"Umi, kenapa telefon Naz?",ucap Nazril pada Puan Ida setelah habis waktu kerja.
"Umi nak beritahu umi ke KL esok. Kalau sempat umi singgah umah Naz",ucap Puan Ida.
"Alamak, mi. Esok Naz busy sikit. Lewat petang baru free. Umi tidur umah Naz sajalah ye",ucap Nazril.
"Ermm,nampaknya umi kena bawa Manja sekali lah kalau nak tidur sana",balas Puan Ida.
"Nanti kalau umi dah sampai, umi call Naz. Nanti Naz beritahu Naz simpan kunci kat mana",ucap Nazril.
"Baik,Naz. Jaga diri ye. Assalamualaikum", ucap Puan Ida mengakhiri perbualan.Puan Ida bukan saja datang atas urusan kerja. Ada hal mengenai Nazril yang dia perlu selesaikan.
"Assalamualaikum Huda. Ada apa telefon umi? Huda sihat?",ucap Puan Ida pada Nurul Huda yang menelefonnya.
"Sihat umi, Huda nak cakap sesuatu mengenai Sarah, bakal isteri yang Naz cerita pada umi tu", ucap Nurul Huda.
"Kenapa dengan Sarah? Dia tak apa-apa?".
"Huda tak dapat beritahu dalam telefon. Tapi jujur Huda cakap, perkara ni sangat penting. Ia melibatkan maruah keluarga umi",desak Nurul Huda.
"Baik Huda, nanti kalau umi ada masa umi datang KL".Ini adalah teknik terakhir Nurul Huda. Dia sangat yakin umi boleh buat Naz ubah fikiran. Puan Ida datang berjumpanya di universiti dan mereka makan tengah hari bersama.
"Umi, Huda cuma nak tunjuk ni",ucap Nurul Huda. Dia mengeluarkan satu alat uji kehamilan.
"Astagfirullah, Huda. Siapa punya ni?",ucap Puan Ida.
"Sarah",jawab Nurul Huda.
"Sarah?",soal Puan Ida.
"Alat ni tak penting,umi. Sebab apa yang tertera kat skrin tu tunjuk keputusan negatif",jelas Nurul Huda.
"Apa maksud Huda? Jadi kenapa dengan Sarah?",soal Puan Ida.
"Huda dah lama jadi roomate Sarah. Sepanjang tempoh tu Sarah benci Huda atas sebab yang Huda sendiri tak tahu. Dia pindah duduk di rumah sewa dua bulan lalu. Bila habis semester hari tu, Huda pun keluar dari bilik tu. Perancangan Huda sepatutnya adalah untuk balik kampung, tunang, berkahwin dan kerja dengan umi. Tapi sebab Naz minta tangguh, Huda decide untuk tinggal bekerja disini",ujar Nurul Huda."Huda, cuba terus terang. Umi tak faham apa yang Huda cerita".
"Pihak kolej yang jumpa pregnancy test ni masa mereka mengemas bilik kami. Dia tanya Huda jika ini Huda punya. Sumpah demi Allah, itu bukan Huda punya. Huda tak pernah jemput sesiapa datang tidur bilik Huda. Jadi konklusinya, ia milik Sarah".Puan Ida diam.
"Sarah yang Huda kenal, seorang gadis yang suka bertukar-tukar pasangan. Selalu keluar balik lewat malam, entah kemana saja. Huda tak tahu apa yang jadi, tapi pada satu masa Sarah pernah berada dalam mood depressi. Dia selalu termenung, menangis. Huda cuba tanya dia tapi dia tak jawab. Kemudian, Huda nampak dia beli pregnancy test ni. Huda tak nak tanya sebab itu sangat personal. Tapi lepas tu, Sarah kembali pada mood asalnya seperti tiada apa berlaku"."Huda rasa Sarah mengandung?",soal Puan Ida.
"Tak. Tapi Huda rasa dia dah terlanjur. Dia beli pregnancy test ni untuk pastikan dia tak mengandung.",dengan yakin Nurul Huda berkata."Astagfirullah hal azim. Berat tuduhan Huda tu", terkejut Puan Ida dengan kata-kata Nurul Huda.
