Selesai membasuh muka dan luka pada tangannya, Sarah melangkah longlai keluar dari tandas. Dia tidak menuju ke wad Nazril, tapi menuju ke pintu kecemasan dan keluar dari kawasan hospital tanpa pengetahuan Qistina dan Izudin.
Kenapa kau hadirkan cinta yang begitu menyakitkan ini, Ya Allah? Dia tak cintakan aku, dia takkan bahagia dengan aku.
Sarah menahan teksi dan pulang ke rumahnya seolah tiada apa yang berlaku.
................................................................................................................................................................
Sarah ke tempat kerja seperti biasa pada keesokan harinya. Langsung tidak mempedulikan bengkak matanya yang jelas kelihatan.
Dia pelik kerana pintu pejabatnya berkunci. Adakah syarikat bapanya sudah diisytiharkan muflis tanpa dia ketahui? Pantas Sarah menelefon Aidil.
"Aidil. Kenapa pintu syarikat ni berkunci? Dah pukul 9 lebih, takkan tak ada siapa yang datang kerja? Syarikat papa dah muflis ke?",soal Sarah bertalu-talu.
"Eh Sarah. Kenapa Sarah cakap macam tu? Hari ini hari Ahad la Sarah",ucap Aidil. Sarah menepuk dahinya.
Itulah, nak sangat lari dari Nazril sampai hari apa pun lupa.
"Sarah kat pejabat ke? Aidil datang sana sekarang",ucap Aidil.
"Eh, tak payah. Nanti Sarah balik sendiri".
"Din baru beritahu Aidil yang Naz masuk hospital semalam. Sarah ada melawat dia tak?",soal Aidil.
"Ermm.. tak apa. Sarah ada urusan la. Mungkin nanti-nanti saja Sarah lawat dia",ucap Sarah.
"Sarah pergi pejabat tu naik public transport kan? Sarah tunggu sana saja, nanti Aidil datang ambil Sarah",ucap Aidil lalu mematikan talian. Tak sempat Sarah membangkang kata-kata Aidil.
'Sarah, kau tak boleh larikan diri macam ni',detik hatinya.
'Habis, nak hadap muka lelaki tu lepas tu cakap saya cintakan awak? Lepas tu dia pun bodoh untuk cintakan aku juga. Kami kahwin, Kak Huda jadi orang ketiga dan drama bermula sekali lagi? Aku tak nak!',bentak suara di fikirannya.
'Mungkin dah memang jodoh kau dengan dia',hatinya masih mahukan Nazril.
'Aku takkan letakkan masa depan dan kebahagiaan aku pada tangan mana-mana manusia terutama dia. Aku boleh ubah takdir hidup aku sendiri', akalnya membantah.
'Habis sampai bila cerita ni nak habis? Huda kejar dia, dia kejar aku, Aidil kejar aku, aku kejar masa depan yang tak pasti aku. Aku boleh je pergi pada Aidil,tapi lepas peristiwa semalam aku tahu ia hanya menyakitkan lebih banyak hati',detik hatinya.
'Mulut kau memang cakap kau tak nak Naz, tapi perbuatan kau nampak sangat kau cintakan dia. Manalah Naz tak kejarkan kau',hatinya menambah lagi.
'Dahlah, tak payah nak beri harapan palsu',akalnya memberi konklusi.
Sarah mencari nombor Nurul Huda pada telefon pintarnya dan menghantar satu pesanan ringkas.
Nazril masuk hospital.
Sarah... Sarah. Hati kau masih keras.
.....................................................................

ANDA SEDANG MEMBACA
#rasn spin off
Hayran KurguFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...