23: taaruf

4 0 0
                                        

Bila difikirkan balik, Sarah hairan kenapa dirinya jadi tak tentu arah dan 'pemalu' sebegitu rupa. Mana dirinya yang berani, yang lantang bersuara. Nazril tak boleh fikir yang senang-senang saja dia boleh milikinya hanya untuk disakiti.

"Kenapa tak jadi balik kampung? Tak buat preparation utk pertunangan? Kak Huda tu tak sabar nak bertunang dengan awak",soal Sarah selamba bertentang mata dengan Nazril.

"Itu urusan saya dan dia. Awak tak perlu masuk campur,"jawab Nazril.

"Oh seriously? Memang dah niat nak pasang dua lah secara serentak? Ingat orang perempuan ni buy one free one ke?",ucap Sarah yang suaranya mula meninggi.

"Kenapa fikir macam tu? Look, saya akan settlekan hal dengan dia jadi awak jangan risau"

"Buat apa saya nak risau kalau saya sikit tak ada hati pada awak",bentak Sarah dan beredar dari situ.
"Naz, pergi lah slow talk dgn dia", ucap Izudin. Jika Izudin tidak menyuruh pun memang dia mahu berbincang dengan Sarah. Nazril mengikut langkah Sarah yang sudah keluar dari kafe.

"Sarah, saya serius nakkan awak",ucap Nazril.

"But why? Tak ada angin, tak ada ribut. Sebab apa? Sebab awak simpati anak manja macam saya kena tinggal seorang diri?".

"Saya ikhlas nak jaga awak",ucap Nazril bersungguh.

"Aidil boleh jaga saya seribu kali lebih baik dari awak. Saya lebih percayakan dia daripada awak".

"Tapi awak tak pernah setuju untuk kahwin dengan dia kan".

"Sama juga saya tak pernah setuju nak kahwin dengan awak".

"Jadi kenapa perlu larikan diri macam ni ? Takut nak jumpa saya sampai perlu tidur bilik Qis".

"Eh suka hati saya la nak tidur mana, awak suami saya ke?".

"Sarah, saya ikhlas nak memperisterikan awak. Saya pun tak tahu sebab utama saya pilih awak tapi dalam istiharah saya,saya nampak awak. Bukan Nurul Huda"

"Itu hanya mainan perasaan awak. Awak sama macam lelaki-lelaki lain yang terpikat dengan saya hanya sebab paras rupa. Hakikatnya awak tak boleh terima saya, tak boleh terima keburukan saya. Hidup kita akan jadi lebih mudah jika kita buat pilihan yang sepadan dengan kita. Sama baik, sama pandai. Macam lah saya tak tahu lelaki macam awak ni seronok kan kalau dapat jinakkan perempuan liar macam saya".

"Sumpah demi Allah saya tak pernah..."

"Jangan bersumpah dengan sesuatu yang awak tak pasti. Hari ni awak akan sanjung saya tapi esok lusa tak mustahil awak akan hina saya serendah-rendah seorang manusia hanya kerana kekurangan yang ada pada saya. Nazril Nazim, satu masa dulu awak pernah janji nak sayang saya hingga ke akhir hayat, dan satu masa dulu juga awak pernah bersumpah awak dah tutup pintu hati awak untuk saya. Jadi tolong, pergilah pada Nurul Huda. Hanya dengan itu awak boleh bahagia".

Mereka saling berpandangan. Seorang dengan perasaan marah tak terbendung dan seorang terkebil-kebil tak faham. 

Sarah menepuk dahi. Apa benda lah yang kau merepek Sarah oii.

"Saya akan pulangkan cincin awak bila papa balik sebab rasanya cincin tu termasuk dalam beg galas dia. Tapi tak apa, kalau awak nak cepat, nak minta saya gantikan dengan cincin lain untuk awak melamar Kak Huda, saya boleh beri. Saya nak minta maaf sebab bagi jawapan dalam keadaan...tak bersopan macam ni. Saya memang dah fikir masak-masak. Saya tak nak kahwin dengan awak".

Lagi.

"Saya nak yakinkan awak macam mana lagi? Perasaan ni datang tiba-tiba dan kalau boleh saya nak halalkan hubungan kita. Saya tak nak bercinta sebelum kahwin",pujuk Nazril.

"Tapi awak tak kenal saya".

"Jadi beri peluang pada saya untuk kenal awak. Dalam Islam dipanggil taaruf. Dan untuk berkenalan kita kena ada orang perantaraan."

"Lebih baik awak berkenalan..er apa taa-roof dengan Kak Nurul Huda. Dia cintakan awak dan family korang pun dah bersetuju untuk adakan mjlis pertunangan kan?",ucap Sarah.

"Saya tak faham kenapa semua orang asyik kaitkan saya dengan dia. Kenapa semua kata dia jodoh terbaik saya sedangkan saya tak rasa benda yang sama,"ucap Nazril.

"Apa awak nak peningkan, lelaki boleh kahwin sampai empat. Lagi-lagi ustaz muda macam awak,beratur perempuan nak". Nazril menjeling Sarah. 

"Awak ingat saya lelaki macam tu ke?",bidas Nazril.
"Poligami tak salah dalam Islam",jawab Sarah.

"Jadi selesai masalah, saya kahwin dengan dia dan awak".

"Memang tak lah",ucap Sarah menapak meninggalkan  Nazril. 

Nazril mengejarnya.

"Ha, tahu tak nak. Saya hormatkan orang perempuan macam mana saya hormatkan umi saya".

"Nama saja ambil master  tapi bahasa mudah pun tak faham",ucap Sarah.

"Tak apa, saya faham. Awak tak suka saya ganggu awak. Mulai sekarang saya takkan ganggu awak. Kalaupun saya nak bertaaruf dengan awak saya akan tanya Aidil atau Qis. Awak takkan tengok muka saya pun".

"Haa,saya boleh lah jadi orang perantaraan awak dan Kak Huda. Saya bekas roomate dia, saya tahu perangai dia".

"Tak, saya tak boleh percaya awak".

Yelah ,dari dulu sampai sekarang kau tak pernah percayakan aku.

"Jadi, I see you when I see you",ucap Sarah.

"Assalamualaikum",ucap Nazril.

"Waalaikumsalam",jawab Sarah.Lega.

#rasn spin offTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang