22: Cincin

5 0 0
                                    

Sarah marah Qistina kerana sesuka hati menggunakan telefon pintarnya yang sedang dicaj.

"Alah, kau. Aku nak pinjam pun tak boleh, kedekut lah",ucap Qistina usai membuat panggilan telefon. 

"Kau cakap dengan siapa?",soal Sarah.

"Kucai. Aku nak pinjam kereta dia tapi dia tak bagi. Katanya Abang Naz nak guna",jawab Qistina.

"Biarlah dia guna. Ada hal urgent kot",ucap Sarah.

"Alah aku tahu taktik Kucai tu. Konon cakap Abang Naz nak balik kampung, nak guna kereta. Padahal selama ini elok je Abang Naz balik kampung naik bas".

"Dia balik kampung?".

"Haah, balik dua hari. Ada urusan keluarga katanya. Nak bincang pasal majlis kahwin dia kot".

"Hah!"terus terbangun Sarah dari kerusi yang dia duduk.

"Kau ni dah kenapa? Aku yang tak dapat pinjam kereta, kau yang terkejut".

Sarah berdecit. Qistina menyembunyikan senyumannya. Tulah, tak nak kongsi dengan aku. Bila dah jadi macam ni tahu gelabah. Aku dah agak dah.

"Dia dah bertolak ke?".

"Dah rasanya. Ah, aku pergi sajalah hostel lelaki. Nak tengok betul ke kereta dia tak ada",ucap Qistina yang sudah pun bersiap.

"Eh,kau pakai jela kereta aku",ucap Sarah.

"Alah, kereta kau selalu rosak. Malas aku. Ohh, nanti kau nak pesan makan apa-apa tak? Aku belikan. Cuma lambat sikit la".

"Tak payah risau pasal aku. Tahulah aku beli makanan sendiri".

"Oh, kafe Jah Kelip tutup tau. Kalau nak pergi beli makanan, beli kat kafe dekat dengan hostel Kucai tu. Kalau kau pergi sana, nanti roger aku. Kalau sempat aku temankan kau makan kat sana".

"Hmm yelah. Eh, tapi betul Naz balik kampung".

"Itu yang Kucai cakap dengan aku. Kenapa?".

"Tak ada apa".

Sarah tahu boleh saja Qistina kenakan dia untuk turun makan di kafe dengan alasan Nazril tiada disini jadi dia takkan bertembung dengan lelaki itu. Jadi Sarah masih mengambil langkah berhati-hati apabila dia menapak ke kafe berhampiran kawasan hostel Kucai. Dah macam ninja pula dia jalan terjengket-jengket dan menoleh ke kiri kanan setiap satu saat.

Akhirnya dia tiba di kafe tersebut. Setelah memastikan keadaan selamat, dia pergi ke gerai nasi ayam dan membuat pesanan makanan. Usai membayar harga makanan, telefon pintarnya berbunyi.

"Sarah, kau kat mana? Bilik atau kafe?",soal Qistina di hujung talian.

"Kafe. Kenapa?".

"Hah, tunggulah situ. Aku datang kejap lagi. Kita makan kat sana".

"Tapi aku dah bungkus".

"Ala, jomlah. Bosanlah asyik memerap kat bilik. Kau tunggu eh",ucap Qistina lalu mematikan talian. 

Sarah mengambil tempat duduk paling tersorok dalam kafe tersebut sebagai langkah berjaga-jaga takut terserempak dengan Nazril.

"Oit",sergah Qistina.

"Qis! Terkejut aku".

"Yang kau tu pandang kiri kanan suspicious gila kenapa? Takut sangat aku tipu yang abang Naz sebenarnya tak balik kampung?",ucap Sarah.

"Apa kau merepek ni. Dah, cepatlah beli makanan. Aku dah lapar ni. Banyak benda tak study lagi",ngomel Sarah. 

Geram saja Sarah tengokkan Qistina. Dia sengaja membeli mee sizzling yang mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Sarah kalau boleh mahu cepat makan dan cepat kembali ke bilik. Sementara menunggu Qistina, dia menebarkan pandangan ke sekitar kafe. Ada kumpulan pelajar yang sedang menonton tv, ada yang belajar sambil makan, ada yang makan secara berjemaah seperti sedang membuat kenduri.

Sarah senyum sendiri. Tak lama lagi dia akan meninggalkan kehidupan sebagai seorang pelajar. Dia bukan pintar sangat untuk meneruskan pengajian ke peringkat sarjana seperti Izudin, Nazril dan Nurul Huda. Dia akan uruskan syarikat papanya dengan bantuan Aidil sementara menunggu papanya pulang dari kota suci. 

Tapi...ada hal yang lebih membimbangkannya apabila papa selamat sampai ke Malaysia. Kalau orang itu benar-benar serius dengan kata-katanya, maka segala usahanya selama ini akan jadi sia-sia. Pusingan kehidupan yang sama akan berulang kembali. Dia tak nak, dia dah letih. 

"Berangan apa tu?",tegur Qistina.

"Haih, kau. Cepatlah makan. Aku dah lapar".

"Iyelah. Cepat baca doa",ucap Qistina.

Mereka makan sambil berbual ringan. 

"Assalamualaikum",sapa satu suara. Qistina dan Sarah mendongakkan wajah. Izudin sedang tersenyum sambil menunjukkan jari peace sementara lelaki di sebelahnya terkulat-kulat memandang Sarah.

"Qistina Halim!",bentak Sarah. 

"Ya Allah, Sarah. Terkejut aku",ucap Qistina. 

"Kau cakap dia balik kampung?",ucap Sarah dengan suara perlahan.Mukanya sudah berona merah.

"Kucai yang cakap, aku tak tahu",jawab Qistina selamba. Izudin duduk sambil tersengih manakala Nazril nampak serba salah untuk duduk.

"Saya memang nak balik kampung. Sebab rindukan umi dan adik saya. Tapi last minute tak ada tiket bas",terang Nazril tanpa dipinta.

"Aku tak tipu, kan Lebar? Aku memang nak bagi Naz pinjam kereta untuk bawa balik kampung tapi dia yang tak nak",ucap Izudin.

Sarah hanya memandang sebal Izudin dan Qistina yang seolah berkomplot mengenakan dia dan Nazril. Hilang selera makan Sarah.

"Makanlah banyak sikit Sarah. Kau tahu tak,Cai. Selama tiga hari dia kat sini, dia asyik makan biskut, roti, Milo. Takut sangat nak keluar bilik",ucap Qistina. Sarah mencubit lengan rakannya di bawah meja.

"Sakitlah, Sarah".

"Mulut tu diam la kalau tak nak sakit".

"Makanlah banyak, Sarah. Nanti kurus pula badan kau. Lagi-lagi jari manis kau tu. Kalau sarung cincin mahu melurut jatuh",ucap Izudin membuatkan Nazril terbatuk-batuk.

"Uncle, saya nak cakap sesuatu dengan uncle. Saya berhasrat nak memperisterikan Sarah",ucap Nazril sambil menunjukkan sebentuk cincin pada lelaki tua itu.



#rasn spin offWhere stories live. Discover now