9: Bubur

8 0 0
                                    

"Sarah, boleh akak cakap sikit dengan Sarah? Tentang Nazril",Nurul Huda tiba-tiba menegurnya keesokan harinya. Pasti sudah mendapat berita kemalangan Nazril dari Izudin.

Ketika itu Sarah sedang bersama ahli kumpulan belajarnya mengadakan perbincangan di kawasan taman universiti. Sarah mengajak Nurul Huda untuk berbincang di satu sudut yang agak jauh.

"Sarah yang sebabkan kemalangan Nazril? Macam mana boleh jadi macam tu? Kenapa Nazril nak selamatkan Sarah?",tanya Nurul Huda bertalu-talu. 

"Ya, saya yang sebabkan kemalangan itu. Tanpa sengaja. Dia nak selamatkan saya sebab dia ingat saya tak ada kaki dan tangan untuk mengelak sendiri. Begitulah ceritanya",ucap Sarah. Kemalangan tu boleh dielak kalau Nazril hanya berteriak "Hoi, elak motor tu" daripada cuba jadi hero tamil menarik dirinya ke tepi jalan.

"Sarah salahkan Nazril?",membuntang marah mata Nurul Huda memandangnya. Sarah mengeluh. Bahasa sarkastik pun tak faham.

"Sarah salahkan diri Sarah. Sebab tu segala bil perubatan dia, Sarah yang tanggung. Sarah sangat menyesal perkara ni berlaku. Kak Huda nak lawat Nazril? Sarah nak melawat dia petang ni",ucap Sarah mengubah topik perbualan. Dia sebenarnya tak boleh berhadapan dengan perempuan ini lama-lama. 

Masih rasa sakit dalam hatinya pada semua yang perempuan ini  lakukan untuk merosakkan rumah tangganya. Dia tak ingat apa dan bagaimana, tapi dia masih ingat Kak Nurul Hudalah yang menjadi batu api dalam konflik rumah tangganya dahulu.

Riak wajah Nurul Huda berubah lembut. Dia mengangguk laju.

"Nanti lepas kelas, dalam pukul 5, Sarah jemput akak kat hostel. Oh, nanti kita kena singgah MCD duduk sebab semalam Nazril ada beritahu Abang Izudin dia nak makan bubur ayam. Kalau Kak Huda yang bawa untuk dia, mesti dia lagi suka",ucap Sarah berpura-pura ramah.

"Eh, tak payah beli. Nanti Kak Huda sediakan bubur tu, Sarah jangan risau",ucap Nurul Huda yang sudah berkira-kira dalam kepalanya untuk meminjam dapur Jah Kelip.

"Okay,jumpa nanti".

Maka kisah cinta Nurul Huda dan Nazril Nazim akan bermula.

................................................................................................................................................ 

"Hi!",sapa Sarah pada Nazril yang baru bangun dari tidur dan terpisat-pisat memandang sekeliling. 

"Eh, Sarah. Baru sampai ke?",soal Nazril dengan senyuman mesra. Dia lihat Qistina juga berada di situ lalu dia senyum sekilas pada gadis itu juga.

"Agak lamalah juga. Dah makan ke? Kami bawakan bubur",ucap Sarah menunjuk pada bubur yang diletakkan di meja makan pesakit. 

"Ya Allah susah-susah je Sarah ni. Naz tak kisah pun makan makanan hospital je",jawab Nazril tersipu-sipu malu.

"Eh tak susah pun. Kalau lapar makanlah. Nanti sejuk tak sedap",ucap Sarah.

"Sarah masak ke ni?",soal Nazril yang tak sabar membuka penutup termos makanan itu. Sarah hanya senyum, Nazril balas senyumannya. Qistina yang menjadi pemerhati pelik dengan perangai kedua-duanya.

"Eh, Naz dah bangun",ucap Nurul Huda yang tiba-tiba muncul di muka pintu. Senyuman Sarah makin melebar. Wayang dimulakan.

"Qis, aku pergi bilik air jap ye. Kau temankan Kak Huda",ucap Sarah lalu keluar dari bilik wad tersebut. Di luar Sarah berusaha menahan gelak dan akhirnya melepaskannya di tangga kecemasan. Gembira kerana berjaya mengenakan lelaki itu yang nampak sangat salah faham tentang dirinya. 

Masak bubur? Malam sikit. Kau pernah hina masakan aku. Sampai mati kau takkan dapat rasa air tangan aku. 

"Amboi lajunya Abang Naz makan. Sedap sangat ke bubur Kak Huda tu?",ucap Qistina. Suapan Nazril terhenti. Dia memandang Nurul Huda yang sudah tersipu malu.

Bukan Sarah yang masak? Nazril mengetap bibir. Patutlah dia senyum semacam tadi. Ada muslihat rupanya. 

"Makanlah lagi, Naz. Nanti esok Huda buatkan lagi. Oh, Huda ada bawakan juga nota untuk kelas dua hari ni",ucap Nurul Huda bersungguh.

Entah kenapa Nazril rasa hampa yang teramat.

...................................................................................................................................................

"Kau ni tengah rancang apa sebenarnya, Sarah?",soal Qistina.

"Rancang apa?",soal Sarah yang sedang duduk di ruang menunggu hospital sambil bermain permainan Candy Crush di telefon pintarnya. Kata nak melawat Nazril tapi masanya lebih banyak dihabiskan bermain permainan video disini. 

"Tu, Kak Huda dengan Nazril tu. Tiba-tiba je kau baik dengan dua orang tu. Sebelum ni bukan main tak suka",

"Aku baik dengan diorang tak semestinya aku suka diorang. Dorang tu match made in hell. Memang sesuai untuk satu sama lain",ucap Sarah. 

"Apa maksud kau?",

"Aku dah jadi telangkai antara dua merpati sejoli tu tahu tak. Lepas ni, masa depan aku cerah. Tak kisahlah kalau Nazril ada penyakit sekalipun, aku tak perlu bertanggungjawab. Dia ada Nurul Huda yang setia mencintainya sepenuh nyawa",

"Kau pula selamanya rindukan Abang Naz separuh nyawa?",

"Apa kau merepek ni, Qis? Rindu separuh nyawa...eww."

#rasn spin offWhere stories live. Discover now