Hujan sudah berhenti,maka dengan pantas Nazril menunggang motorsikalnya mencari Sarah. Dia nampak kelibat Sarah duduk di buaian taman permainan di kawasan perumahan mereka dengan baju yang basah kuyup.
"Qis,abang dah jumpa Sarah. Dia kat kawasan taman permainan dekat dengan rumah kami",ucap Nazril menelefon Qistina.
"Sarah. Sarah balik naik apa tadi?",tegur Nazril pada Sarah."Jalan kaki",jawab Sarah"Dari uni?""Dari neraka".
"Nah, pakai sweater saya ni. Awak tu basah kuyup, tak manis orang tengok. Kejap lagi Qis sampai,"ucap Nazril.Sarah merenung sweater yang dihulurkan Nazril. Kenapalah dia rasa sayu melihat sweater itu? Tapi dia pakai juga kerana tak mahu membuat 'persembahan percuma' di hadapan lelaki itu.
"Awak nak dgr satu cerita tak?",ucap Sarah tiba-tiba."Cerita apa?",soal Nazril.
"Satu hari, ada seorang perempuan berlagak ni jatuh cinta dengan seorang lelaki yang sangat baik. Mereka berkahwin dan hidup bahagia pada awalnya walaupun masing-masing dengan kekurangan masing-masing. Tapi cinta saja tak cukup untuk pertahankan rumah tangga mereka. Tanpa kepercayaan, cinta seutuh Taj Mahal pun boleh runtuh. Sampai keakhirnya perempuan itu terus berjuang untuk cintanya. Tapi Tuhan tu sebaik-baik perancang. Perempuan itu akhirnya sedar diri. Dia tak layak untuk lelaki itu. Dia tak layak untuk sesiapa. Dia kena terima yang dalam dunia ni, dia akan sentiasa keseorangan. Perempuan baik untuk lelaki baik, perempuan jahat untuk lelaki jahat. Itu salah satu hadis Rasulullah saw kan?"
"Bukan hadis, tapi ayat Al-Quran. Awak bercakap tentang siapa ni, Sarah?",soal Nazril."Awak lelaki yang baik, Nazril. Jadi cari perempuan yang baik juga...macam Kak Nurul Huda. Cintakan dia sepenuh hati, jangan sesekali lukakan hatinya dengan sengaja. Jangan sesekali. Awak lelaki, sebagai suami,awak ada kuasa yang selamanya takkan dimiliki oleh orang perempuan. Jangan salah gunakannya hanya untuk menangkan ego awak. Jangan sakitkan hati dia...jangan tinggalkan dia",ucap Sarah dengan sebak.
Jangan lukakan mana-mana perempuan, terutama seorang isteri, macam yang awak buat pada saya, Nazril.
"Sarah!",jerit Qistina yang keluar dari kereta bersama Izudin. Dia pantas mendapatkan Sarah. "Sorry aku buat kau risau ke? Aku sebenarnya nak buat dramatik jalan dalam hujan sampai ke bus stop. Tapi aku tak sedar, alih-alih dah sampai sini,"ucap Sarah masih cuba bergurau." Badan kau panas ni, Sarah. Jom kita balik. Ni kalau papa kau tahu mesti dia marah",ucap Qistina"Kau ni macam mama akulah, Qis. Kau nak kahwin dengan papa aku? Jadi mak tiri aku",ucap Sarah kemudian tergelak kecil."Ya Allah kau ni dah teruk meracau ni. Dah jom balik. Abang Naz trima kasih ye",ucap Qistina.................
Malam itu, usai memastikan Sarah makan ubat dan tidur, Qistina duduk berbual dengan Nazril di anjung rumah. Riak wajah Nazril nampak sangat risaukan Sarah.
"Apa yang dah jadi sebenarnya, Qis. Kenapa dia jadi mcm tu?",soal Nazril."Ada orang tuduh dia perempuan yang tak baik sebab terkejar-kejarkan banyak lelaki termasuk abang Naz dan Kucai. Ye, sebelum ni Sarah tu memang playgirl, Abang Aidil yang baik tu pun dia main-mainkan. Tapi Sarah dah berubah sejak kemalangan yang kami hampir langgar Abang Naz. Dia dah jadi perempuan yang matang, dia lebih fokus kat study, papa dia, syarikat dan dia pun layan Qis dengan lebih baik. Pendek kata dia cuba hargai semua yang dia miliki dan buang sifat angkuh dan diva nya dahulu. Tapi orang masih bercakap yang tak baik tentang dia. Konon dia putus tunang sebab dah rosak, konon nak mainkan perasaan lelaki baik macam abang, macam Kucai. Dia bukan tak biasa dikecam, tapi kali ni bila kecaman tu datang dari seseorang yang dia hormati, sampai mempertikaikan kehormatan dirinya, Qis rasa Sarah dah hilang sabar. Qis pun hampir hilang sabar".
"Abang punca dia jadi macam tu?""Kenapa abang cakap macam tu?""Sebab...tadi dia tiba-tiba bercerita dengan Abang tentang seorang perempuan 'jahat' yang disakiti oleh seorang lelaki 'baik'. Dia pesan pada abang, pilih perempuan yang baik macam Nurul Huda dan jangan pernah sakitkan atau tinggalkan dia. Abang tak faham maksud dia",ucap Nazril.
ANDA SEDANG MEMBACA
#rasn spin off
FanfictionFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...
