25: mcd

3 0 0
                                    

Sarah memandang sayu rumahnya. Baru seminggu lebih papa meninggalkan Malaysia, tapi rasa seolah sudah lama dia tinggal bersendirian. Qistina akan menemaninya beberapa hari lagi kerana dia mahu menghantar barangnya pulang ke kampung dulu.

Dahulu, walaupun papa dan mama selalu tinggalkan dia sendirian, dia ada orang gaji yang menemaninya. Tapi sekarang, dia perlu belajar hidup berdikari. Yang sebenarnya dia sudah rasa sebelum ini pada kehidupan lalu.

Nazril pernah meninggalkannya sendirian, seolah gantung tak bertali. Apa yang dia ingat Qistina, Aidil dan keluarganya yang selalu ada disisinya. Papa? Hmmm dia tak ingat dimana papa ketika Nazril meninggalkan dirinya.

Sarah duduk di luar rumah, meletakkan dagunya di pagar sambil memandang bintang di langit. Kemudian motor Nazril lalu dihadapannya. Lelaki itu menekan hon. 

'Apa pasallah lelaki ni?',detik Sarah dalam hati dengan muka berkerut.

"Memang tak takut ke duduk seorang-seorang kat luar ni? Awak tu perempuan",tegur Nazril apabila dia memarkir motornya.

 "Sibuklah. Awak kata tak nak ganggu saya",ucap Sarah.

"Iyelah tapi bahaya duduk luar seorang-seorang ni. Pergilah masuk",ucap Nazril, membuka begnya mencari kunci. Dia langsung tak memandang Sarah ketika berbual. Jaga pandangan konon.

"Orang tunggu Aidil la. Saya ada tak rupa macam pungguk rindukan bulan? Saya ni pungguk, Aidil tu bulan",soal Sarah tiba-tiba ramah. Sengaja mahu menguji sama ada Nazril cemburu atau tak.

"Suka hati awak la cik pungguk. Lepas ni ada barang awak sampai saya tak nak tolong. Shopping  je keje awak",bebel Nazril.

"Itu barang dari papa la. Dia hantar jubah & few sejadah. Kurma & air zam-zam mungkin lambat sampai sebab berat",jelas Sarah. Barulah Nazril mengangkat muka, berminat dengan cerita Sarah.

"Papa sihat?",soal Nazril. Sarah mencebik. Belum apa-apa dah panggil 'papa'.

"Bila masa papa saya jadi papa awak? Sedar tak awak tu jiran je",ucap Sarah bercekak pinggang.

"Yela, papa awak sihat Cik Sarah?",Nazril mengulang soalan.

"Sihat alhamdulillah",jawab Sarah.

"Malam ni awak tidur rumah Aidil ke?",soal Nazril lagi. Hisy, rimaslah mamat banyak soal ni. Ini rahsia dia jadi pelajar cemerlang kot. Banyak sangat soalan.

"Taklah. Saya nak bagi barang kat dia. Lepas tu saya suruh dia belikan saya MCD sekali. Baikkan dia, sanggup datang jauh-jauh semata untuk saya",ucap Sarah melayankan saja soalan Nazril. Lagipun dia masih mahu membuat Nazril cemburu dengan Aidil.

"Awak tu bukan cacat, boleh je masak sendiri. Awak kan terror masak telur dadar",ucap Nazril.

"Tak best masak & makan seorang-seorang. Nantilah, Qis dah datang sini baru saya masak". "Apa-apa ajelah. Tapi jangan duduk berdua lama-lama, nanti kena serbu, jiran-jiran kat sini juga yang malu".

"Saya tahulah!"

Sebelum Nazril masuk ke rumah, Sarah memanggilnya. 

"Kenapa?",soal Nazril.

"Kak Huda kirim salam rindu",usik Sarah. Nazril menjulingkan mata. Sarah tergelak. Best juga jadi telangkai antara ustaz dan ustazah ni. Dia memang tak sukakan Nurul Huda tapi dia nak gadis itu berkahwin dengan Nazril Skema ni. Sarah pula...mungkin dia perlu belajar untuk mencintai Aidil. 

...................

#rasn spin offWhere stories live. Discover now