15: tudung

7 0 0
                                    

"Papa, Sarah rasa esok Sarah nak ikut papa ke pejabat",ucap Sarah kepada Dato Raqib sewaktu mereka makan malam bersama.

"Papa kan dah cakap minggu belajar ni Sarah spend time belajar. Bukan sibuk fikir pasal syarikat",

"Alah..apa yang Sarah belajar sama je macam apa yang selama ni papa buat. Sarah buat semua ni untuk masa depan kita, pa. Sarah tak nak tengok syarikat tu terkubur macam tu je. Biar kita hidup susah janji syarikat tu boleh bertahan",

"Okey, kalau Sarah berdegil juga papa boleh bagi. Tapi untuk satu syarat. Seminggu hanya sekali je Sarah boleh datang pejabat. Hari lain Sarah kena fokus pada study dan exam. Boleh?",

Sarah mencebik. Dia berkobar-kobar nak tolong papanya tapi papanya anggap dia main-main pula. 

"Sarah serius la",

"Papa pun serius",

"Iyelah.".

Dato Raqib senyum.

"Sarah suka tak dengan tudung yang papa belikan semalam?",soal Dato Raqib.

"Suka. Terima kasih tau, pa. Sarah tak tahu pula papa ambil Sarah lewat semalam sebab nak belikan tudung untuk Sarah. Tapi kenapa papa tak beritahu Sarah awal-awal. Tak adalah Sarah mengamuk macam apa je",

"Papa tak sempat cakap, Sarah dah melenting, berkurung dalam bilik. Hish anak papa ni kalau merajuk memang payah nak dipujuk",

"Papa beli tudung tu kat mana? Simple tapi cantik design dia",

"Yang itu rahsia. Tapi yang pasti papa tak beli kat butik mahal-mahal",

"Mana-manalah pa, asalkan dari papa semua Sarah pakai",ucap Sarah. Hatinya kuat mengatakan masa dia dan Dato Raqib takkan lama. Jadi dia mahu menggunakan peluang yang ada ini untuk menghargai papanya.

Dato Raqib senyum sendiri. Bukan dari papa, Sarah. Tapi dari Nazril.

"Eh, uncle. Ada kat sini juga?",tegur Nazril ketika sedang berjalan di pasar malam berdekatan kawasan rumah mereka. 

"Haah, cari makanan sikit. Maklumlah rumah Uncle tu tak banyak barang lagi. Lagipun uncle dan Sarah tak reti masak sangat. Terpaksalah beli makanan dari luar untuk sementara waktu ni",ucap Dato Raqib. Mereka berbual dan berjalan beriringan sehingga Dato Raqib berhenti di sebuah gerai menjual tudung.

"Uncle nak belikan untuk Sarah?",

"Naz, tolong pilihkan. Uncle tak tahulah citarasa orang muda sekarang",ucap Dato Raqib.

"Eh, uncle. Saya pun tak tahu. Biasa kalau kat kampung, umi saya beli tudung dia sendiri",

"Itulah kan. Kita orang lelaki ni kadangkala kena ambil tahu juga fesyen orang perempuan ni.",ucap Dato Raqib. 

Kebanyakan pilihan yang dibuat adalah berdasarkan citarasa Nazril. 

Tiba-tiba hidung mereka disapa oleh satu bau yang mengancam selera mereka. Maklumlah, mereka hanya mampu makan lauk dari kedai mamak yang kurang menepati citarasa orang Melayu.

"Sedapnya bau, pa",ucap Sarah.

"Mesti Naz yang masak tu kan?",

"Dia memang pandai masak",

"Haih, baru sekali makan nasi goreng dia dah cakap dia pandai masak",

Sarah berdehem membetulkan suara. Sebenarnya dia tidak ingat sangat tapi firasatnya mengatakan Nazril memang pandai membuat kerja rumah seperti membasuh baju, mengemas dan memasak.

"Alah, biasalah orang kampung, Pa. Mesti pandai buat kerja rumah",

"Itulah, kalau dulu Sarah rajin tolong arwah mama kat dapur mesti Sarah pandai masak kan, sekarang",

"Pa...janganlah cakap macam tu. Sarah masih boleh belajarlah. Sekarang ni hah, banyak je pek segera yang kita boleh guna. Tak payah nak susah-susah tumis itu ini",

"Papa tengok Naz tu kan...sejuk je hati papa ni. Teringin nak ada anak lelaki macam dia. Beruntung kan siapa dapat jadi isteri dia",

"Kak Nurul Huda memang beruntung. Tapi kalau mereka kahwin, rasanya Naz takkan perlu susah-susah buat kerja rumah sebab Kak Huda pun apa kurangnya. Pandai buat kerja rumah",

"Nurul Huda bekas teman sebilik Sarah?",

"Haah siapa lagi. Dia tu bakal tunang Naz",

"Eh tapi kan. Tahu tak Naz pernah beritahu papa. Sebenarnya tugas membuat kerja rumah adalah tugas lelaki, tugas suami. Rasulullah saw sendiri tak kekok masuk ke dapur dan buat kerja rumah sebab nak menyenangkan isterinya. Bukan macam budaya masyarakat kita yang meletakkan semua tugas tu atas bahu seorang isteri",

"Wahh betul ke. Hmm kalau macam tu Sarah nak cari suami yang pandai buat kerja rumah la. Senang sikit Sarah tak payahlah belajar buat semua benda tu",

"Eh, tapi sebaik-baik isteri adalah isteri yang tidak membebankan suami. Sarah tak boleh sengaja lepaskan semua tanggungjawab pada suami. Tapi tolong dan sentiasa ada disisinya walau senang atau susah",ucap Dato Raqib. Tidak semena-mena air mata Sarah menuruni pipinya. 

#rasn spin offWhere stories live. Discover now