Di meja makan, Manja masih menangis teresak-esak. Sehelai dua saja mee masuk ke mulutnya, seolah hilang selera.
"Manja",panggil Nazril dengan suara tegas. Manja tak makan saman.
"Fatin Atilia",Nazril menegaskan suaranya. Kecut perut Manja. Dia tahu jika abangnya sudah membuat suara seperti itu, dia tidak boleh main-main.
"Naz, kenapa layan orang perempuan macam tu. Tak baik tahu",ucap Puan Ida.
"Manja ni degil, Umi",
"Umi bukan bercakap tentang Manja, tapi tentang Sarah. Umi tak pernah ajar Naz tinggi suara dengan perempuan".
"Dia dah melampau, umi. Dia tak tahu bertapa risau Naz tadi".
"Tapi Manja pun salah juga, kan. Kenapa Naz tak marah dia sama macam Naz marah Sarah?".
"Manja ni lain, umi. Dia mana faham".
"Siapa kata dia tak faham. Naz selalu layan Manja macam budak kecil padahal dia dah jadi anak dara. Dia hanya nak berkawan dengan Qis dan Sarah, sebab tu dia tertarik nak ikut mereka. Manja buat semua ni sebab dia pun ada naluri remaja. Jadi bukan sepenuhnya salah Sarah kalau Manja sudah tahu untuk buka pintu rumah dan berjalan keluar",ucap Puan Ida.
"Habis Umi nak Naz buat apa? Minta maaf dengan dia? Nantilah, umi",ucap Nazril yang sudah hilang selera makan. Manja disebelah Puan Ida pun sudah menunduk, tidak mempunyai selera untuk makan. Puan Ida menggeleng. Apalah nak jadi dengan dua anaknya ini?
"Tapi kami dah habis makan, umi",ucap Qis di hujung talian.
"Tolonglah, Qis. Ajak Sarah pujuk Manja makan. Umi dah tak tahu nak pujuk macam mana lagi. Asyik panggil Akak Atik Akak Atik. Qis pujuk Sarah ye untuk datang sini",ucap Puan Ida yang menelefon Qistina.
Makanya, Qistina terpaksa mengheret puteri diva Sarah untuk ke rumah Nazril. Nasib baik Nazril sudah masuk ke biliknya, jadi tidaklah Sarah kekok duduk di meja makan bersama Manja.
"Manja, makan",ucap Sarah.
"uap",ucap Manja.
"Kenapa Kak Sarah nak kena suap Manja? Tangan Manja sakit ke?",soal Sarah.
Manja mengangguk dan menunjukkan kesan calar pada tangannya. Jadi Sarah mengambil garfu dan menyuap mee goreng ke dalam mulut Manja.
"Patutlah dia tak nak makan sendiri. Tapi tadi umi nak suapkan dia tak nak,pula. Maaf ye Sarah kami dah susahkan Sarah",ucap Puan Ida.
"Tak apa umi. Sarah pun nak minta maaf pada umi dan Nazril sebab tak beritahu awal-awal pasal Manja",ucap Sarah lembut.
Betul telahan Puan Ida. Sifat Sarah bukan kasar, tapi dia akan berkasar dengan orang yang berkasar dengannya. Boleh saja dia meminta maaf dan bercakap dengan lembut jika ditegur dengan cara yang lembut.
"Umi pun nak minta maaf bagi pihak, Naz. Dia...tak sihat sikit hari ni. Itu yang emosi dia tak stabil"ucap Puan Ida.
"Sarah faham, umi. Dia mesti sedang bencikan Sarah lepas dapat tahu tentang 'perkara' tu",ucap Sarah.
"Sarah...umi rasa tentang hal tu, umi tak nak masuk campur. Kalaupun dia tahu, biarlah dari mulut Sarah sendiri",ucap Puan Ida.
"Tapi Sarah tak berani, umi".
"Umi rasa sebenarnya perkara tu tak perlu dipanjangkan lagi. Sarah tak salah pun. Kalau Sarah rasa benda tu penting, Sarah beritahu dia sendiri. Kalau tak, biar saja. Umi tahulah siapa yang bawa cerita ni jika dia dapat tahu bukan dari mulut Sarah. Dan masa tu, umi takkan teragak-agak untuk buang dia sebagai calon menantu pilihan",ucap Puan Ida merujuk pada Nurul Huda.
Sarah tergelak.
"Umi ni, ada ada saja",ucap Sarah.
"Sarah jangan putus asa dengan Nazril, ye",ucap Puan Ida sambil menggenggam tangan Sarah.
"Umi dapat rasa yang Nazril cinta dan sayangkan Sarah. Apa yang kalian perlukan adalah keberanian untuk berjuang demi cinta kamu berdua", ucap Puan Ida. Kata-kata itu umpama meniupkan semangat pada diri Sarah.
"Dia dah balik, umi?",soal Nazril selepas sejam berkurung dalam bilik.
"Dah. Kenapa tak keluar dari tadi?",soal Puan Ida.
"Sakit kepala lah,umi",Nazril beri alasan.
"Ok, kalau macam tu Naz rehatlah. Makan ubat ye",ucap Puan Ida, memahami keadaan kesihatan Nazril.
"Baik umi",jawab Nazril.
"Naz nak air milo ni, tak? Kalau tak nak umi buang".
"Tak nak lah umi".
"Sarah buatkan untuk Manja, ada lebih ni. Masih panas lagi",Puan Ida cuba mengumpan Nazril.
"Kalau macam tu letak sajalah situ. Sayang kalau buang".
"Kalau sayang, hargainya sementara ia ada. Nanti kalau dah sejuk, tak sedap".Entah kenapa mendalam pula makna kata-kata Puan Ida.
..........
YOU ARE READING
#rasn spin off
FanfictionFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...