"Abis, aku ni bukan perempuan? Dia tak payah jaga ikhtilat dengan aku?",ucap Qistina.
"Dah kau yang rajin kesana kesini, semua orang dalam universiti ni kau jumpa",balas Sarah sambil membuka semua sampul surat yang ada dalam beg kertas itu.
"Kau pula duduk bilik aku sebab nak memerap dari pagi ke malam. Lepas tu sanggup makan biskut cecah milo je dari turun beli makanan kat kafe Jah Kelip. Kau kenapa? Tengah bertapa nak penuhkan ilmu di dada ke?",ucap Qistina. Sarah seperti sedang menyembunyikan diri dari sesuatu.
Sarah tergelak. Dia memeriksa bil elektri,k bil air dan beberapa surat yang dikirimkan ke rumahnya. Rajin Nazril datang kesini semata untuk menyerahkan barang-barang tersebut kepadanya.
"Lebih kurang la",jawab Sarah tak acuh.
"Kau tengah gaduh dengan Abang Naz ke?",tebak Qistina.
"Mana ada. Aku cuma nak fokus study untuk paper terakhir kita ni",
"Kat rumah tak boleh fokus ke?",usik Qistina lagi.
"Janganlah usik macam tu. Aku tak selesalah",ucap Sarah jengkel.
"Dia hanya tolong jagakan rumah kau, jadi jiran yang baik. Aku rasa tak adanya dia nak berniat jahat ke apa. Kau pun tak payah buruk sangka pada dia sangat. Dan kalau kau elakkan diri dia macam ni sebab Kak Nurul Huda, aku rasa pointless la. Kenapa kau yang kena takut kalau kau memang tak ada buat salah cuba nak rampas Abang Naz? Biarkan je. Alah lagipun pelajar kat universiti ni, ramai je yang sewa rumah sebelah menyebelah. Tak adalah pula nak buat sumbang mahram ke apa. Asalkan kau tahu jaga diri insyallah Tuhan lindungi kau dari fitnah atau benda buruk macam zina",nasihat Qistina.
"Hmmm apa-apalah",jawab Sarah malas.
"Eh, ke korang ni ada sembunyikan sesuatu dari aku? Kau masih tak beritahu aku apa yang papa kau cakap pada kau masa kat airport hari tu. Sampai terjojol biji mata, kaku membisu aku tengok".
"Tak ada apalah. Papa saja takut-takutkan aku. Kau tahulah aku kan penakut sikit kalau tinggal rumah seorang diri. Kau janji dengan aku tahu, lepas habis exam kau duduk dengan aku sampai papa balik. Aku tak nak tinggal seorang-seorang",ucap Sarah.
"Iye. Nanti aku dah settle buat clearance, hantar barang balik rumah, aku duduk rumah kau".
.......................................................................................................................
"Kau nak duduk lama kat rumah sewa tu ke, Naz? Bukan kau kata lepas habis exam nak balik kampung dan kerja dengan umi kau?",soal Izudin.
"Kan aku kata, aku nak belajar hidup berdikari. Aku ingat nak kerja setahun dua kat sini baru balik kampung",jawab Nazril.
"Oh jadi kau nak cepatkan majlis kau dan Huda, kemudian duduk kat rumah sewa tu?",ucap Izudin lagi.
"Benda tu tak pasti lagi, Din",jawab Nazril lambat lambat.
"Tak pasti apanya, bukan lepas habis exam korang nak bertunang?".
"Aku tak tahu sama ada aku nak bertunang dengan dia atau tak".
"Kau ada calon lain ke?".
"Calon tu ada tapi aku tak tahu kalau dia boleh terima aku ke tak".
"Serius lah kenapa aku tak tahu kau ada kawan perempuan lain? Budak kelas kita ke?".
"Nanti kalau dah pasti, aku beritahu kau".
"Aduhai janganlah buat suspen macam ni. Jangan tiba-tiba calon tu Sarah atau Qis sudah".
"Eh dorang tu bukannya teruk sangat. Tak baik kau cakap macam tu".
"Entahlah eh. Sebab aku kenal benar kau dan Nurul Huda, aku rasa cara dan gaya korang betul-betul sepadan. Kalau calon pilihan kau tu yang sama gaya dengan Nurul Huda, aku boleh faham. Tapi kalau perempuan macam Sarah atau Qis...hmmm itu pelik".
"Eh Qis tu aku dah anggap macam adik aku sendiri. Tak adanya aku ada perasaan pada dia".
"Habis tu kalau Sarah?".
"Eh, aku baru ingat aku ada sidai kain. Aku balik dulu ye nak angkat kain jemuran".
Izudin mula rasa tak sedap hati.
...................................................................................................................................
"Seorang mula beli barang-barang rumah macam nak duduk lama kat rumah sewa tu",ucap Izudin
"Seorang lagi langsung tak nak keluar bilik macam tengah larikan diri dari seseorang",ucap Qistina.
"Aku rasa diorang sembunyikan sesuatu dari kita"ucap Izudin.
"Kau nak kita test diorang tak? Kalau diorang lulus test ni memang konfirm diorang ada apa-apa. Tapi kalau tak, maknanya masalah masing-masing tak berkaitan",ucap Qistina
"Apa idea kau?",soal Izudin.
Qistina mengurut dagunya sambil tersenyum.
ANDA SEDANG MEMBACA
#rasn spin off
FanficFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...
