45: the decision

4 0 0
                                        

"Tak adil untuk Sarah, Naz",ucap Izudin.
"Ini yang sebaik-baiknya, Din",jawab Nazril.

Bukan saja Puan Ida malah Izudin turut tak bersetuju dengan keputusan Nazril.
Nazril sudah pun memaklumkan pada Dato Raqib melalui panggilan telefon yang dia mahu cincin risik yang diberi, dipulangkan semula kepada dirinya. 

"Maafkan saya, uncle sebab tak boleh tunaikan janji saya",ucap Nazril serba salah.
"Tak apa Naz. Papa faham. Jodoh ni tak boleh dipaksa. Adakah disebabkan salah Sarah?".
"Tak, uncle. Sarah tak salah apa-apa. Saya buat keputusan ni sebab fikirkan dirinya juga".
"Naz nak papa beritahu sendiri pada Sarah ke?".
"Itu yang saya nak minta tolong. Macam mana saya lamar dia melalui uncle, macam tu juga saya akan pulangkan pada uncle".
"Papa faham. Naz, tak payahlah panggil uncle. Walaupun tak jadi menantu, papa tetap anggap kamu seperti seorang anak",ucap Dato Raqib.
"Terima kasih, papa. Jaga diri papa elok-elok ye. Insyaallah kalau ada rezeki, Naz jemput papa di KLIA".
"Naz jaga diri baik-baik ye. Papa minta maaf kalau ada salah papa dan Sarah pada Naz. Papa sentiasa doakan Naz sihat dan bahagia dengan keluarga Naz. Jaga diri baik-baik ye. Kirim salam kat keluarga Naz".

"Insyaallah,pa. Naz pun minta maaf kalau perbuatan Naz ni mengguris hati papa. Naz langsung tak berniat nak sakitkan hati sesiapa".
"Tak apa, Naz. Papa nak pergi ni. Jaga diri baik-baik ye".

Tiga kali Dato Raqib menyatakan padanya supaya jaga diri baik-baik. Nazril jadi sayu pula kerana terpaksa mengkhianati janjinya pada lelaki yang sudah dianggap seperti bapa sendiri.
Nazril tak dapat menahan diri dari menangis.
.............

"Baik, pa. Jaga diri baik-baik ye. Assalamualaikum",ucap Sarah lalu menamatkan panggilan telefon.
Dia melepaskan satu keluhan berat dan seolah mahu menangis.

"Sarah, kau okey?",tanya Qis. Selalunya Sarah ceria apabila mendapat panggilan dari papanya. Tapi kali ini, mukanya keruh saja.

"Aku cuma rindu papa. Cepatlah dia balik, aku rindu nak peluk dia",ucap Sarah yang akhirnya menumpahkan air mata. Qistina mengurut belakang Sarah perlahan.

"Qis, kau ajar aku masak rendang,boleh. Nanti papa balik, boleh la kami beraya bersama walaupun dah terlambat".
"Boleh. Nanti aku pergi beli daging".
"Kita pergi pasar sama-sama lah. Oh,kau balik kampung bila?".
"Aku tak balik, Sarah. Aku cuti sehari je".
"Laa balik jela. Kesian mak kau dah lama tak jumpa kau. Hargai dia sementara dia masih ada, Qis".

"Tengoklah Sarah. Kalau hari sebelum raya tu aku tak sibuk, aku baliklah kampung. Kau pula? Nak tinggal seorang kat sini?",soal Qistina.
"Aku mana ada keluarga lain, Qis. Kau jangan risau la, kalau aku takut sangat aku tebalkanlah muka aku tidur kat rumah Aidil adha tu".
"Iyelah tu".
"Qis, kalau raya korban, apa hukum kita masak dan bersedekah kat orang lain? Selalu orang bagi daging kat org miskin,kan? Kalau kita bagi daging yang dimasak, boleh?".
"Orang yang bagi daging kat orang susah time raya haji dinamakan ibadah korban. Ada caranya untuk kita buat ibadah korban dan orang yang berkorban tu pun perlu jaga beberapa perkara macam tak boleh potong kuku, digalakkan berpuasa. Kalau apa yang kau nak buat ni, kita bersedekah. Tak kisah kalau kau nak sedekah duit sekalipun boleh. Tapi kau confident ke nak masak?".
"Sebab tu kau kena ajar aku. Biar rendang aku jadi lagi sedap dari daging rendang Azwan Ali".
Qistina tergelak.

"Kau nak bagi siapa je?",soal Qistina.
"Bagi kau, Izudin, jiran-jiran dan orang yang susah. Kau ada kenal sesiapa yang susah?".
"Wah, kau memang nak masak untuk ramai orang la ni?".
"Iyelah. Dah niat aku nak bersedekah. Aku bagi kau dan Izudin sebab korang boleh jadi juri masakan aku".
"Jiran sebelah ni boleh jadi juri sekali?",ucap Qistina merujuk kepada Nazril.
"Dia...dah nak balik kampung. Raya nanti terus menetap kat sana".
"Oh maknanya lepas kahwin korang akan duduk kat kampung?".
"Dia je balik kampung. Aku tak. Aku tinggal dengan papa".
"LDR?".

"Aku dan dia tak ada jodohlah,Qis",ucap Sarah kedengaran sedih.
"Hah?".
"Dia dah buat keputusan, dan beritahu papa. Papa beritahu aku"

"Patutlah muka kau sedih semacam tadi".
"Mana ada. Aku memang dah agak keputusan dia tu. Tapi pasal aku sedih tu, bukan sebab dia tapi sebab papa".
"Tolonglah Sarah. Kau boleh tipu semua orang tapi bukan aku".
"Tak apalah, Qis aku malas nak cakap hal ni. Orang dah tak nak kita, buat apa terhegeh-hegeh".
"Dia ada cakap kenapa?".
"Biasalah jawapan klise 'ini bukan salah Sarah, tapi salah saya'",ucap Sarah meniru suara garau Nazril.
"Benci pula aku dengan Abang Naz ni. Kenapa dia tak tetap pendirian? Aku dan Kucai yang orang luar ni pun boleh nampak macam mana korang berdua ni sebenarnya sangat cintakan satu sama lain. Apa masalah dia?",marah Qistina.
"Tak tahulah. Mungkin dia baru sedar Kak Huda perempuan yang lebih sesuai dibuat isteri. Mungkin dia dah nampak muka perempuan tu dalam istiharah dia".
"Aku syak ni mesti kerja Kak Huda hasut dia lagi. Mesti dia beritahu cerita buruk tentang kau"
"Dah lah. Dia dah buat keputusan pun. Aku pun redha je. Sekarang ni kita dah start plan macam mana nak masak dan edarkan rendang daging kita tu"
"Amboi gaya macam nak berniaga"
"Eh,mana tahu. Sementara aku belum dapat kerja tetap, aku boleh berniaga macam ni"
"Jangan rentung dapur kau tu sudah"

.......

#rasn spin offTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang