"Kau ni kan. Kadang-kadang aku memang tak boleh tahu kau ni serius atau main-main",ucap Qistina.
"Apa-apa sajalah,Qis. Aku nak bersiap. Hari ni aku nak masuk pejabat papa",ucap Sarah.
"La, baru cuti semester kau dah mula kerja",ucap Qistina.
"Aku nak tolong papa selesaikan masalah kat pejabat. Jadi bila dia balik nanti, dia tak perlu risau apa-apa dan percayakan aku untuk ambil alih syarikat dia",jawab Sarah.
"Sarah kau ingat ni drama Korea ke dalam masa beberapa hari boleh selamatkan syarikat papa kau yang dah wujud sejak zaman atuk kau masih hidup lagi? Keadaan mesti sangat teruk sampai syarikat tu jadi macam tu".
"Sebab tu Aidil akan tolong aku. Aku nak berhenti hidup terlalu bergantung pada mana-mana lelaki, termasuk papa. Sekurang-kurangnya aku nak belajar selesaikan masalah daripada menambah masalah. Aku nak jadi Miss Independent".
"Huh, Miss Independent konon. Tu baju kotor kau tu siapa nak basuh? Dah dua hari kat bakul kotor tu tahu tak. Kau ingat ada bibik dalam rumah ni?".
"Haah la,aku lupa aku kena pergi dobi hari ni. Kau tolong hantarkan dobi, err kau guna kereta aku. Aku naik teksi je pergi pejabat".
"Eh kau ni kata nak berjimat. Nak naik teksi pula",ucap Qistina.
"Habis tu? Kau nak basuhkan baju-baju aku? Tak naklah, kau basuh tak bersih",ucap Sarah.
"Amboi kau. Aku takkan jadi bibik kau basuh baju. Tapi aku boleh jadi supir kau. Nanti aku hantar kau ke pejabat, lepas tu aku pergi dobi. Aku pun nak basuh baju aku. Kau bagi je duit minyak dan duit basuh dobi, pandai-pandailah aku nanti".
"Ya Allah baiknya kau Qis, muahh. Sayang kau. Nanti tolong buatkan sarapan untuk aku ye, aku nak mandi",ucap Sarah cepat berlalu mengambil tuala dan menuju ke bilik mandi.
"Hoi, aku bukan bibik kau tahu",jerit Qistina pada Sarah yang berada di bilik mandi.
"Kau kan sayang aku",jerit Sarah dari dalam bilik mandi.
.............................................................................................................................
"Susu? Dari mana kau dapat susu ni?",soal Sarah apabila Qistina menghidangkan segelas susu dan nasi lemak di ruang tamu. Rumah ini masih tiada meja makan.
"Dari dalam peti ais la. Kenapa?",ucap Qistina. Sarah menggeleng. Trauma dengan susu yang pernah diberi Nazril.
Sarah menilik jam. Rasanya mereka perlu cepat kalau tak mahu terlambat ke pejabatnya. Dia pantas meletakkan sedikit nasi lemak dan sambal ke dalam pinggannya dan makan dengan laju.
"Ya Allah makan pelan-pelan Sarah. Kau tu bos, boleh je kalau masuk lambat".
"Mana boleh. Nanti malulah papa. Eh kejap, Qis. Kau masak ke nasi lemak ni? Kenapa telur dadar dia masih panas dan timun dia pun besar. Tak macam nasi lemak biasa tepi jalan?",soal Sarah.
"Ohh, ni jiran kau bagi...",ucap Qistina dan spontan itu Sarah menghamburkan nasi keluar dari mulutnya.
"Sarah! Kau ni kenapa?",marah Qistina.
"Kau ni sama macam papa! Suka sangat ambil makanan dari Abang Nazril!",marah Sarah.
"Oi, mak cik. Bila masa aku cakap dari dia? Memang dia saja ke jiran kau kat sini? Ni dari Mak Cik Leha sebelah rumah kau ni. Tadi aku sempat berbual dengan dia , pastu tiba-tiba dia hulur kat aku nasi lemak ni. Aku pun ambillah",ucap Qistina.
"Kenapa tak cakap awal-awal? Hampir tersedak tau aku".
"Yang kau asyik nak terfikirkan Abang Naz ni kenapa? Dah angau ke?".
"Merepek la kau. Dah la cepat bersiap. Nanti aku lambat",cebik Sarah.
"Mesti Abang Naz tengah terbatuk-batuk kan sebab kita cakap pasal dia".
Sarah hanya menjeling.
.............................................................................................................................................
ANDA SEDANG MEMBACA
#rasn spin off
FanfictionFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...
