lamar

3 0 0
                                    


"Assalamualaikum...",ucap Nazril takut-takut. Sarah yang sedang duduk di bangku taman di hospital itu sudah berhenti menangis.

"Awak diri kat situ dari tadi ke?",soal Sarah. Hish, kenapa bukan Qistina yang memujuknya. Perempuan kepit si Nurul Huda tu tak marah pula lelaki ni cari aku.

"Dah okey ke?",soal Nazril. Sarah terus bangun dan memandangnya tajam. Kemudian dia memukul tubuh Nazril bertalu-talu dengan beg kertas yang dipegangnya.

"Seronok sangat buat orang sedih, orang risau....mulut tu jahat nak sakitkan hati orang. Kata kita perempuan jahatlah, tak sesuai dengan dialah. Kenapa awak ni pentingkan diri sendiri?",marah Sarah melepaskan kemarahan yang terbuku di dadanya selama ini.

"Sarah..Sarah...cop! Jangan pukul saya lagi. Saya tengah sakit ni",ucap Nazril yang merengkut seperti menahan sakit. Sarah bercekak pinggang. Tak peduli. 

"Saya duduk kat kerusi ni dulu ye. Awak ingat tak sakit ke awak pukul?",ucap Nazril. Wajah Sarah yang tegang mula mengendur. Aku pukul kuat sangat ke?

"Kenapa datang sini? Bukan awak dah bahagia dengan Aidil ke?",soal Nazril. Sarah menjengilkan matanya dan memukul tubuh Nazril lagi.

"Awak memang suka nak sakitkan hati saya, kan? Kembung agaknya perut awak tu kalau tak bergaduh dengan saya",marah Sarah. 

"Betullah. Hari tu saya datang KL, saya nampak dia datang rumah sewa awak. Saya ingat awak dah kembali pada dia".

"Tak payah nak cerita pasal saya. Awak tu hah, konon tak nak pilih sesiapa. Tapi tadi Nurul Huda tu apa? Awak dalam diam nak kahwin dengan dia, kan? Sebab awak baru sedar dia boleh jaga awak dengan baik. Perempuan jahat macam saya ni hanya tambah penyakit awak saja",ucap Sarah. Laju mulutnya sama laju dengan tangannya memukul Nazril dengan beg kertas.

Kting!

Bunyi cincin jatuh ke lantai menyentakkan Sarah. Aduhai, bekas kotak cincin tu terbukak ke. 

"Jadi sebab tu awak datang jumpa saya? Nak pulangkan cincin ni? Saya kan dah kata buang saja cincin ni",

"Naz...tolonglah sama-sama cari cincin tu. Saya rasa dia jatuh dekat sini tadi",ucap Sarah yang sudah terbongkok mencari sebentuk cincin risik itu dalam longkang kering berdekatan dengan bangku.

"Tak nak. Habis, lepas pulangkan cincin tu awak nak buat apa? Nak kahwin dengan saya?".

"Saya nak pergi Sabah",jawab Sarah tida perasaan.

"Pergi Sabah buat apa?".

"Honeymoon".

"Hah, honeymoon? Dengan siapa? Aidil?".

"Tak, dengan Hugh Jackman", jawab Sarah acuh tak acuh.

"Sarah janganlah main-main".

Sarah bangun dari posisi mencangkungnya. Dia bercekak pinggang memandang Nazril. 

"Awak main-mainkan perasaan saya boleh. Mula-mula cakap cinta, sayang. Lepas dah buat saya jatuh cinta, awak main blah macam tu je. Konon nak buat pengorbanan. Awak ingat awak tu lembu ke nak kena berkorban?",ucap Sarah, dia sudah menarik muncung panjang sedepa.

"Tengok tu dia dah kutuk kita macam lembu, dia pula yang buat muka muncung",usik Nazril.

"Awak rasa saya ni teruk sangat kalau jadi isteri awak? Awak akan lagi cepat mati kalau saya yang jaga awak?",ucap Sarah. 

"Sarah ,bukan macam tu. Saya tak nak susahkan hidup awak. Bukan ke awak pernah cakap dalam perkahwinan, apabila bercerai, perempuan lebih menerima kesan buruk berbanding lelaki. Saya sendiri tak tahu nasib hidup saya dengan penyakit ni. Jadi saya tak pertaruhkan masa depan awak yang cerah hanya untuk hidup susah dengan saya".

#rasn spin offTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang