Sudah heboh berita pertunangan Nurul Huda dan Nazril Nazim dikalangan pelajar universiti yang mengenali mereka. Sarah tersenyum bangga. Baru sekali dia menimbulkan bibit-bibit percintaan,mereka sudah mahu bertunang. Untung jadi org baik, senang saja Allah permudahkan jodoh. Bukan seperti dirinya.Setakat ni Aidil sajalah lelaki baik dan boleh dipercayai yang dia kenal . Tapi untuk menyambung ikatan yang terputus dahulu, dia tak boleh. Aidil layak untuk orang yang lebih baik daripadanya. Begitu juga Nazril.
Habis standard aku ni Kucai sajalah?
Hacoom!
Haha tahu saja aku tengah mengumpat dia.
"Oit Sarah. Amacam kereta baru? Okey?",tegur Izudin ketika mereka bertembung di fakulti.
"Okey sangat.",jawab Sarah.
"Kau ni mimpi apa eh tiba-tiba nak hidup sederhana, siap nak pindah rumah. Menyewa pula tu. Syarikat papa kau ada masalah ke?",soal Izudin.
"Ala biasalah tu. Orang berniaga ada untung, ada rugi. Aku cuma tak nak susahkan papa lagi"
"Tulah kau,hina lagi Naz tu miskin la, tak setaraf la".
"Sampai bila-bila kami takkan sama taraf. Beza macam langit dan bumi".
"Haik, macam orang kecewa je bunyinya".
"Nak kecewa apanya, aku dah dapat apa yang aku nak selama ni. Papa, hidup sederhana dan kawan-kawan yang baik macam kau dan Qis. Itu je dah cukup. Dan mulai sekarang, Kasih Maisarah akan bina masa depannya sendiri".
Senyap seketika.
"Jadi....kau friendzone kan aku la ye?",soal Izudin tiba-tiba.
Sarah memandangnya terpinga-pinga kemudian gelak besar. Izudin buat muka sedih.
"Yela-yela aku tahulah aku ni tak sehensem Nazril, tak sekaya Aidil".
"Dah tak payah nak downgrade kan diri sgt. Aku pegi dulu. Assalamualaikum",ucap Sarah.
"Waalaikumsalam",jawab Izudin.
"Apa yang kau bualkan dengan Sarah? Nampak seronok je",soal Nazril yang entah bila muncul di sebelahnya.
"Aku kena friendzone dengan dia",jawab Izudin berpura-pura sedih.
Nazril ketawa. "Lah kau pun suka dia",ucap Nazril sambil menepuk bahu Izudin. Mereka berjalan menuju ke asrama mereka.
"Hish tak adalah. Aku sedar diri aku, Naz. Saje je nak usik dia. Untung-untun kalau dapat masuk jarum apa salahnya",ucap Izudin tidak acuh.
See? Dengan Izudin pun perempuan tu nak try. Dasar playgirl. Nazril sudah tetapkan hatinya. Nurul Huda adalah calon paling sesuai. Sarah boleh dianggap sebagai kawan atau adik.
Sekejap.
Tiba-tiba dia teringat saat dia kemalangan Sarah memanggilnya dengan panggilan 'abang'. Panggilan itu kedengaran tidak kekok, malah seperti biasa didengar. Hati Nazril jadi tak tentu arah semula.
..............
Sarah sudah tidak serupa orang. Cermin matanya sudah herot berot angkara tertidur di perpustakaan itu. Susahnya nak jadi budak pandai. Kenapalah dia rasa perangai dia dan Nazril sudah tertukar? Sarah diva, bukan dia tak suka belajar ke?
Sarah dah tak boleh berperangai diva. Dia ada masa depan yang perlu diselamatkan.
"Hi, Sarah"tegur Nurul Huda.
Alah....tak nak dia ni. Malas la nak jadi hipokrit konon sukakan dia.
"Ye kak?",jawab Sarah.
"Boleh akak duduk?",soal Nurul Huda.
YOU ARE READING
#rasn spin off
FanfictionFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...