13: Nasi goreng dan susu

10 0 0
                                    

"Uncle lepas ni tak payahlah susah-susah hantar saya ke universiti. Saya boleh pergi sendiri.",ucap Nazril yang duduk di kerusi penumpang bahagian hadapan. Kalau dia tidak menoleh ke belakang pun dia tahu tuan puteri sedang menarik muka masam.

"Tak apa, Naz. Dah alang-alang Uncle nak hantar Sarah. Kereta Uncle letak di ofis untuk kegunaan pekerja syarikat. Untuk waktu-waktu genting ni mereka terpaksa kesana sini uruskan aset syarikat dan projek klien yang tertangguh",ucap Dato Raqib. 

"Jadi syarikat Uncle memang tak boleh diselamatkan?"soal Nazril.

"Sekarang ni kami terpaksa jual beberapa aset syarikat untuk bayar hutang pada pihak pembekal dan bank. Beberapa department dan pekerja pun terpaksa ditutup atau diberhentikan", 

Nazril mengangguk-angguk mendengar cerita Dato Raqib. 

"Kalau Uncle perlukan apa-apa bantuan jangan segan cakap dengan saya. Insyaallah saya boleh tolong apa yang mampu",

"Awak nak tolong apa, Nazril? Nak bagi pinjam duit? Banyak sangat ke duit yang awak ada tu? Lebih banyak dari Aidil?",ucap Sarah dengan nada tak puas hati. 

"Sarah apa cakap dengan dia macam tu",ucap Dato Raqib

"Sarah tak nak berhutang apa-apa dengan manusia hipokrit macam ni, Pa. Cukup-cukuplah buat baik kononnya masakkan nasi goreng untuk kita."

"Saya ikhlas masakkan sarapan untuk uncle dan Sarah. Tak salah kan kalau kita berbuat baik sesama jiran. Lagipun Rasullullah saw menganjurkan berbuat baik sesama jiran dalam riwayat...",

"Tak apa. Awak simpan hadis awak tu untuk pertandingan Pencetus Ummah atau Imam Muda. Saya tak nak dengar. Pa, berhenti kat sini je. Sarah nak jumpa Qis kat sini sekejap",ucap Sarah apabila mereka menghampiri bangunan pentadbiran universiti. 

"Sarah balik pukul berapa?",

"Nanti Sarah telefon",

"Sarah bawa charger phone tak? Tahu-tahu nanti bateri telefon dah mati",

"Bawa. Ok lah pa, Assalamualaikum",ucap Sarah menyalami dan mencium tangan Dato Raqib.  Sempat dia menjeling pada Nazril yang kekok di kerusi penumpang hadapan.

"Nak saya salam awak juga ke?",ucap Sarah dengan nada menyindir.

"Eh, apa pula awak ni. Kita bukan mahram",ucap Nazril sedikit terkejut. Dia menyimpan tangannya jauh dari Sarah.

"Dah tu turunlah. Ingat papa saya pemandu awak ke nak hantar sampai depan perpustakaan",ucap Sarah dingin.

Oh? Kena turun eh?

"Sarah! Tak apa Naz. Uncle hantar sampai depan perpustakaan. Kesian kaki Naz tak sembuh lagi",ucap Dato Raqib. Sumpah Nazril sangat kekok berhadapan dengan kemarahan Sarah dan kebaikan Dato Raqib. Tapi dia tetap mengemas barang-barangnya.

"Tak apa Uncle,saya turun kat sini. Lagipun saya boleh...jumpa lecturer dulu sebelum study kat library. Terima kasih ye",ucap Nazril turun dari kereta itu tanpa sempat Dato Raqib menahannya.

Sarah sudah laju menapak ke pintu masuk bangunan pentadbiran itu.

"Sarah..Sarah...tunggu!",ucap Nazril mengejar Sarah. Susah payah akhirnya dia dapat memintas gadis itu.

"Elok pula kaki tu berlari?",

"Sarah, saya tak ada niat nak susahkan papa awak, serius. Tadi saya masakkan nasi goreng atas tanda terima kasih sebab dia dah tumpangkan saya pulang dari pasar. Itu saja",

"Jadi dia dah tumpangkan awak lagi ni, awak nak balas dengan apa? Masak untuk makan malam pula?",

"Saya ikhlas..."

"Awak simpan sajalah ikhlas awak tu Nazril Nazim. Saya dah tak boleh percaya walau satu perkataan yang keluar dari mulut awak",ucap Sarah tegas. Dia memaksudkan setiap patah perkataan yang dia ucapkan. Nazril tak perlu buat baik padanya, beri dia harapan hanya untuk dikecewakan satu hari nanti.

.......................................................................................................... 

#rasn spin offWhere stories live. Discover now