20: KLIA

7 0 0
                                    


"Qis pun tak paham apa sebenarnya yang jadi pada dia. Dia selalu cakap benda yang sama pada Qis, tentang macam mana ada orang dah musnahkan hidup dia dan dia cuba untuk ubah masa depan. Tapi apa yang Qis perasan, dia jadi sangat sensitif bila nama abang disebut. Seolah-olah abang dan dia pernah rapat dan hubungan tu berakhir dengan cara yang tak baik,"kata-kata Qistina menyebabkan Nazril termenung.

"Tak apalah bang. Abang jangan risau. Qis akan temankan dia kat sini sementara tunggu uncle balik dari outstation.""Terima kasih Qis sudi jaga dia. Abang pun tak banyak dapat tolong dia""Tak apa Qis faham. Okay,bang Qis masuk dulu. Assalamualaikum". .............


"Qis, kenapa mamat tu ada kat sini juga? Dia nak bocorkan rahsia aku kat papa ke?",ucap Sarah sambil berpeluk tubuh. Mereka sedang berada di KLIA untuk menghantar Dato Raqib ke tanah suci. Tidak sangka Nazril juga ada di situ, malah dari tadi berbual dengan Dato Raqib.

"Rahsia apa? Yang haritu kau berhujan balik rumah tu? Terima kasih pada bubur lambuk dia yang sedap tu, demam kau boleh kebah dalam masa kurang dua hari,"ucap Qistina.

"Isy,merepek la kau,"jawab Sarah. "Tu dia tengah minta papa kau doakan korang kot",usik Qistina.Sarah pukul bahu Qistina dengan kuat. "Betullah. Kau tahu tak, kalau tak disebabkan Abang Naz tu nak bertunang, aku rasa kau orang berdua ni macam soulmate. Saling memerlukan satu sama lain".
Sarah julingkan mata. Jengkel.

"Okay, dia pernah buat banyak perkara untuk aku. Masakkan bubur, hantar makanan bila masak lebih, bagi aku nasihat tentang syarikat papa aku. Tapi aku? Apa aku pernah buat kat dia?"."Dulu masa dia accident dan kita melawat dia dengan Kak Huda. Kau tahu tak itu pertama kali aku nampak dia senyum dan gembira tahu. Bila dia dengan Kak Huda pun aku tak pernah nampak dia senyum macam tu. Kewujudan kau je dah cukup untuk beri dia kebahagiaan",ucap Qistina."Kau cakap macam ni, lepas tu aku akan perasan soerang diri sampai satu hari dia bertunang dan bernikah dengan Kak Huda. Ha, masa tu aku frust menonggeng dan aku akan salahkan kau dengan kata-kata kau hari ni,"ucap Sarah menahan dirinya dari menghamburkan marah pada teman baiknya itu di khalayak ramai.

"Sarah, papa nak cakap sikit",panggil Dato Raqib sambil melambai pada Sarah. Nazril juga memandangnya, kemudian bersalaman dengann Dato Raqib dan meninggalkan mereka anak beranak.

Qistina hanya memerhatikan dari jauh. Dia nampak mata Sarah membulat seolah tak percaya dengan apa yang dikatakan Dato Raqib. Dia hanya kaku walaupun Dato Raqib sudah pergi meninggalkannya. "Kau kenapa?",ucap Qistina apabila dia berjalan pulang dengan Sarah."Tak ada apa-apa,"jawab Sarah...............................

"Qis, aku nak duduk bilik kau seminggu.",ucap Sarah tiba-tiba sebelum peperiksaan kedua mereka bermula. Beberapa hari sejak pulang dari KLIA, Sarah lebih banyak mendiamkan diri dan termenung.
"Kau menungkan apa kat tepi tingkap tu?",soal Qistina."Ku pandang bintang wajahmu menjelma..",ucap Sarah dengan nada berlagu."Siang-siang mana ada bintang, ngok", ucap Qistina. "Ada tapi kita tak nampak"."Teringat kat tersayang?"."Papa baru je call tadi. Dia sihat alhamdulillah".


Qistina memberikan satu beg kertas yang mengandungi beberapa sampul surat pada Sarah.

"Nah, ni jiran kesayangan kau bagi. Korang ni tak ada simpan nombor masing-masing eh? Kenapa tiap kali aku dan Kucai yang kena jadi telangkai?"."Pak ustaz tu kan menjaga ikhtilat. Manalah nak simpan nombor aku".

#rasn spin offWhere stories live. Discover now