"Naz, kau accident ke? Teruk tak?",soal Izudin mendapatkan Nazril di lobi hospital. Nazril baru hantar sms padanya mengatakan ada kemalangan dan dia mahu ke hospital."Eh bukan aku. Kereta tu tak sempat langgar aku. Tapi pemandu tu brek mengejut, sampai dia dan kawan dia cedera. Aku tolong bawa mereka ke hospital", cerita Nazril.
"Siapa yg kau tolong tu?",soal Izudin.
"Entah, aku dengar mereka panggil satu sama lain Qis, Sarah. Junior rasanya,budak ijazah", ucap Nazril.
"Qis...Qistina? Besar? Kulit tona tak sekata?"
"Ish kau ni tak baiklah. Haah dia gempal skit. Yang lagi satu tu rambut blonde."
"Huh, dah agak dah. Itu kawan aku, Qistina dan Maisarah. Tapi Qis tu aku biasa panggil dia Lebar"
"Ohhh. Eh, kau datang sini buat apa? Aku hanya minta kau beritahu Prof aku tak dapt masuk kelas. Bukan suruh kau datang sini."
"Aku risau kat kau la kawan. Nasib kau tak apa-apa."
"Abang Nazril, terima kasih bantu kami ye. Kalau tak saya pun tak tahu apa jadi..", Qistina muncul dari bilik rawatan dengan dahi yang berbalut dan menyapa Nazril.
"Sama-sama,"jawab Nazril. Matanya melilau mencari Sarah.
"Weh, Cai! Kau pun ada kat sini?"soal Qis pada Izudin.
"Naz ni kawan aku. Tak sangka kau orang yang dia tolong. Eh Sarah mana? Kereta dia okay?",soal Izudin.
"Sarah tunggu papa dia, dia rehat kat bilik rawatan tu sekejap. Luarannya dia luka kat dahi je tapi kau tahu lah accident macam ni. Dia mungkin terkejut",ucap Qistina.
Banyak persoalan di minda Nazril. Pertama,kenapa pada pertemuan pertama saja Sarah sudah dingin pada dia? Kedua, bagaimana dia tahu namanya?
"Abang kena pergi sekarang ye, Qis. Err nanti kirim salam pada Sarah dan papanya", ucap Nazril tak mahu membuang masa di sini. Dia perlu berjumpa dengan pensyarahnya petang ini.
"Okay, bang",jawab Qistina.
...............................................................................................................
Perkara pertama yang Sarah perlu buat adalah menjauhkan dirinya dari insan toksik yang akan hancurkan hidupnya di kemudian hari.
"Sarah, Kak Huda ada buat salah ke sampai Sarah nak pindah keluar?",ucap Nurul Huda dengan riak penuh kerisauan.
Sarah tak dapat menahan air matanya. Terlalu banyak kesakitan yang wanita beri padanya.
"Sarah hanya nak habiskan masa dengan papa",jawab Sarah. Dia malas nak marah-marah pada senior dan teman sebiliknya itu. Dia penat.
"Papa Sarah sakit?",soal Nurul Huda.
Sarah menggeleng.
"Akak tolong Sarah kemas..."
"Selama ni akak marahkan Sarah ke, bila Sarah menengking pada akak? Akak memang bencikan Sarah?",soal Sarah tiba-tiba.
"Eh kenapa Sarah cakap macam tu?", ucap Nurul Huda.
Air mata Sarah mengalir laju. Dia yang dahulu bongkak,pentingkan diri sendiri,kurang ajar. Memang tak mustahil semua itu membuatkan Nuru Huda berdendam padanya.
"Tak adalah kak. Sarah minta maaf salah silap Sarah selama ni. Sarah betul berdoa, akak sentiasa bahagia. Jangan sia-siakan kebaikan pada diri akak. Jangan...jangan simpan sakit dalam hati. Kalau tak suka, benci, luahkan. Tak jahat pun kalau kita berterus terang apa yang kita rasa. Bukan pendam dalam hati sampai ia jadi nanah",ucap Sarah.

ANDA SEDANG MEMBACA
#rasn spin off
FanfictionFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...