18:

7 0 0
                                    

Qistina dan Sarah sedang menikmati aiskrim mereka di bangku berhadapan fakulti apabila Nurul Huda menyapa mereka.


"Akak dengar sarah menyewa kat sebelah rumah Naz,betul ke?",soal Nurul Huda perlahan tapi bernada provokatif.

Sarah angguk.


"Astagfirullah, sampai begitu sekali perancangan Sarah untuk rampas Nazril"

Huh?

"Eh,ni cerite apa ni? Akak yang rampas kebahagiaan Sarah sedang makan aiskrim",ucap Sarah cuba menahan rasa marah."Sarah dari dulu tak puas hati dengan akak ,kan? Sarah tak hormat akak, benci akak tak bersebab hanya sebab akak miskin, akak perempuan kampung. Tapi kenapa lelaki kampung macam Nazril juga yang Sarah kejar?",suara Nurul Huda mula tinggi dan beremosi.


"Sarah tahu dulu Sarah banyak sakitkan hati akak. Sarah minta maaf. Ia tak ada kena mengena dengan miskin atau dari kampung. Sarah tak kejar sesiapa termasuklah Nazril",Sarah tenang menuturkan kata. 

"Sarah nak cakap Naz yang terkejarkan Sarah? Dia tak bodoh lagi untuk jatuh cinta pada Sarah kalau bukan Sarah yang goda dia",ucap Nurul Huda. Okay, kali ini Kasih Maisarah tak boleh tenang. 

"Tak habis lagi ke pasal benda ni. Akak, kami ni berjiran. Bukannya tinggal serumah. Lagipun Sarah tinggal dengan papa Sarah, tak ada maknanya Sarah sempat nak mengintai dari tirai kamar ke apa dekat Nazril tu",ucap Sarah. Suaranya juga sudah meninggi.


"Akak bukan buta. Terang-terang kat library korang selalu berbual, bermesra. Sarah sengaja goda dia kan untuk sakitkan hati akak? Sebab Sarah tahu kami dah nak bertunang"."Jangan nak menipu. Sarah jumpa  berdua dengan dia sekali je kat library. Yang lain semua ada Qistina atau Izudin. Cuba senaraikan alasan untuk Sarah suka dekat Nazril tu. Dia tu sama je dua kali lima dengan akak. Hipokrit,perasan bagus, poyo,nerda, miskin....nk Sarah teruskan ke?".


"Mulut je cakap macam tu tapi akak kenal lah Sarah. Lelaki keliling pinggang,semua jenis lelaki kalau boleh Sarah nak tundukkan. Sarah memang sengaja nak permainkan Nazril, sanggup rancang nak buat-buat kemalangan supaya dia selamatkan Sarah, sengaja pindah sebelah rumah dia. Akak takkan terkejut kalau Sarah rancang nak tangkap basah dengan dia semata-mata..."


Pang! Sarah menampar kuat pipi Nurul Huda sehingga gadis itu hilang kawalan dan jatuh terduduk.


"Kau nak dia, kau ambik. Heret dia pergi pejabat kadi, nikah masa tu juga. Dari dulu kau tak pernah berubah walaupun aku dah cuba beri peluang dan bersangka baik dengan kau. Kau dan dia sama saja, buat hidup aku macam neraka! Kau pergi matilah dgn kekasih till jannah kau tu!",bentak Sarah dengan kemarahan luar biasa. Qistina tidak pernah tengok Sarah mengamuk sebegini rupa. 


Nurul Huda membuat reaksi gadis lemah yang dianiaya. Dia menangis tersedu-sedan sehingga menarik perhatian orang sekeliling. Qistina mahu saja menjerkahnya kembali namun Sarah pantas menarik tangannya. "Eh Sarah. Perempuan macam tu memang nak kena ajar tahu tak. Suka hati nak judge orang macam dia ahli syurga sangat,"marah Qistina.


Sarah menangis dan mempercepatkan langkah meninggalkan Qistina. Hujan turun dengan lebat dan dia meredah hujan tanpa mempedulikan teriakan Qistina. ..........


"Abang Naz, abang ada kat rumah tak?",soal Qistina yang sedang menelefon Nazril. "Haah, ada. Kenapa, Qis?",soal Nazril."Abang tolong jenguk kat rumah Sarah sekejap, tengok dia dah balik tak?""Kereta dia takde""Kereta dia masuk bengkel. Aidil & papa Sarah outstation. Takpa bang. Qis tengah pinjam kereta Kucai ni cari Sarah. Tadi dia balik redah hujan, Qis cari kat bus stop takde. Ni nak tanya guard dulu kalau-kalau ada nampak Sarah kat kawasan uni. Kalau abang ada nampak dia balik beritahu Qis ye. Maaf tau susahkan abang tapi Qis tak tahu nak minta tolong siapa lagi", ucap Qistina kedengaran cemas."Eh, takpa Qis. Nanti kalau hujan dah berhenti abang tolong cari dia kat kawasan rumah kami ni", balas Nazril.



#rasn spin offTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang