bangun

3 0 0
                                    

"Sarah bangun Sarah!"suara Qistina menerjah gegendang telinganya. Sarah buka mata namun tiada sesiapa di dalam bilik tetamu itu. Mungkin Qistina ada di bilik air.

"Sarah bangun Sarah!",suara Qistina bergema lagi. Sarah memandang sekeliling. Kenapa dia selalu dengar suara Qistina menyuruhnya bangun tapi gadis itu tiada di sisinya? Qistina ni ada simpan hantu ke?

Sarah meraup wajahnya dan mengintai ke dalam bilik air. Tiada orang. Dia beristighfar panjang dan hanya menganggap itu mainan perasaannya saja. 

"Sarah...pagi pagi lagi Sarah dah bangun. Sarah dah nak balik?",tegur Puan Ida pada Sarah yang sedang membawa beg bagasinya menuruni anak tangga. Waktu Subuh itu biasanya dia menghabiskan waktu di bilik untuk solat dan mengaji. Tapi tadi dia terpaksa turun ke dapur apabila mendengar bunyi denting cawan. Rupanya Qistina sedang makan ubat dan menjamah roti kerana perutnya masuk angin, lalu Puan Ida memasakkannya bubur. 

"Kau dah nak bertolak? Awalnya",ucap Qistina.

"Tak apa, kau balik KL dengan kereta aku tu. Biar aku pergi KLIA sendiri. Aku dah tempah teksi dah",

"Sarah, flight kau petang kan. Kenapa nak bertolak awal sangat? Nanti lepas sarapan kita balik KL",ucap Qistina.

"Tak apa, Qis. Aku pergi dulu. Kau nampak tak sihat, kau rehatlah dulu. Baru bertolak balik KL. Umi, Sarah pergi dulu",ucap Sarah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Puan Ida.

"Sarah sebenarnya kenapa? Tak suka ke duduk rumah umi?",soal Puan Ida. 

"Sarah suka semuanya tentang umi dan rumah ni. Tapi Sarah memang kena pergi sekarang".

"Sarah tak nak jumpa Manja, Nazril dulu?".

"Tak apa umi. Sarah keluar awal ni pun sebab nak elakkan dari mereka. Sarah tak nak panjangkan cerita ni",ucap Sarah.

Walaupun wajah Puan Ida nampak hampa namun Sarah terpaksa lakukannya. Dia takut hatinya akan berubah jika dia tinggal disini walau sesaat.

Sarah bersalaman dengan Puan Ida, dan berpelukan dengan Qistina. Teksinya sudah pun berada di luar rumah. 

"Selamat tinggal, umi. Qis. Kirim salam pada yang lain",ucap Sarah di muka pintu sebelum keluar sambil menolak bagasinya. 

Sarah sudah ingat semuanya. Semua yang berlaku pada kehidupan yang lalu.

Sarah mengandung

Bubur durian

Rumah Kak Muna

Sebelum Sarah sempat membuka pintu teksi, dia nampak kelibat Nazril yang menunggang motor kembali dari surau. Lelaki itu memang dari dulu rajin solat Subuh berjemaah di masjid. Itulah ciri-ciri lelaki beriman yang sudah pupus masa kini.

Nazril pantas memarkir motorsikalnya di ruang anjung dan mendapatkan Sarah yang sedang membantu pemandu teksi memasukkan bagasinya ke dalam bonet.

"Sarah...", Nazril kehilangan kata-kata. Gadis ini benar-benar nekad untuk pergi dari hidupnya.

"Saya pergi dulu, Naz. Jaga diri elok-elok", ucap Sarah cuba menahan sebak di dada.

"Abang sayang Sarah",ucap Nazril. Air mata yang bertakung di tubir mata Sarah tumpah juga. Ia mengingatkan dia pada Nazril di kehidupan lalu. Nazril yang sayangkannya pada awal perkahwinan mereka. Bukan Nazril yang sudah membuang dia. 

Sarah tak mampu menjawab. Dia hanya mengangguk dan masuk ke dalam teksi.

Nazril tak faham Sarah. Dia nampak selaut cinta dan kasih sayang untuk dia dalam mata gadis itu.  Tapi kenapa Sarah masih nak pergi? Teruk sangatkah jika berkahwin dengan orang yang sakit sepertinya?

#rasn spin offTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang