ucap Sarah.
"Sarah, aku bau gas la",ucap Qistina pantas memeriksa gas rumah mereka. Tiada bunyi desiran gas atau bau gas yang kuat. Ia mungkin dari luar.
Sarah keluar ke belakang rumah."Naz...Nazril", panggil Sarah. Bau itu datang dari dapur rumah Nazril.
"Qis, telefon Abang Naz lagi. Aku bau gas dari rumah dia",ucap Sarah. Dia membuka pagar belakang rumahnya dan memanjat pagar belakang rumah Nazril.
"Nazril! Nazril!",ucap Sarah lalu mengetuk tingkap dapur rumah Nazril bertalu-talu. Nalurinya betul. Bau gas sangat kuat dari dapur rumah Nazril.
"Sarah...",sayup-sayup Sarah dengar suara Nazril memanggil namanya. Sarah hampir menangis.
"Abang...kenapa dengan abang? Abang buka pintu ni",ucap Sarah panik. Dia memulas tombol pintu belakang rumah Nazril yang berkunci. Mahu saja dia pecahkan pintu ini.
"Sarah..tolong",Nazril memanggil lemah.
"Sarah, kenapa ni?",soal Qistina yang terkejut melihat Sarah sudah berada di kawasan rumah Nazril.
"Aku dengar suara dia minta tolong, Qis. Abang buka pintu ni! Sarah akan tolong abang",ucap Sarah. Dia tahu mungkin Nazril dalam keadaan tak berdaya tapi dia juga tak berupaya untuk memecah masuk dan selamatkan lelaki itu.
Sarah mencapai satu batu bata yang ada di laman belakang rumah lelaki itu dan memecahkan satu kaca pada kerangka tingkap. Dia menyeluk tangannya masuk melalui ruang yang terbuka untuk mencapai tombol pintu dapur.
Klak!
Akhirnya tombol pintu itu berjaya dipulas dan daun pintu terbuka. Sarah tak mempedulikan pergelangan tangannya yang berdarah kerana terkena sisa kaca pada tingkap. Dia meluru pada Nazril yang sudah terbaring lemah di lantai dapur.
Lelaki itu terbaring atas sisa kaca pinggan, ada darah pada pergelangan tangannya.Namun Nazril seolah sedang menahan kesakitan yang lebih teruk pada dadanya. Dia sukar bernafas dan wajahnya pucat.
"Ya Allah, bang. Sarah..abang nak Sarah buat apa? Erm...gas..erm", Sarah kelam kabut tak tahu nak buat apa.
"Abang, Sarah tarik abang keluar dari sini ye",ucap Sarah. Dia mencapai kain alas meja, menyelubungi tubuh Nazril supaya dia berhenti bau gas yang bocor itu. Kemudian, perlahan dia menarik tubuh Nazril keluar ke laman belakang.
Sarah berhenti di muka pintu dapur kerana dia pula rasa pening dengan bau gas yang bocor itu.
"Sarah...kau tak apa-apa?",jerit Qistina yang datang dengan beberapa orang jiran lelaki. Mereka memanjat pintu pagar rumah Nazril dan mendapatkan Sarah yang hampir terjelepok jatuh.
"Abang...jangan risau. Abang akan selamat",ucap Sarah yang bangun dalam keadaan susah payah dan masih cuba menarik tubuh Nazril keluar dari ruang dapur itu.
Jiran lelaki yang datang membantu menutup injap gas, mencari punca kebocoran pada hos dengan sabun dan menutupinya dengan pita pelekat. Mereka juga membuka pintu dan tingkap untuk pengudaraan yang lebih baik.
Nazril dibawa ke hospital menggunakan kereta Sarah.
...............................................................................................................................................
"Dia tak ada apa-apalah Sarah. Dia hanya demam panas saja dan sakit dada sebab terhidu banyak gas",ucap Qistina pada Sarah yang dari tadi duduk di bangku lobi hospital sambil memeluk lutut dan menyembamkan mukanya pada lutut. Esakan tangisnya sudah reda berbanding tadi.
"Dia boleh lukakan aku sebanyak mana dia nak. Tapi dia tak boleh tinggalkan aku macam ni",ucap Sarah perlahan.
"Kau cintakan Abang Naz?",soal Qistina.
"Sentiasa",ucap Sarah. Esakan tangisnya kembali kuat. Dia tak dapat menyembunyikan apa-apa lagi dari Qistina. Qistina hanya memeluk bahu Sarah dan menggosok belakang badannya.
Izudin yang baru lepas melawat Nazril mendekati dua sahabatnya itu.
"Sarah...kau nak jumpa Naz tak?",ucap Izudin. Sarah pantas membetulkan letak kedudukannya. Dia menyeka air mata yang berjuraian.
"Aku nak ke tandas",ucap Sarah.
"Betullah cakap kau, Qis. Sarah tu cintakan Naz. Sampai sanggup redah apa saja untuk selamatkan Naz",ucap Izudin apabila kelibat Sarah sudah tidak kelihatan.
"Abang Naz dah sedar ke?",soal Qistina.
"Haah. Dia tanyakan Sarah. Dia nak cakap terima kasih. Sebab tu aku panggil Sarah untuk lawat dia",ucap Izudin.
.....................................................................................................................................................

ANDA SEDANG MEMBACA
#rasn spin off
FanfictionFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...