Sarah senyum seorang diri merenung ayam berempah di atas alas makan di ruang tamu itu. Papanya baru selesai berborak dengan Aidil di luar rumah tadi dan kemudian Nazril menghulurkan pinggan berisi ayam goreng berempah.
Sarah makan lauk tersebut dengan berselera. Ya allah, sedapnya dia masak.
"Sarah suka ayam atau Naz?"usik Dato Raqib.
"Ayam"
"Aidil atau ayam?"
"Ayam rendang di Aidilfitri",jawab Sarah berselorah seraya tersenyum.
Huh ingat papa boleh senang-senang nak kenakan Sarah."Sarah, papa sebenarnya nak beritahu satu benda penting. Papa dapat tunaikan haji tahun ni"
"Huh?"
"Nama papa memang dah terpilih sejak tahun lepas tapi sebabkan masalah hutang syarikat, papa tak dapat pergi. Jadi tahun ni alhamdulillah papa dah selesaikan hutang dengan bank dan beberapa pihak, jadi rezeki papa untuk pergi tahun ni dalam trip jemaah terakhir dari Malaysia"
"Ohh, jadi papa dah tak muflis? Syarikat kita boleh beroperasi macam dulu?",
"Memang papa dah tak muflis. Tapi macam yang Sarah tahu masih ada lagi hutang dengan klien dan pembekal. Syarikat kita hanya tunggu masa untuk ditutup sebaik saja hutang dengan mereka dan bayaran gaji pekerja selesai",
"Tak apa, pa. Tentang urusan syarikat tu papa jangan risau. Pandailah Sarah dan Aidil uruskan. Sarah akan buat sehabis baik untuk selamatkan syarikat kita. Papa fikir tentang ibadah saja kat sana",
"Sebenarnya, berat hati papa nak tinggalkan Sarah.Papa rancang kalau dapat pergi tahun ni, papa nak langsungkan majlis nikah Aidil dan Sarah sebelum papa pergi. Tapi sebabkan tak ada jodoh..."
"Pa, Sarah boleh jaga diri la. Papa jangan risau. Duit simpanan Sarah masih banyak, dan kalau tak cukup Sarah boleh cari duit sendiri"
"Aidil tu masih terima sarah, dia masih cintakan Sarah. Sarah kahwin dengan dia?"
"Pa, Sarah tak suka la nak bergantung hidup pada orang lain. Memang lah Sarah ni anak manja tapi tak semestinya Sarah tak boleh berdikari. Sarah tak nak kahwin dengan Aidil hanya sebab papa yang nak Aidil jaga Sarah. Dengan sesiapa pun, kalau boleh, Sarah nak kahwin dengan orang tu atas dasar cinta dan kejujuran. Ya, Aidil cinta dan jujur dengan Sarah, tapi Sarah tak"
Dato Raqib senyum.
"Tapi kan pa, errrmmm....kalau papa tak pergi boleh tak? Sarah..Sarah rasa tak sedap hati la"
"Haih, anak papa ni. Tadi berani sangat nak berdikari, tak bergantung pada orang. Ini tak bagi papa pergi pula",
"Tak...Sarah macam..macam berat hati nak lepaskan papa pergi. Dalam dunia ni, papa je lelaki yang mampu jaga Sarah dengan baik. Tak apalah kalau Sarah tak dapat kahwin dengan Aidil atau mana-mana lelaki lain. Tapi papa ada untuk Sarah",
"Sarah, ini tanggungjawab kita sebagai seorang muslim selagi kita mampu. Sebulan saja papa pergi,tak lama"
"Sarah takut kehilangan papa untuk selamanya. Selain papa, Sarah dah tak ada sesiapa"
"Jangan cakap macam tu. Sarah tak payah fikir sangat. Sarah doakan je papa pergi dan balik dalam keadaan selamat ye"
........
"Ok tak paper tadi",soal Qistina apabila mereka keluar dari dewan peperiksaan.
"Okay",jawab Sarah perlahan.
"Kau kenapa macam sedih je?"
"Papa nak pergi, Qis"
"Pergi mana?"
"Pergi haji"
"La, alhamdulillah. Kau ni buat suspen je"
"Aku tak tahulah berat hati aku nak lepaskan dia pergi. Macam...dia takkan kembali."
"Isk,jangan lah cakap macam tu. Kata-kata satu doa tau",ucap Qistina.
Sarah dah berair mata.
"Laa kau ni. Aku kan ada. Aidil, Izudin pun ada. Kitaorang boleh tolong kau kalau ada apa-apa masalah"
"Tak ada orang boleh sayang aku macam mama papa sayang aku, Qis. Even suami aku.."
"Kau ni kan dari hari tu cakap macam pernah berkahwin je kan"
"Lepas mama mati, aku selalu kurang ajar dengan papa. Baru akhir-akhir ni kami rapat dan baik. Tapi itu pun...Tuhan nak ambil dia, Qis"
"Dah Sarah, jangan fikir bukan-bukan. Kau nak tahu sesuatu tak, org yang pergi haji ni bila balik bawa haji mabrur, dia umpama bayi yang baru dilahirkan. Tak ada dosa. Kau tak nak ke dosa-dosa papa kau diampunkan? Lagi satu, kalaupun ditakdirkan dia mati disana, memang syurgalah ganjarannya. Dia tak perlu dihisab lagi. Kau patut rasa bangga pengakhiran hidup nya berakhir dengan sangat baik".
Sarah mula tenang memikirkan kata-kata Qistina.
"Mama, papa...dua-dua orang yang baik. Aku je yang jahat, yang nakal. Kenapa lah aku tak boleh jadi baik macam mereka, Qis? Baik macam Nazril,mcm Kak Nurul Huda, macam kau, macam Aidil, mcm Izudin..."
"The fact yang kau dikelilingi oleh orang baik maknanya kau pun baik, Sarah. Okay aku bukanlah cakap aku baik, perfect sangat tapi kita sama-sama jadi baik, okay."
"Qis, aku lapar aiskrim. Paper tadi susah",Sarah tiba merengek lapar.
"Ok jom kita makan aiskrim. Tapi aiskrim yang singgit tu je"
"Nak Connetto"
"Banyak kau punya Conneto. Nak Conneto pergi minta abang Aidil kau tu"
"Kau kata kau sayang aku"
"Tapi aku lagi sayangkan duit aku"
...........

ANDA SEDANG MEMBACA
#rasn spin off
FanfictionFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...