"Huda bukan buat cerita umi, umi boleh tanya dia sendiri. Kalau dia tak mengaku ini dia punya, Huda sanggup tinggalkan Nazril untuk dia. Tapi kalau dia mengaku ini dia punya, umi fikir-fikirkan lah. Tak ada gadis normal yang saja-saja beli pregnancy test kalau tiada apa-apa berlaku",hujah Nurul Huda.Puan Ida terdiam seketika.
"Sarah, sini Sarah",ucap Puan Ida. Laju Nurul Huda memandang sekeliling. Kenapa umi panggil Sarah? Sarah ada kat sini?Sarah yang dari tadi duduk di belakang mereka dan mendengar perbualan dua wanita itu duduk di sebelah Puan Ida.
"Sarah dah dengar semuanya?"soal Puan Ida. Sarah angguk kemudian menunduk. Nurul Huda dari kehidupan lalu dan sekarang tak pernah berubah. Suka mengadu domba dan menabur fitnah.
"Baik,sekarang Huda diam. Biar Sarah pula bela dirinya,"ucap Puan Ida. Huda sudah tak keruan. Kenapa umi kena panggil dia sekali?Sarah menarik nafas dan melepaskannya perlahan sebelum mula bercerita.
"Pregnancy test itu memang Sarah punya. Sarah mengaku yang Sarah dulu jahat, jahil. Sarah hampir dirogol oleh seorang teman lelaki Sarah, tapi nasib baik Aidil selamatkan Sarah. Beberapa hari lepas tu Sarah tak datang period. Jadi, Sarah rasa takut Sarah mengandung. Sarah beli pregnancy test just in case ada apa-apa jadi pada Sarah. Tuhan tu Maha Pengasih,umi. Dia beri Sarah peluang untuk berubah dan jadi lebih baik. Sejak dari tu Sarah belajar untuk tinggalkan cara hidup tu. Sarah decide untuk bertunang dengan Aidil, tapi tak sempat kami bertunang, Sarah putuskan hubungan kami. Sarah tak mampu nak tipu diri sendiri, Sarah tak cintakan dia walaupun tahu dia lelaki yang paling sempurna dan sangat cintakan Sarah. Lepas tu, Sarah baru Sarah kenal dengan Abang Naz".
Suaranya sudah bertukar sebak, dia cuba menahan dirinya dari menangis. Ini bukan masanya untuk meminta simpati dari sesiapa atau menunjukkan dirinya lemah.
"Umi, Sarah memang dah cakap dengan Abang Naz. Buat pilihan yang tepat. Sarah beritahu dia Sarah ni perempuan jahat, dia tak patut ada hati dengan Sarah. Sarah cintakan dia, jadi Sarah nak dia bahagia walaupun bukan dengan Sarah. Umi nasihatkanlah dia tentang perkara ni. Tolong beritahu dia hal ni sebab...Sarah tak mampu nak berhadapan dengan dia untuk ceritakan masa lalu Sarah tu. Sarah terima apa saja keputusan dia",Sarah mengakhiri kata-katanya.
Puan Ida menepuk bahu Sarah dan kemudian memeluknya erat. Spontan air mata Sarah laju mengalir keluar. Dia menangis tersedu sedan di bahu wanita separuh abad itu.
"Allah hai Sarah. Umi minta maaf kalau umi dah lukakan perasaan Sarah. Masa silam itu adalah hak individu. Umi atau sesiapa pun tak berhak hakimi masa lalu Sarah tu. Apa yang penting, Sarah cuba berubah jadi lebih baik. Sarah jangan putus asa ya, sayang",pujuk Puan Ida."Huda,maafkan umi juga kerana terpaksa buat begini. Tapi umi kena adil pada kamu berdua. Kamu kenal umi, kan. Umi tak suka nak benci seseorang tanpa alasan kukuh. Tapi umi nak tegur perbuatan Huda tu. Huda sanggup hukum seseorang hanya dari masa silamnya. Umi tahu Huda risau kalau Nazril buat pilihan yang salah,taip jangan sampai burukkan orang. Jangan sampai buat fitnah,besar dosanya."

YOU ARE READING
#rasn spin off
Fiksi PenggemarFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...