36: durian susu

3 0 0
                                        

Izudin sedang membelah durian yang ke dua apabila Sarah tiba di rumah. Nazril melirik pada jamnya, sudah pukul 6.20 petang.

"Wui rewang apa kat tembok tu? Sampai hati tak ajak aku kan, Qis",ucap Sarah sebaik kereta Aidil berlalu dari perkarangan rumahnya. Elok sangatlah budak bertiga ni.Dua ekor kumbang sibuk membelah durian dan si bunga pula sibuk menghulurkan tangan melalui lubang tembok untuk mengambil ulas durian yang sudah dibuka.

"Ala, CEO kan sibuk. Mana nak join grup marhaen macam kami ni",ucap Qistina. Sarah menghempuk belakang tubuh Qistina dengan fail di tangannya.

"Banyak la kau punya CEO. Ini durian kampung ke musang king, Din?",soal Sarah.

"Durian kampung ajelah Sarah oii. Nanti aku dah kaya sikit aku belanja kau musang king eh. Eh, kau rasa yang ni, Naz kata ni durian susu. Rasanya manis berlemak tapi tak muak",ucap Izudin.

"Wahh.. nampak sedap. Sayang kau, Din. Eh aku masuk tukar baju kejap",ucap Sarah.

"Haa kau jangan lama-lama nanti aku habiskan",usik Qistina.

"Aku bunuh kau kalau kau habiskan",jerit Sarah dari dalam.

"Amboi, marah benar tu",ucap Nazril spontan. Terhibur pula melihat telatah Sarah.

"Sarah memang macam tu. Jangan main-main dengan dia pasal durian. Silap haribulan kulit durian ni dia boleh baling kat kepala kita. Nampak je diva tapi gila durian",ucap Qistina.

Nazril memerhatikan kawan-kawannya. Bagaimana Sarah boleh berbual dengan mereka secara kasual tapi langsung tak bercakap dengannya walau sepatah. Tengok pun sipi-sipi. Kalau dia malu sebab aku sukakan dia, kenapa dia tak malu dengan Aidil? Aidil pun masih sukakan dia. Dia teringin nak mengusik perempuan ini dan tengok bagaimana reaksinya.

Sarah keluar dengan wajah ceria. Pakaiannya ringkas saja, baju t-shirt bersama kardigan, seluar tracksuit dan tudung sarung. 

"Kenapa lambat?",soal Qistina.

"Aku solat jap tadi",jawab Sarah.

"Kau ni kalau ye pun kerja, janganlah melambatkan solat. Kau kan bos, boleh je excuse solat kejap kan",tegur Izudin.

"Eii tahulah. Cai, mana durian susu tu?".

"Err...tadi kat Naz. Kau letak mana, Naz?",soal Izudin.

"Err...la, awak nak durian tu ke. Saya dah habiskan. Tapi ni durian kampung ada banyak lagi. Makanlah, sama je rasanya",ucap Nazril.

Sarah perlahan-lahan mengerutkan mukanya sehingga jadi merah padam. Tajam matanya memandang Nazril.

"Kau apahal eh? Apa masalah kau dengan aku? Dulu kau tak bagi aku makan bubur durian. Ini durian pula. Just forgodsake, bloody hell, shit!", Sarah sudah naik angin. Mujur tiada kulit durian di sisinya untuk dihempas ke kepala Nazril. 

Tiga mata memandangnya terkejut. Sarah berdiri bercekak pinggang dengan dada berombak menahan marah.

"Sarah, relakslah. Durian je kot. Sama je rasa durian susu dan kampung. Kau makan jela apa yang ada",pujuk Qistina.

"Naz tak sengaja lah Sarah. Dia..",

"Eh, perempuan! Bahasa awak tu elok sikit eh. Nak mencarut ingat awak hebat sangat ke? Semua orang kena ikut cakap awak, semua orang kena penuhi apa yang awak nak? Tapi awak langsung tak nak jaga perasaan orang lain",ucap Nazril. Urat di wajah dan lehernya kelihatan, tanda dia sedang menahan marah.

"Suka hati aku lah nak cakap macam mana. Kau tu yang cari pasal dengan aku dari dulu lagi. Selalu nak sakitkan hati aku. Sekarang kau tahu kan perangai sebenar aku, jadi hadaplah",ucap Sarah meninggikan suara. 

"Awak boleh layan semua orang dengan baik, bergurau dengan semua orang. Tapi dengan saya awak layan macam sampah. Betullah cakap Nurul Huda awak ni sebenarnya hanya nak permainkan saya. Hal yang awak selamatkan saya hari tu hanya lakonan, macam mana awak berlakon untuk dapatkan hati semua teman lelaki awak selama ni",ucap Nazril.

