Sarah termenung di meja perpustakaan dengan deretan buku di hadapannya. Dia teringat pada Umi.
"Assalamualaikum, Sarah",ucap satu suara.
"Waalaikumsalam",jawab Sarah sedikit menundukkan wajah. Tak mahu insan yang menegurnya itu nampak air yang bertakung disebalik cermin matanya.
"Saya nak minta maaf tentang malam kelmarin",ucap Nazril yang kelihatan kekok sambil menggaru kepalanya.
"Eh tak ada apalah. Salah faham je. Saya okay",jawab Sarah.
"Umi saya tak patut kacau awak. Minta maaf",
"Iya, saya faham. Tak apa"
"Lagi satu saya nak minta maaf sebab kata rambut awak macam bulu singa. Sumpah saya tak berniat nak hakimi awak",
'Apalah sangat tuduhan rambut bulu singa tu berbanding tuduhan perempuan jahat dan pengikis harta Umi yang awak berikan pada saya dulu.',detik hati Sarah.
"Awak kecil hati?",ucap Nazril yang risau melihat ada air yang mengalir di pipi Sarah.
"Kak Nurul Huda kirim salam. Dia bekas roomate saya. Dia ada hati dengan awak",ucap Sarah apabila ternampak Nurul Huda sedang mengintai mereka dibalik rak buku dari kejauhan.
"Huh?",
"Maksud saya...jangan kacau hidup saya lagi. Kita tak setaraf. Awak carilah perempuan yang setaraf dengan awak macam Kak Nurul Huda",ucap Sarah lantas mengemas barang-barangnya. Sudah tak lalu nak belajar.
Nazril ingin menyoal Sarah lagi namun kalau tak kerana beberapa mata yang memandang pelik pada mereka dia hentikan niatnya. Dia ekori Sarah keluar dari perpustakaan.
"Boleh tak awak jelaskan apa yang awak marahkan pada saya? Sejak kita jumpa, sejak saya nak tolong awak masa awak kemalangan, awak dah bencikan saya tanpa sebab. Adakah sebab saya kawan Aidil awak bencikan saya?",soal Nazril.
"Aidil tak ada kena mengena dalam hal ni. Saya cuma...tak suka dengan lelaki....miskin macam awak. Lelaki yang rasa dirinya alim dan perlu disukai oleh semua orang. Saya rasa awak hipokrit dan saya tak suka orang hipokrit",ucap Sarah.
"Apa saya dah buat sampai awak fikir macam tu?",
Banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk ENCIK NAZRILLLLLLLLLLLLLLL NAZIMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!
"Tak apa, pendapat dan pandangan saya tak penting. Kita bukan kawan pun, dan habis semester ni kita dah takkan jumpa pun. Awak dan hidup awak, saya dan hidup saya. Mungkin kalau Qistina dan Abang Izudin berkahwin, dengan kebarangkalian 0.00001, kita akan jumpa di majlis persandingan mereka sebagai kawan kepada pasangan pengantin. Ya, saya akan cuba belajar bersangka baik dengan awak tapi itu biarlah saya buat sendiri. Awak tak perlu buat apa-apa. Tak perlu minta maaf, tak perlu buktikan apa-apa. You do you",ucap Sarah cuba menahan marah. Laju kakinya melangkah keluar dari perpustakaan.
Qistina mendapatkan Sarah yang sedang duduk di bangku panjang luar perpustakaan. Guruh berdentum tanda hari akan hujan.
"Tadi kata nak study kat library? Yang duduk sini kenapa?",ucap Qistina. Sarah membuka cermin matanya dan menyimpan di dalam beg.
"Tak best kat dalam."
"Kau gaduh lagi dengan abang Nazril?",
"Kalau dah nampak kenapa tanya lagi?",
"Sarah, janganlah macam ni. Kau berubah secara drastik tahu. Tiba-tiba bencikan orang yang kau tak pernah kenal atau berkawan, tiba-tiba hitamkan rambut, tiba-tiba jadi budak rajin belajar, tiba-tiba pakai baju kurung. Takkanlah kau tengok abang Nazril yang macam ustaz-ustaz tu kau rasa tercabar dan terus nak berubah? Atau semua ni sebab kau putus tunang dengan Abang Aidil?",
"Qis, aku tak faham la dengan kau dan dengan Abang Nazril tu. Yang korang nak ambil berat sangat tentang pandangan aku, apa yang aku rasa kenapa? Aku ada kacau hidup korang ke? Biar sajalah aku macam ni. Aku nak berubah , aku nak benci... semua tu aku tak ada kacau hidup orang lain pun",
"Sarah aku cakap ni sebab aku ambil berat pasal kau. Aku takut sebenarnya kau tengah rahsiakan sesuatu yang besar daripada aku. Aku kawan kau, kau boleh percayakan aku untuk beritahu masalah sebenar kau",
"Qis, kau memang kawan aku dunia akhirat. Itu aku tahu. Tapi untuk masa sekarang, biar aku jalani hidup aku sendiri. Aku nak buat apa yang terbaik untuk masa depan aku"
"Masa depan masa depan masa depan. Itu saja yang kau cakap dengan aku. Kau ni dari masa depan ke sampai nak paranoid sangat dengan semua orang dan semua benda?",
"Qis, aku minta. Kalau kau tak puas hati dengan aku, kau tinggalkan saja aku. Kau jangan tikam belakang aku atau buat sesuatu yang tak baik pada aku. Aku mohon. Aku masih nak jadi kawan baik kau pada masa depan",ucap Sarah. Tak mustahil jika takdir hidup yang baru ini, watak Qistina akan berubah jadi antagonis.
