Sarah akhirnya mendapat pengakhiran cerita cinta yang sepatutnya dia dapat. Dibuang suami dalam keadaan mengandung. Atau lebih kepada menyembunyikan diri disebalik kematian yang direkanya.
"Kau dah makan, Sarah?", tegur Qistina pada Sarah yang sedang termenung di tingkap rumah sewa dia dan Nazril.
" Tak lapar, Qis",jawab Sarah.
"Jangan macam tu. Kau tu baru lepas sedar lepas dua hari koma. Doktor kata kau hampir mati, tahu tak", ucap Qistina.
"Aku mati bukan sebab tak makan".
"Sebab kecewa?".
Sebelum Qistina membebel panjang tentang memberi peluang kedua pada Nazril, Sarah mengajaknya makan di ruang tamu."Dalam mimpi aku tu...aku jumpa Nazril yang berbeza. Maksudnya, Nazril yang bukan suami aku. Perangai, rupa, semua sama. Cuma cara dia jatuh cinta pada aku berlainan. Mungkin sebab deep inside, aku betul-betul berharap kes betting tu tak berlaku. Aku nak kenal, jatuh cinta dan berkahwin dengan Nazril dengan cara yang baik. But guess what, aku dan dia masih tiada jodoh dalam mimpi tu",Sarah bercerita mengenai mimpinya kepada Qistina untuk entah ke berapa kalinya.
"Kau jadi macam tu sebab kau terlampau banyak berfikir,Sarah. Aku takut ia jejaskan kesihatan mental kau, takut kau tak dapat bezakan realiti dan fantasi. Lagilah kau tengah mengandung, kau kena jaga diri kau betul-betul",bebel Qistina.
"Iya,aku tahu Qis. Nak tahu sesuatu tak. Sepanjang aku bermimpi, hampir empat kali aku dengar suara kau suruh aku bangun. Aku ingat aku dah kena skizophenia. Tapi tahu tak, siapa sebenarnya yang kejutkan aku dari mimpi tu?",soal Sarah.
"Kak Huda",ucap Qistina yang sudah tahu jawapannya kerana sudah banyak kali Sarah cerita padanya.
"Pelik kan. Of all people, dia yang masuk mimpi aku. Tapi realitinya dia kat kampung,mungkin tengah masuk jarum nak pikat 'duda' aku tu".
"Dia masih suami kau,Sarah. Dan aku rasa kau janganlah seksa dia lagi. Din kata dia dah macam orang gila cari kau. Dia tahu kau masih hidup".
"Aku masih hidup tapi cinta aku dah lama mati untuk dia. Kau dah tak payah nak bela lelaki tak guna tu ye",Sarah beri amaran.
"Sekarang boleh cakap dia lelaki tak guna. Esok lusa anak kau ni dah lahir, kau tak terfikir urusan nak buat surat beranak dia. Kau ingat kau boleh tipu kata ayah dia dah mati?".
"Aku tahulah. Tapi aku nak dia terseksa macam mana aku terseksa".
"Sarah, kau tak takut ke jadi isteri derhaka, lepas tu kau susah nak bersalin sebab tak dapat restu dia?"Sarah terdiam. Ada benarnya kata-kata Qistina. Dia kemudian bangun dari situ sambil mengangkat pinggan kotornya ke dapur. Qistina terpaksa membantu Sarah untuk bangun kerana dia selalu mengalami kejang otot di bahagian kaki.
Sewaktu membasuh pinggan, Sarah memandang Qistina.
"Walau apapun, aku tak nak jumpa dia sekarang. Biarlah aku belajar untuk hidup tanpa dia sebelum kami betul betul berpisah. Dan aku tak kisah kalau dia nakkan anak ni. Tapi aku tetap akan pergi".
"Kau nk pergi mana?".
"Australia. Aku nk kerja kat sana. Anak kawan mama,Su dah carikan aku kerja di sana. Aku nak jadi Sarah yang baru, Qis".
"Sarahhh..."
"Aku nak baring dulu",ucap Sarah berlalu pergi.Qistina mengeluh. Sarah memang degil. Kalau abang Nazril tak buat sesuatu sekarang, kisah mereka akan terhenti disini dan berakhir macam yang Sarah mahukan. Iya, hanya dia dan Aidil yang tahu tentang hakikat yang Sarah masih hidup dan patut memaklumkan pada Nazril. Tapi perkara terakhir yang mereka mahu adalah Nazril menyakiti Sarah lagi.
Sarah berhak tentukan masa depan dan kebahagiaannya. Kerana itu mereka membiarkan saja Sarah membuat keputusan sebegitu.
Pengakhiran cerita Sarah pada kedua-dua kehidupan sama. Iaitu Sarah tetap akan pergi tinggalkan Nazril. Dan perasaan Sarah pada kedua dua Nazril juga sama.
Dia sentiasa cintakan dan rindu Nazril separuh nyawanya.
...............
Tamat
*Hoyeah hoyeah
![](https://img.wattpad.com/cover/275844523-288-k173874.jpg)
YOU ARE READING
#rasn spin off
FanfictionFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...