"Aku dah cakap kan. Kau takkan tahan perangai buruk aku. Aku dah cakap aku ni perempuan jahat, suka menipu lelaki. Yang kau masih nakkan aku, kenapa? Pergilah dengan bidadari syurga kau Nurul Huda tu",

"Hey, you both can stop or not. Nak bergaduh pergi padang sana",jerkah salah seorang dari jiran mereka. Tersentak Nazril dan Sarah.

Nazril mengeluarkan satu bekas dari belakang kerusinya. 

"Kalau kau tanya elok-elok aku boleh bagi elok-elok lah",ucap Nazril. Dia sengaja menyembunyikan beberapa ulas durian susu untuk sekadar mengusik Sarah. Muka Sarah masih keruh. 

Qistina menyambut huluran tersebut. Nazril kemudian masuk ke dalam rumahnya. Sarah merampas bekas durian itu dan baling ke kawasan rumah Nazril.

"Sarah!",jerit Izudin dan Qistina serentak. Nazril yang ada di muka pintu menoleh. Sekadar merenung ulas durian yang sudah kotor terkena tanah di halaman rumahnya.

Sarah masuk ke dalam rumahnya dan menghempas pintu bilik sehingga boleh didengari dari luar.

Qistina dan Izudin yang menjadi pemerhati sekadar menggeleng kepala. Belum kahwin dah bergaduh macam Hitler lawan Rusia, bila dah kahwin tak tahu nak jadi apa.

................................................................................................................................................. 

Sarah menghabiskan masa seharian berkurung dalam bilik dan menangis. Perasaan marah, sedih, bersalah semua berkumpul dan menyesakkan mindanya. 

Aidil kata syarikatnya tidak dapat diselamatkan lagi. Mereka sudah menerima surat dari bank yang sudah menyenarai hitamkan syarikat mereka dan pengisytiharan muflis dari mahkamah. Segala perancangan mereka dan projek yang sedang berjalan terpaksa dihentikan. Apa yang mereka dapat lakukan sekarang hanyalah melelong semua aset syarikat yang ada. 

Dia cuba menyembunyikan tekanan di tempat kerja daripada kawan-kawannya. Dia pura-pura tiada apa yang berlaku. Tapi satu saja, dia tak berani bertentang mata dengan Nazril. Dia takut lelaki itu dapat membaca kerunsingan yang dihadapi.

Dia tahu reaksi marahnya tadi agak keterlaluan. Tapi dia sendiri tak dapat mengawal dirinya. Kesakitan masa lalunya masih dirasai. Dia tak ingat dengan jelas apa yang berlaku tapi apa yang dia ingat, Nazril membencinya sehingga menarik mangkuk bubur durian yang Sarah baru saja ingin makan. Padahal dia sangat teringin menjamahnya.

Petang tadi pula, dia teringin makan durian susu yang Nazril katakan sedap. Dia boleh saja makan durian kampung yang ada tapi hatinya seolah berdegil mahukan durian susu. Apabila Nazril menghabiskannya, dia terasa dikhianati. Sama seperti di kehidupan lalu.

Nazril sedang duduk bersila di ruang tamu rumahnya sambil memandang kosong televisyen yang terpasang. Entah cerita apa, dia pun tak tahu kerana fikirannya melayang pada perbualan dia dan Izudin lewat petang tadi. 

"Kau janganlah marah Sarah lebih-lebih. Dia mungkin penat balik kerja. Dia teringin nak makan durian yang kau sendiri cakap sedap tu."

"Aku hanya bergurau je, Din . Antara kita bertiga, dia layan aku macam orang asing. Seolah aku tak wujud kat situ. Aku tahu aku tak boleh minta banyak dari dia, dia belum halal untuk aku. Tapi sekurang-kurangnya jangan layan aku seolah aku ni tak wujud, seolah aku ni batu tepi jalan yang tak patut diendahkan. Kami ada banyak perkara perlu dibincangkan tapi dia seolah asyik nak mengelak dan tak peduli",luah Nazril.

"Aku pun tak tahu nak cakap apa, Naz. Kau memang kena bincang dan tanya sendiri dengan dia",

Nazril pun tak tahu macam mana nak cakap dengan Sarah tu. Pada kebanyakan waktu, mereka lebih banyak bergaduh dari berbincang dan berbual secara baik. Sarah bukan seperti Nurul Huda yang sekurang-kurangnya boleh jadi pendengar dan kawan yang baik. Walaupun dia menolak Nurul Huda secara terang-terangan, gadis itu tak pernah marah padanya.

Teringat pula pada kata-kata Sarah;

"Yang kau masih nakkan aku, kenapa? Pergilah dengan bidadari syurga kau Nurul Huda tu".

Memang itu yang otak aku selalu kata tapi hati aku terlalu degil. Urghh bodohlah!

......................................................................................................... 



#rasn spin offTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang