"Hei,dia dah selamatkan nyawa kau tahu tak. Kenapa kau langsung tak hargai?",ucap Qistina."Dia tu drama je lebih.",bidas Sarah.
"Kau tu lagi drama. Abang Naz cerita kat Kucai dan dia cerita kat aku macam mana kau tiba-tiba temankan Abang Naz berteduh dalam hujan,tepi jalan macam polis trafik. Kenapa kau ikut dia hari tu?"
"Aku nak selamatkan masa depan aku. Semuanya bertitik tolak dari kemalangan ni. Aku hanya nak pastikan dia tak mati"
"Aduhhh kau ni. Dari hari tu bercakap pasal masa depan masa depan. Masa depan kau memang berkait rapat dengan Abang Naz ke? Sebab tu kau bencikan dia sejak mula jumpa dia?"
"Aku tak ada masa depan sebabkan dia. Aku hilang papa, aku tinggal sehelai sepinggang tak ada kerja dengan...."
Tiba-tiba Sarah memegang perutnya. Dia ada anak ke? Anak dengan Nazril?
"Oii,kau usap perut kau tu kenapa? Lapar?"
"Aku tak nak ada kaitan dengan dia. Biarlah dia hidup bahagia dengan Kak Huda"
...................
"Hai monyok je muka. Sakit ke?",soal Aidil yang datang melawat Nazril.
Nazril mengeluh perlahan. Orang yang ditunggu tak muncul pun.
"Uishh siap mengeluh. Nah, aku bawa kek. Esok kau discharge kan? Keputusan scan dah keluar belum?"
"Scan tu insyaallah tak ada apa-apa. Cuma kaki ni yang nak kena tunggu dua minggu untuk pulih sepenuhnya"
"Alhamdulillah. Cedera fizikal tak apa, Naz. Kalau cedera kat dalam tu yang patut kita risaukan"
Betullah tu. Hati aku yang dah dicalarkan oleh Kasih Maisarah. Agaknya ini cara dia permainkn semua kawan lelaki nya sebelum ni termasuk Aidil. Dia tambat hati dgn kecantikan dan telatah manjanya, dia beri harapan palsu kemudian hancurkan semuanya.
"Kau kenapa?"soal Aidil duduk di kerusi di sebelah katil Nazril.
"Dil, aku nk tanya sikit. Dalam banyak-banyak kawan lelaki Sarah, ada tak yang Sarah sendiri cuba pikat instead of dipikat?"
"Maksud kau?"
"Pernah ke kau nampak Sarah tertarik pada seorang lelaki?"
"Kenapa tiba-tiba cakap pasal Sarah ni? Dia bekas tunang aku kot",ucap Aidil berpura-pura terasa hati.
"Heh,aku tanya jela"
"Kau dah masuk dalam perangkap dia ke?"
"Perangkap apa?"
"Perangkap cinta"
"Merepek kau ni. Aku dah nak bertunang..."
"Hah? Dengan siapa?",soal Aidil teruja.
Alahai terlepas pula.
"Ini masih dalam perancangan. Umi aku yang aturkan. Lepas habis exam kami tunang".
"Yela 'kami' tu siapa? Nazril dan...."
"Nurul Huda",lambat-lambat Nazril menjawab.
"Serius?".
Kenapa lah mulut ni lancang je beritahu Aidil. Padahal dia tak beri kata putus pad umi lagi. Maksud aku, nak tunang tu senang kan. Kalau tak serasi boleh putus.
"Bila masa korang bercinta"
"Kan aku kata umi aku yang aturkan. Huda tu kawan sekampung aku. Memang kenal dari kecil"
"Kuat betul jodoh korang kan? Tahniah tau. Kau pun doa doakanlah pintu hati Sarah tu terbuka untuk aku"
"Kau masih nakkan dia?"
"Entah. Setakat ni dia je yang mampu buatkan aku sayang seorang perempuan seperti aku sayangkan ibu aku"
"Eh tak baik samakan ibu dan isteri kau"
"Cit, kau ni. Maksud aku, aku nampak ciri keibuan dalam diri Sarah. Memanglah nampak dia playgirl,suka main-main tapi siapa yang kenal dia betul-betul akan tahu bertapa cantiknya hati dia".
Hmm mungkin apa yang aku rasakan ni hanya mainan mata. Dia cantik, tak mustahil mana-mana lelaki boleh jatuh suka. Tambahan lagi dengan telatah manja dia, memang hanyut ramai lelaki. Tapi kedinginan dia pun boleh tahan. Dan bagaimana dia jaga dirinya. Tak pernah biarkan diri dia berdua dgn aku. Dia hormatkan cara aku. Dia lembut hati, senang minta maaf dan memaafkan.
Cuma tak tahu kenapa dia benci aku. Sebab aku miskin? Dia bukan orang mcm tu. Kalau tak takkanlah dia elok je berkawan dengan Qistina & Izudin. Kadangkala Sarah rajin berbual dan menyapa pekerja perempuan dia kafe. Dia bukan anak orang kaya yang angkuh, cuma caranya sedikit berterus terang dan kasar.
Tak ramai yang pernah beritahu Nazril yang dia adalah seorang hipokrit. Semua org selalu puji dirinya baik, pak ustaz, lelaki kiriman tuhan. Cuma Sarah saja yang berkata sebaliknya.
Di sebalik pintu, ada sepasang mata yang sedan tersenyum, sama seperti mulut dan hatinya. Nampaknya Nazril sudah jatuh cinta pada dirinya, sehingga tersenyum-senyum apabila ditanya Aidil soal pertunangan. Kini Nurul Huda yakin akan cinta sucinya bakal diteruskan kepada hubungan halal.

ANDA SEDANG MEMBACA
#rasn spin off
FanficFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...