Sarah dan Qistina yang sedang memasak di dapur tidak sedar akan kehadiran sebuah lori yang ingin mengangkut barang-barang Nazril. Separuh dijual semula dan separuh lagi dibawa pulang ke kampung.
"Abang...abang Naz dah nak pindah ke?",soal Qistina pada Nazril ketika dia sedang mengangkat baju di ampaian.
"Abang hantar barang-barang ke kampung. Hari ni abang bermalam kat rumah Din. Esok baru balik kampung"
"Sarah tahu tentang perkara ni?"
"Entah. Korang masih sibuk kat dapur tu? ? Masak apa?"
"Masak rendang. Sarah nak sedekahkan kat orang susah. Abang nk rasa? Nanti Qis ambil untuk abang"
"Eh tak payahlah. Nanti tak cukup untuk beri pada orang"
"Eh tak apa. Sarah memang lebihkan untuk bagi pada kawan-kawan dia"
"Tak apa, abang bukan kawan dia."
"Janganlah cakap macam tu,bang. Sarah tu betul-betul sedih..."
"Qistina Halim! Cepatlah tolong aku packing. Lepas zohor kita dah boleh terus gerak pergi hantar rendang ni"
"Hah,okey jap. Saya pergi dulu bang".
"Kita bagi satu kat abang Naz",cadang Qistina.
"Tak payah,nanti tak cukup",tegas Sarah. Langsung tak angkat muka dari bekas rendang yang sudah siap dibungkus.
"Hah,takpa. Aku bagi aku punya..",Qistina masih cuba memujuk.
"Tak payahlah,Qis. Dia mana nak makan air tangan perempuan kotor macam aku ni"
"Kau ni kenapa, Sarah? Abang Naz tak pernah cakap macam tu kat kau lah",marah Qistina.
"Dia sendiri cakap, Qis", ucap Sarah tak beriak.
"Saya...saya tak tahu jika apa yang saya minta ini terlalu besar. Tapi, saya tiba-tiba teringat pada umi yang suruh saya tak putus asa pada awak. Saya....saya cintakan awak dan nak kahwin dengan awak, Nazril".
"Awak ni sama macam Nurul Huda. Suka mendesak", ucap Nazril sengaja membangkitkan kemarahan Sarah. Gadis itu kan pantang dengar nama Nurul Huda.
"Awak tiba-tiba buat keputusan macam ni. Saya tahu haritu saya emosi sampai marah-marah kat awak depan umi awak. Tapi awak tahu kan saya tak salah. Saya tak kisah kalau awak tak datang minta maaf pada saya tapi kalau sebab itu saja buat awak tawar hati pad saya, biarlah saya yang minta maaf pada awak. Saya janji saya akan ubah perangai saya",ucap Sarah bersungguh.
"Kenapa tiba-tiba berubah ye, Sarah? Dari dulu bukan awak cakap awak tak nak kawin dengan saya, yang kita tak ada masa depan,yang saya akan sakitkan hati awak. Awak kata awak akan terima semua keputusan saya, jadi kenapa sekarang nak mengemis cinta dari saya?", ucap Nazril dengan ekspresi wajah kebencian. Padahal dalam hatinya berdetik 'Tolonglah Sarah jangan pujuk saya lagi. Saya takut tertewas dengan perasaan saya'.
"Sebab saya sedar, dalam setiap hayat yang saya ada, saya tetap akan cintakan awak. Walaupun jodoh kita mungkin tak panjang, tapi saya teringin nak habiskan hidup saya, walau sekejap, sebagai isteri Nazril Nazim".
Nazril terdiam. Cuba mengawal dirinya daripada terpengaruh dengan Sarah.
"Awak takut berita tentang pregnant test kit awak tu terus tersebar? Jadi lelaki lain tahu yang awak tak suci". Ini bom terakhir yang Nazril gunakan untuk mematahkan harapan dan perasaan Sarah.
Sarah terpempan. Nazril sudah tahu.
"Jangan risau, bukan Nurul Huda yang beritahu saya. Tak tahulah siapa bawa mulut tapi yang pasti ramai tahu pihak kolej jumpa pregnant test kit awak tu. Tak ada perempuan normal yang akan beli pregnant test kit tu kalau tiada apa-apa berlaku pada dirinya".
"Demi Allah saya tak mengandung",Sarah membela diri.
"Tapi tak semestinya awak tak ternoda", balas Nazril. Dia lega apabila melihat wajah putus asa Sarah sebab dia tak mampu nak berhujah lagi dengan gadis itu. Dalam pada masa yang sama, dia mahu tampar dirinya sendiri melihat kekecewaan dan kesedihan pada wajah Sarah.
Nazril Nazim dulu dan sekarang sama saja. Bila dia sayang, dia akan manjakan orang tu dengan seribu janji manis. Bila dia benci, dia akan buang orang tu macam sampah. Tanpa sekelumit rasa hormat.
"Saya patut bertegas dengan diri saya untuk tak jatuh cinta dengan awak. Dua kali awak hancurkan cinta dan hidup saya, Nazril. Dua kali".
"Sebab tu saya tak nak jumpa atau berbincang terus dengan awak. Saya tak nak sakitkan hati awak. Tapi awak masih berdegil nak kahwin dengan saya".
"Kalau itu alasannya, kenapa awak tak pilih Nurul Huda?",soal Sarah.
'Sarah cukup. Jangan seksa perasaan saya lagi dengan soalan awak',detik hati Nazril. Dia mula merasakan pandangan matanya berpinar dan mahu pitam.
"Saya memang tak cintakan dia. Awak tak perlu sibuk-sibuk tentukan jodoh saya. Saya tak nak ada kena mengena dengan awak lagi. Awak takkan jumpa saya lagi. Tentang cincin risik tu, ikut suka awak lah nak buat apa, tapi tak perlu pulangkan pada saya. Saya tak nak satu pun barang awak ada pada saya".
"Terima kasih,abang. Terima kasih untuk kenangan yang abang beri pada saya untuk hayat ini. Pengakhiran untuk kisah kita tetap pengakhiran yang sedih. Abang jaga diri baik-baik. Sarah sayangkan abang sampai bila-bila", ucap Sarah kemudian masuk ke rumahnya.
"Dia tak nak apa-apa benda yang berkaitan dengan aku ada pada dia. Jadi kita tak perlu beri rendang ni pada dia", jelas Sarah pada Qistina.
Sarah dan Nazril tak bertemu pada petang itu. Walaupun itu mungkin peluang terakhir mereka untuk berjumpa.
...................
ANDA SEDANG MEMBACA
#rasn spin off
FanfictionFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...