"Kenapa cakap macam tu pula? Serius, kau ni memang dah pelik sangat",
"Dah la, aku pergi dulu. Takut hujan makin lebat",
"Eh tak nak tumpangkan aku ke?"
"Okay, kau tunggu sini. Aku ambil kereta",
Sarah menghidupkan kereta dan memanaskan enjin. Mungkin ini bulan terakhir dia dapat memandu kereta mewah. Beberapa minggu lagi, dia akan menyerahkan kereta ini kepada tuan barunya.
Hujan turun dengan lebat, kawasan parkir jadi sesak pula dengan beberapa kenderaan yang tak bermoral menghalang lalu lintas. Masing-masing mahu mengelak dari memandu dalam hujan lebat.
Sarah sudah memandu menghampiri kawasan tempat Sarah menunggu. Kemudian, dia ternampak kelibat sebuah motor skuter kuning yang meredah hujan lebat itu. Serta merta dia rasa tak sedap hati.
Qistina sudah membuka pintu apabila Sarah tiba-tiba memecut laju mengejar motorsikal tersebut. Dia jatuh tersungkur dalam lopak air dan basah lencun. Sampai hati Sarah mempermainkan dirinya sebegitu rupa.
Tiba di satu persimpangan, Sarah kehilangan jejak skuter tersebut. Dia menghentikan kereta di tepi jalan sambil matanya melilau memandang sekeliling.
'Hujan lebat macam ni nak nampak apanya,'akalnya membantah. Namun hatinya kuat mengatakan dia harus mencari skuter tersebut.
Tidak semena-mena dia nampak Nazril sedang menunggu di pondok perhentian bas tak jauh dari tempat dia memberhentikan keretanya. Darahnya berderau. Dia tidak ingat secara terperinci tapi dia tahu sesuatu yang buruk akan berlaku pada lelaki itu.
Sarah keluar dari kereta dengan payung bewarna merah jambu. Matanya melilau ke sekeliling, memastikan tiada kenderaan yang tiba-tiba lalu dan melanggar Nazril.
Dia tahu dia bencikan lelaki itu tapi tak adalah sampai mendoakan kematiannya. Lama Sarah menjadi pengawal peribadi Nazril dari jauh, sehingga lelaki itu juga perasan akan kehadirannya.
"Dah kutuk aku macam-macam, miskin la tak setaraf la, tiba-tiba tercegat kat depan muka aku. Nak minta maaf lah tu",detik hati Nazril. Dia lihat hujan seperti takkan berhenti maka dia ambil keputusan untuk meredah saja hujan tersebut.
"Eh eh! Tunggu kat situ! Jangan kemana-mana!", jerit Sarah sambil bercekak pinggang. Niat Nazril terhenti seketika.
"Kalau awak sayangkan masa depan awak, jangan kemana-mana. Tunggu sampai hujan berhenti",
"Kalau hujan tak berhenti sampai malam, awak kena jadi polis trafik kat situ sampai malam juga ke?",
"Lebih baik jadi polis trafik daripada jadi isteri awak",
Sentap pula Nazril mendengarnya.
Sarah melihat pada kain baju kurungnya yang sudah basah kuyup. Tak lama lagi kawasan ini pasti banjir kerana air longkang sudah melimpah keluar. Dia menunduk ingin melipat sedikit bahagian bawah kainnya apabila tiba-tiba sebuah skuter menderu laju mendekatinya.
"Sarah!",Nazril berlari dan menarik lengan Sarah ke tepi jalan. Malangnya dia pula yang jatuh kehadapan dan dilanggar oleh skuter tersebut. Tubuhnya jatuh tersungkur ke tanah dan kepalanya berdarah.
"Abang!",jerit Sarah. Skuter yang melanggar Nazril hanya hilang sedikit kawalan namun masih mampu berjalan meredah hujan lebat itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
#rasn spin off
FanfictionFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...