Sarah ke kafe bersendirian utk menenangkan fikiran. Aidil dan Nurul Huda masih bersama Nazril.
"Sarah...okey ke ni?",soal Aidil mendapatkan Sarah di kafe selepas setengah jam.
"Okey,Dil. Sarah cuma kurang tidur je. Tulah, bodoh sangat fikir hari ni hari Isnin. Terkoncoh-koncoh tahu tadi Sarah bersiap ke pejabat. Confident betul jadi orang pertama datang office", ucap Sarah.Aidil ketawa.
"Kalau uncle tahu mesti dia gelakkan Sarah tiga hari tiga malam, kan",usik Aidil.
"Aidil! Jahat tau."
"Tapi dia juga akan rasa bangga anak manja dia ni dah berumah jadi matang. Tahu tanggungjawab. Sampai kebajikan jiran pun dia jaga".
"Aidil!",ucap Sarah sudah bercekak pinggang.
"Iye iye, Aidil tak usik lagi. Jadi Sarah nak cerita tak apa sebenarnya berlaku antara Sarah dan Nazril? Korang bercinta?",soal Aidil."Bila masa pula kami bercinta kalau setiap kali jumpa, tiap kali itu bergaduh. Cuma...Sarah tak sangka tiba-tiba Nazril nekad risik Sarah melalui papa sebelum dia berangkat ke Mekah hari tu", cerita Sarah.
"Jadi betullah Sarah dan dia saling mencintai?",ucap Aidil bernada serius.
"Hehe geli la bila Aidil cakap mcm tu. Sarah pun tak tahu apa yg Sarah rasa ni betul atau tak. Tapi abang Naz tu dah nak bertunang dengan Kak Nurul Huda. Sarah tak nak jadi penghalang hubungan mereka. Sebab tu Sarah beritahu Kak Nurul Huda yang Abang Naz sakit. Jadi dia juga boleh tunjuk pada Abang Naz kasih sayang dia. Sarah nak kami bersaing dengan adil dan saksama. Biar pada akhirnya, Abang Naz yang buat keputusan.""Sarah sayangkan dia?",soal Aidil.
"Sentiasa".
"Untungnya Nazril. Tapi, kalau Aidil nak rebut cinta Sarah juga, boleh?"usik Aidil.
"Aidil...Sarah ni bukannya ada apa-apa. Tak ada apa yang nak direbutkan . Nak tak kalau Sarah bagi ayat klise perempuan dalam situasi ni?",ucap Sarah sambil membuat muka nakal.
"Apa dia?".
"Awak terlalu baik utk saya".Aidil tergelak besar.
"Huh, saya memang paling benci ayat tu",ucap Aidil...................................................................................................
"Naz, Huda bukan nak paksa Naz. Tapi Naz kena fikirkan tentang umi juga. Boleh ke dia redha dan terima Sarah sebagai menantu?",ucap Nurul Huda.
"Soal umi tu, awak jangan risau. Saya kenal umi saya. Tahulah saya pujuk dia",ucap Nazril.
"Huda cakap macam ni sebab Sarah tu bekas roomate Huda. Huda kenal sangat perangai dia. Teman lelaki keliling pinggang, lepas tu suka permainkan perasaan mereka. Naz pun tahu kan apa yang dia dah buat pada Aidil. Huda tak nak Naz jadi mangsa Sarah seterusnya",nasihat Huda.
"Sarah tak pernah cuba dekati saya, malah selalu elakkan diri dari saya. Tapi saya yang dekati dia dan risik dia secara baik melalui papa dia".
"Naz sukakan dia sebab dia selamatkan nyawa Naz, semalam?".
"Saya dah lama sukakan dia".
"Jadi betullah Naz sukakan dia hanya sebab paras rupanya?".
"Huda, saya tak perlu jelaskan pada awak kenapa saya pilih dia..".
"Huda tak kisah kalau Naz tak pilih Huda sekalipun. Tapi sebagai kawan, Huda cuma nasihatkan Naz untuk tak buat pilihan yang salah. Jangan menilai sesuatu hanya dari luaran. Nanti Naz juga yang merana",nasihat Nurul Huda.
Sarah dan Huda bercakap perkara yang hampir sama. Malah, mungkin satu dunia mempunyai pandangan yang sama. Lelaki 'pak ustaz' sepertinya seharusnya dijodohkan dengan perempuan baik seperti Nurul Huda. Sama baik, sama bijak.
Tapi Sarah apa kurangnya. Dia tiada hak untuk menghakimi masa lalu Sarah. Lagipun sekarang Sarah dah banyak berubah. Dia lebih tenang, lebih matang dan paling penting dia jadi dirinya sendiri. Cintanya bukan semata paras rupa dan sifat manja Sarah yang sememangnya mampu menambat hati mana-mana lelaki.

ANDA SEDANG MEMBACA
#rasn spin off
FanfictionFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...