37: waalaikumsalam,cinta

3 0 0
                                    

Ketika Nazril keluar waktu malam itu untuk mengunci pintu pagarnya, dia terlihat Sarah sedang berdiri di hadapan tong sampah rumahnya. Nazril tak mahu mempedulikannya tapi kelihatan Sarah serius benar memerhatikan plastik yang mengandungi kulit durian.

"Nazril, awak buka berapa biji durian tadi?",soal Sarah. Nazril hairan dengan soalan Sarah. Ni nak cari gaduh lagi ke?

"Tiga biji kot",Nazril jawab juga soalan Sarah walaupun marahnya masih ada.

"Okay, jadi berapa biji durian susu yang awak buka tadi?",

"Dua biji...kot", Nazril berasa jengkel namun dia jawab juga soalan itu.

"Dua biji dan semua tu awak yang makan seorang?".

"Eh Qis dan Din pun makan lah".

"Iyelah tapi awak suka durian tu kan, mesti awak makan paling banyak. Ni, awak dah minum air dari kulit durian ke? Nanti datang balik demam awak tu".

"Awak tak payah sibuklah".

"Mestilah saya sibuk. Kalau awak sakit lagi, saya yang kena tolong awak. Nak harapkan Kak Huda tu memang lambat la".

"Tak apa lepas ni saya takkan susahkan awak lagi. Saya ni lelaki, boleh jaga diri sendiri".

"Tapi saya perempuan, saya tak boleh jaga diri saya sendiri. Agak-agak siapa nak jaga saya?".

"Papa ada. Aidil ada".

"Itu je pilihan yang saya ada?".

"Eh suka hati awaklah nak pilih sesiapa jadi suami awak".

"Jadi awak dah buat keputusan muktamad tak nak pilih saya?",ucap Sarah. 

Otak kata ya, hati pula kata tidak. Mulut tak tahu nak ikut yang mana.

"Hmm tak nak lah tu. Tak apalah. Saya hanya nak minta maaf dengan awak sebab mencarut tadi. Saya...agak stress dengan kerja. Awak pula nak bergurau tak kira tempat".

"Apa maksud awak yang saya suka cari pasal dengan awak dari dulu lagi, selalu sakitkan hati awak. Banyak sangat ke dosa saya pada awak?",ucap Nazril merujuk pada kata-kata Sarah petang tadi.

Sarah termenung, tak tahu nak jawab apa. 

"Awak tak salah apa-apa. Saya yang salah. Saya yang susah nak lupakan dan memaafkan. Tak apalah, jangan fikir sangat. Biasalah, orang kalau dah stress semua benda dia cakap tak logik",

"Saya pun. Saya tak patut cakap awak hanya berlakon selamatkan saya. Tapi saya tahu, awak tak pura-pura".

"Selepas ni, situasi hidup saya mungkin akan bertambah rumit. Kalau dengan ujian sekecil ni awak tak boleh terima saya, macam mana saya nak rasa yakin untuk terima awak sebagai suami saya?".

"Tapi awak pun salah dalam perkara ni. Awak tak pedulikan saya seolah saya ni tak ada apa-apa makna. Ya, saya tahu awak sayangkan saya sampai sanggup selamatkan saya. Tapi layanan dingin awak pada saya buat saya terfikir yang awak seolah nak main-main dengan saya. Sedangkan saya benar-benar serius dan ikhlas dengan awak".

"Aidil, Qis, malah Izudin adalah kawan saya. Tapi kita tak pernah berkawan. Lelaki macam awak tak berkawan dengan perempuan macam saya. Dan saya pun tak nak paksa awak untuk berkawan dengan saya. Sebab tu layanan saya pada awak lain. Saya boleh baik dengan awak, tapi saya tak boleh rapat dengan awak. Sebabkan perasaan yang kita ada untuk satu sama lain, saya takut saya hanyut macam mana saya hanyut dengan teman lelaki saya sebelum ni. Saya nak jaga hati saya sampai saat yang kita halal untuk tunjukkan perasaan masing-masing melalui perbuatan. Itu saja".

Kata-kata Sarah buatkan Nazril teringat pada uminya. Perempuan yang sangat menjaga diri. Mungkin dari sudut luaran, Nurul Huda lebih menjaga aurat dan batas pergaulan lelaki perempuan. Tapi dari sudut hati, perasaan Nurul Huda lebih tergambar jelas, transparent. Manakala Sarah pula sangat susah mendedahkan apa yang dia rasakan, terutama perasaan cinta. Nazril semakin tertarik untuk menyelami hati seorang Kasih Maisarah. 

Dia senyum sendiri.

"Hai, kalau dah senyum seorang tu seram pula saya. Saya masuk dulu lah ye. Assalamualaikum",ucap Sarah.

Waalaikumsalam,cinta.

................................................................................................................................................... 


#rasn spin offWhere stories live. Discover now