rendang izudin

4 0 0
                                        

"Naz,jom makan. Aku dah siap masak ni",ajak Izudin ketika Nazril bermalam di rumahnya usai urusan mengangkut barang.
"Kau makan dulu lah,Din. Aku tak lapar",jawab Nazril. 
"Kau ni dari tengah hari tadi tak makan kan sebab sibuk angkut barang. Makanlah sikit,asyik termenung je dari tadi"
Nazril diam.
"Kalau kau tak makan,aku beritahu Sarah tentang penyakit kau",ugut Izudin.
Nazril pantas mendapatkn Izudin di meja makn.

"Eh jangan, Din. Aku tak nak dia tahu. Biarlah cerita ni habis sampai sini",ucap Nazril cemas.
"Hah, jangan nak berdrama..cepat duduk",arah Izudin.
Nazril patuh.

"Aku masak tomyam je,campak-campak. Kalau tak sedap sorry lah ye",beritahu Izudin.
"Eh tak apa. Sorry aku tak tolong kau masak tadi",balas Nazril
"Takpe".

Nazril merenung telur dadar yang dimasak Izudin. Dia teringat pada telur dadar Sarah.
Usai baca doa, mereka makan.

Alahai, masinnya.
"Alamak, Naz. Aku rasa tomyam aku ni masin la",ucap Izudin.
"Takpe sikit je ni. Aku boleh je makan",ucap Nazril malah laju menyuap nasi ke dalam mulut.
"Bukan sikit ni. Dah macam cite Bujang Lapok yang dia masuk satu kati garam dalam sup. Alahai...kau,cuba kau makan dengan telur dadar tu. Mungkin boleh hilang rasa masin tu",cadang Izudin.
Nazril rasa telur dadar yang dibuat Izudin. Sama masin.
"Okey ni. Alhamdulillah sedap",puji Nazril.
Izudin turut merasa dan hampir mengeluarkan apa yang dimakannya.

"Eh Naz, tak payah makanlah dua-dua ni. Ya Allah langsung tak sedap. Kau amik nasi baru, aku buat lauk lain".
"Tak payah lah buat lauk baru, kau ni membazir la. Takpa kita habiskan apa yang didepan mata kita".
"Kau tu sakit,Naz. Nanti tiba-tiba tekanan darah kau tinggi sebab makan benda masin, aku juga yang susah".

"Tak apa, kalau aku bubuh nasi banyak hilanglah rasa masin tu".
Izudin pula tak keruan. Dia mencapai satu bekas yang berisi rendang.
"Hah, kau makan sekali dengan lauk rendang ni. Takkan nak makan nasi kosong je kan".

"Ini rendang Sarah eh?",soal Nazril.
"Haah,dia bagi aku tadi. Eh kalau aku hangatkan kuah tomyam ni lepas tu bubuh gula boleh hilang tak rasa masin dia?"soal Izudin.
"Eh aku tak sure la. Atau kau kurangkan kuah tu dan bubuh air baru. Dah mendidih baru kau rasa kuah dia",cadang Nazril. Izudin ni memang sengaja masak tak sedap supaya dia makan rendang Sarah atau apa?

"Eh,apa renung lagi rendang tu. Makanlah. Takkan nak aku suap",ucap Izudin.
"Takpa lah,Din. Sarah bagi kau, bukan aku",jawab Nazril.
"Dalam rendang tu ada air tangan Qistina juga. Jadi kau tak payah nak acah dramatik sangat . Ada makanan, makan. Sarah pun tak beritahu aku supaya larang kau makan rendang ni", tegas Izudin.

Nazril terdiam sementara Izudin sedang sibuk berperang menyelamatkan lauk tomyamnya di dapur. Silap dia kerana terlalu yakin masak tanpa merasa.

"Tahu tak apa Sarah cakap pada Qis masa mula-mula dia rancang nak masak dan bersedekah pada orang ramai ni? Dia kata untuk hidup bahagia, kita kena bahagiakan orang lain. Kesedihan kita akan hilang bila kita berkongsi rezeki dengan orang lain, walau sekecil mana. Lagi-lagi di bulan Zuhijjah ni, nak dekat raya ni, makin berlipat ganda pahala kita dapat dengan bersedekah",bual Izudin sambil mengacau kuah tomyamnya yang sudah ditambah air.

"Jadi ini rendang kesedihan seorang Kasih Maisarah?",soal Nazril.
"Tak. Ini rendang kasih sayang seorang Kasih Maisarah",jawab Izudin. 

Nazril ambil sedikit rendang dan diletakkan di pinggannya. Merenung nasi nya sebelum mula makan rendang itu.

Sedapnya kasih sayang seorang kasih maisarah. Makin laju tangannya menyuap, makin terisi jiwa kosongnya.

"Jangan drama sangat makan tu. Air tangan Qis pun ada, nanti kau jatuh cinta pada dia plak",usik Izudin sambil menuangkan air untuk Nazril. Takut tercekik pula sahabatnya itu.

"Tak kisah, Din. Asalkan ada Sarah",ucap Nazril dengan wajah ceria.

Izudin menggeleng melihat perangai kawannya itu.

#rasn spin offTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang