Sarah tak kuat untuk berhadapan dengan Nazril. Untuk berpura-pura tiada perasaan selepas apa yang terjadi. Tapi mungkin dengan Aidil disisinya, dia takkan kekok.
"Eh, Aidil nak pergi tandas kejap. Sarah masuk jumpa Naz dulu",ucap Aidil.
"Nooo...temankan Sarah",ucap Sarah menarik bucu baju Aidil. Kemudian dia tersedar kesilapannya dan melepaskan pegangannya.
Waktu-waktu ni lah si Qistina ni tak ada pula.
"Sejak bila Sarah takut dengan Naz ni?",soal Aidil.
"Sarah bukan takutlah. Sarah... Sarah... seg...err tak manislah kalau berdua dengan pak ustaz tu",jawab Sarah.
"Aidil rasa Din pun ada dalam wad. Pergilah".
Masih segan.
"Hmm pergilah tandas tu. Nanti terkencing kat sini pula",ucap Sarah. Aidil mencerun marah pada Sarah kerana mengusiknya.
Dia menjenguk ke dalam seketika, Izudin tiada dan Nazril sedang tertidur. Hmm tak nak ganggu la pula. Tapi itu juga peluangnya untuk mendekati lelaki itu.
Sarah melangkah masuk perlahan. Melihat lelaki yang dicintai terbaring lemah. Syukur dia selamat, itu saja yang Sarah minta.
Sarah duduk di kerusi di sebelah katil pesakit. Sekadar menundukkan wajah sambil dalam hati berdoa semoga diberi kesembuhan pada lelaki itu.
"Sarah...",suara Nazril menyapa. Sarah angkat kepala perlahan. Matanya yang lebam itu menatap sekilas Nazril sebelum ia kembali menekur ke lantai.
"Tangan awak okey?"
Sarah angguk.
"Terima kasih sebab selamatkan saya"
"Sama-sama"Kekok. Seorang malu kerana perasaannya seperti sudah terbongkar, dan seorang lagi terlalu banyak benda untuk diluahkan.
"Saya tak jadi balik kampung semalam. Tak sihat badan. Itu yang patah balik",cerita Nazril.
"Jadi bila balik saja, awak dah perasan gas rumah awak bocor?",soal Sarah. Nada suaranya lembut, tak kasar seperti selalu.
"Saya hanya perasan bila saya nak ke dapur lewat malam tu. Saya lapar, tak makan lagi sebab tak larat nak bangun pun. Tapi say gagahkan juga. Kemudian bila bau gas, saya tak berani buka lampu. Jadinya saya terpecahkan pinggan kaca. Sakit kepala saya makin kuat, ditambah dengan bau gas. Itu yang saya hampir pitam. Nasib awak datang untuk selamatkan saya"cerita Nazril lagi.
Sarah angguk faham.
"Saya beritahu umi untuk tangguhkn pertunangan antara saya dan Nurul Huda. Saya berterus terang yang saya sudah ada calon saya sendiri dan jika umi setuju, saya akan memperisterikan dia",ucap Nazril lagi.Ini ke yang kau nak Sarah? Back to the square one.
"Kenapa awak yakin untuk pilih saya?",soal Sarah.
"Sebab...saya cinta kan awak. Jadi rasanya tak salah untuk kita halalkan hubungan ni",jawab Nazril."Sejauh mana awak kenal Kasih Maisarah? Baik dia? Buruk dia?",soal Sarah lagi.
"Cukup untuk saya tahu dia seorang yang ikhlas. Walaupun kadang-kadang mulut dan perbuatan dia kasar, tapi hati dia baik sangat. Dia tahu jaga diri, jaga batas walaupun orang lain mengatanya yang bukan-bukan. Dia tak ramai kawan, tapi dengan kawan dia yang sikit tu, dia sangat hargai mereka. Saya nak kenal dengan Kasih Maisarah yang itu dengan lebih lagi",ucap Nazril.
"Awak nak tahu apa yang buat saya jatuh cinta pada seorang Nazril Nazim? Sebab kejujuran dan kesabaran dia dalam mencintai saya. Awak hormatkan saya, awak dapatkan saya melalui papa saya. Awak lelaki yang baik, tak susah untuk cintakan awak. Cuma, satu hari bila cinta awak tu dah terpadam untuk saya, saya harap awak takkan sakiti saya. Saya harap awak masih akan hormatkan saya sebagai seorang manusia, wanita dan isteri awak. Jangan permainkan perasaan wanita lain hanya untuk awak balas dendam awak pada saya. Percayakan orang yang awak cinta, bukan sebab awak dibodohkan dengan cinta. Tapi sebab percaya itu tunjang kekuatan rumah tangga. Tak kisahlah sama ada saya atau Nurul Huda yang jadi isteri awak, berjanjilah awak akan jadi seorang suami yang bertanggungjawab".
"Sarah, kenapa awak panggil saya abang masa...kita kemalangan dalam hujan, dan semalam juga? Panggilan tu seolah-olah...kita dah lama hidup bersama".
"Mungkin di kehidupan lain, Nazril Nazim & Kasih Maisarah ada jodoh. Mungkin awak suami saya, dan saya isteri awak. Panggilan abang tu adalah tanda rasa sayang dan hormat seorang isteri pada suaminya. Saya tahu, ia tak menjawab soalan awak. Tapi...."
Pintu bilik wad itu terbuka. Nurul Huda muncul bersama Aidil.
"Naz...",ucap Nurul Huda yang kelihatan risau. Dia tak pedulikan Sarah yang masih sedang bercakap dengan Nazril.
"Huda bergegas balik ke sini lepas dapat mesej dari Sarah. Naz tak apa-apa? Huda ada belikan bubur untuk Naz".
"Ermm.. assalamualaikum,Naz", Aidil menyapa. Yang si Nurul Huda ni gaya orang mati laki kenapa? Keterlaluan sangat reaksi risaunya.
"Waalaikumsalam. Kau datang seorang, Dil?",jawab Nazril. Satu soalan Nurul Huda pun tidak dipedulikan.
"Aku datang dengan Sarah tadi. Tapi aku ke tandas. Korang tengah berbincang tadi, aku takut nak kacau jadi aku tunggu kat luar",ucap Aidil."Ermm...jadi rasanya saya patut tinggalkan awak dan Kak Huda. Aidil, Sarah...", Sarah bangun, ingin beredar namun dihalang Nazril.
"Sarah tunggu sini. Kita tak habis bincang lagi",ucap Nazril.
"Tak apa, Naz. Awak dan Kak Huda yang perlu berbincang dahulu. Saya akan hormat semua keputusan yang awak buat".
.............
YOU ARE READING
#rasn spin off
FanfictionFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...