Usai mengetahui kandungan surat yang diberi Aidil,iaitu mengenai kemungkinan syarikat Dato Raqib untuk gulung tikar, Sarah nekad untuk mengubah cara hidup mewahnya. Dia mahu menjual kereta mewahnya dan membeli kereta yang lebih murah." ...iyelah better beli kereta baru dari secondhand..",ucap Qistina.
"Tp secondhand lagi jimat...",ucap Sarah. Kemudian dia rasa pelik dengan dirinya sendiri. Kenapa perangainya seperti Nazril yang kedekut dan suka berjimat?
"Jimat memang jimat. Tapi maintenance tinggi. Selalu rosak",bidas Qistina.
"Hei, Lebar!"tegur Izudin. Semua orang di kaki lima fakulti itu memandang Qistina.
"Oii tak yah la panggil mcm tu",ucap Qistina menghempuk Izudin dengan fail di tangannya.Sarah turut tersenyum pada Izudin namun senyumannya mati apabila terpandang Nazril yang tiba-tiba muncul menyertai mereka. Dia mahu melarikan diri namun tangannya dipegang kejap Qistina.
"Hah, Kucai. Haritu kau ada beli kereta secondhand kan. Cuba kau tanya dia,Sarah.",ucap Qistina.
"Hish buat apa nak tanya dia. Nanti aku cari sendiri",ucap Sarah yang nampak tak selesa berada di situ.
"Secondhand bagi Sarah mana sama dengan secondhand bagi aku,Bar",ucap Izudin.
Nazril di sebelahnya nampak kekok. Sudahlah hari itu dia kata rambut Sarah seperti bulu singa. Entah apa yang Izudin katakan lagi sehingga Sarah menendang kakinya. Nasib hari itu tiada kemalangan jiwa berlaku pada Nazril. Ganas juga gadis ini.
Izudin pula suka benar mengusik si diva ni. Diva ke dia? Rambut blonde tu masih ada cuma baju tu dah tak seksi sangat. Labuh dan longgar. Nazril nampak kaca mata yg disisipkan di kocek atas kemeja Sarah. Dia nampak gadis itu berkaca mata hari itu, nampak bijak dan comel. Nazril senyum sendiri.
Sarah perasan Nazril sudah tersenyum seorang diri. Menyampah pula dia tengok lalu dia melangkah pergi tanpa berkata apa-apa. Nazril tersentak. Sarah perasan ke dia sedang melihatnya?
YOU ARE READING
#rasn spin off
FanfictionFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...