Sarah imbas kembali saat dia 'pertama' kali berjumpa dengan umi tengah hari tadi.
Dia sedang berseorangan dalam rumah apabila mendengar suara orang memberi salam.
"Waalaikum...salam",lambat-lambat Sarah membalas apabila melihat si gerangan yang memberi salam di depan pagar rumahnya itu. Dia tak ingat wajah keluarga Nazril (dari kehidupan lalu), namun hatinya seakan tahu itu umi Nazril.
"Eh, minta maaf. Ini rumah Nazril?",soal Puan Ida.
Sarah berjalan lambat-lambat kearah wanita itu dengan mata yang berkaca.
"Rumah Nazril kat sebelah,umi. Err..mak cik. Mak cik apa khabar?",ucap Sarah lalu bersalaman dengan Puan Ida. Setitik air matanya tumpah juga. Bertapa dia rindu wanita itu yang sudah menjadi sebahagian hidupnya dahulu.
"Khabar baik. Err...maaflah. Mak cik ingat ini rumah Nazril".
"Ssaya Sarah, mak cik. Kasih Maisarah. Kawan dan jiran Nazril. Mak cik masuklah dulu, Nazril tak balik lagi. Panas kat luar tu",ajak Sarah.
"Eh takpa mak cik tak nak susahkan kamu. Nazril dah beritahu dia lambat, dia ada tinggalkan kunci. Tadi mak cik ingat ini rumah dia. Nampak ada orang, mak cik ingat dia dah balik. Itu yang mak cik terus beri salam",ucap Puan Ida."Nazril selalu tinggalkan kunci dalam satu kotak kasut atas rak kasut dia. Cuba mak cik cari kat situ",ucap Sarah.
"Sarah memang kenal rapat dengan Nazril?"
"Err...kami..kawan satu universiti dan jiran".
"Inilah Sarah yang anak mak cik berkenan tu ye?",tebak Puan Ida.
"Err..iye...kot,mak cik",jawab Sarah perlahan.
"Cantik orangnya. Kita berbual sekejap boleh",ucap Puan Ida.
"Boleh umi, masuklah dulu"."Akak atik!", tiba-tiba terdengar suara seorang gadis berteriak dari kereta. Dia terus meluru keluar dan memeluk Sarah.
"Manja, jangan lari nanti jatuh",ucap Sarah spontan.
Sekejap, kenapa aku panggil dia Manja?"Akak atik",ucap Manja.
"Sarah kenal Manja? Naz beritahu pasal Manja?",soal Puan Ida.
"Err..adalah sikit-sikit",ucap Sarah.
"Kalau macam tu jangan panggil mak cik. Panggil umi saja. Manja, salam dengan Kak Sarah",ucap Puan Ida.
"Akak atik alam",ucap Manja.
"Sebut betul-betul Manja. Kakak Cantik, salam",ucap Sarah.
"Akak atik, salam",ucap Manja lagi.
Part belakang je betul. Puan Ida dan Sarah tergelak. Sarah mempersilakan tetamunya masuk.Mereka berbual seketika sambil Sarah menjamu dengan air teh (yang dia semakin pandai buat) dan nasi goreng yang dimasak Qistina untuk sarapan pagi.
"Maaflah umi. Rumah bujang. Ini je yang ada. Umi nak makan tengah hari sini ke? Nanti Sarah masak nasi",ucap Sarah. Agak agak umi tak kisah ke kalau dia hanya pandai masak nasi dan telur?"Eh tak apa. Seganlah umi. Datang mengejut lepas tu susahkan kamu pula", Puan Ida menolak lembut.
"Eh tak apa. Sarah pun tak buat apa. Nasi goreng ni kawan serumah Sarah yang buat. Haaa,yang telur dadar tu baru Sarah yang masak. Hehe, Sarah memang mengaku Sarah tak pandai masak",ucap Sarah.
"Eh, sedap je umi rasa telur dadar Sarah ni. Nanti lama-lama boleh lah belajar masak macam macam",ucap Puan Ida.
"Amboi Manja, seleranya akak tengok sampai meja pun makan nasi tu",ucap Sarah menegur Manja.
"Manja makan elok-elok...nak umi suap tak?",ucap Puan Ida.
Geleng. Manja pandang Sarah.
"Kak Sarah tak nak suapkan Manja. Manja dah besar kan. Sini akak ajar cara gunakan garpu. Itu ambil tisu dulu lap mulut dan nasi yang dah jatuh tu".Puan Ida suka cara Sarah menegur anaknya. Selama ni, dia dan Nazril terlalu manjakan Manja sehingga makan selalu bersuap. Nurul Huda pun sama. Dalam hati terdetik rasa bertuah jika Nazril memperisterikan Sarah.
"Sarah, sebenarnya umi ke KL bukan saja atas urusan kerja. Tapi umi nak selesaikan juga masalah Nazril, Huda dan Sarah",ucap Puan Ida.
"Masalah apa umi?",soal Sarah.
"Masalah tu kita perlu dengar dulu dari Nurul Huda sebab ia berkaitan Sarah. Umi tak suka nak dengar sebelah pihak je, jadi kalau Sarah tak kisah, boleh ikut umi jumpa Nurul Huda?"
.............
YOU ARE READING
#rasn spin off
FanfictionFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...