Nazril dan Sarah menyambung perbincangan mereka di rumah. Nazril mahu tahu keputusan akhir Sarah tentang hubungan mereka. Dia agak terkejut kerana bukan perkahwinan yang Sarah pilih.
"Sarah, tapi kita bukan dah berbaik ke?",soal Nazril yang keliru. Bukan Sarah kesini mahu berbaik dan berkahwin dengannya?
"Ya, kita memang dah berbaik. Tapi tidaklah sampai perlu berkahwin",jawab Sarah selamba.
"Sarah!",ucap Nazril mengharapkan penjelasan dari gadis itu.
"Saya tetap pilih untuk berdikari, demi masa depan yang cerah. Saya tak boleh hanya bergantung harap pada seorang lelaki yang dia sendiri tak tahu nasib hidupnya. Awak kena bersyukur, Nazril. Ada seorang perempuan yang sanggup cinta dann jaga awak susah senang macam Nurul Huda",jawab Sarah.
"Awak cakap macam ni sebab nak kenakan saya ke, Sarah? Eh, dah berapa kali saya cakap saya cintakan awak dan hanya akan berkahwin dengan awak".
"Tapi dalam hal ni kita kena jadi realistik, Nazril. Kita tak ada apa-apa hubungan lagi".
"Awak cintakan saya?".
"Ya. Tapi saya takkan pilih untuk berkahwin dengan awak".
"Kenapa petang tadi seolah-olah awak beri harapan pada saya hanya untuk awak remukkan hati saya malam ni?",ucap Nazril.
"Itu yang saya rasa selama ni, Nazril. Kita dah sama rata. Semua persoalan dah terjawab, jadi dah tiba masanya saya undur diri".
"Awak tak boleh buat saya macam ni, Sarah. Tolong jangan tinggalkan saya".
"Belajar untuk jadi lelaki yang tak lemah hanya disebabkan permpuan. Sebab cinta saya pada awak, saya dapat keberanian untuk berhijrah ke tempat baru".
"Tapi tengoklah saya. Selama saya berpisah dari awak, hidup saya tak bermakna. Saya perlukan awak, Sarah".
"Awak ada dua orang perempuan yang lebih menyayangi awak, malah sebelum kehadiran saya. Jangan sia-siakan mereka, Nazril".
"Saya tunggu awak. Awak kejarlah cita-cita dan masa depan yang awak mahukan. Saya akan tunggu".
"Saya tak nak janji apa-apa pada awak".
Wajah Nazril berubah keruh. Dia terus beredar ke biliknya.
"Kenapa Sarah buat dia macam tu? Sarah bagi harapan pada dia hanya untuk Sarah remukkan hatinya semula?",ucap Nurul Huda yang muncul selepas Nazril beredar. Mungkin dari awal dia sudah pasang telinga.
"Akak pula tak penat ke kejarkan lelaki yang memang tak cintakan akak? Hidup kita ni lebih daripada setakat mencari calon suami sempurna. Tapi kepada mencintai diri sendiri dan cintakan seseorang yang boleh melengkapi kekurangan diri kita. Cuba akak fikir, dengan perasaan cinta akak pada Nazril, akak dah berubah jadi seseorang yang Sarah sendiri tak kenal. Akak jaja cerita buruk pasal Sarah, akak hilang rasa malu pada lelaki, akak fitnah Sarah dan langsung tak minta maaf. Kita dah lama jadi teman sebilik. Walaupun Sarah tak sukakan akak, tapi Sarah hormatkan Nurul Huda yang baik hati dan penyabar. Sarah tak suka akak at the first place pun sebab Sarah sebenarnya nak jadi perempuan baik macam akak. Tapi Sarah tahu Sarah tak boleh jadi macam tu. Ubahlah perangai, kak. Akak ada banyak potensi diri, tak perlu habiskan waktu mengharap belas ikhsan dan kasih sayang seorang lelaki yang bukan siapa-siapa dalam hidup akak",nasihat Sarah panjang lebar.
Nurul Huda sekadar terdiam mendengar 'ceramah' dari Sarah.
"Sarah akan pergi dan mungkin tak kembali. Sarah tahu Sarah macam pentingkan diri sendiri, tapi untuk pertama kali, Sarah nak buat sesuatu untuk diri Sarah. Bukan untuk papa, bukan untuk Nazril dan bukan untuk umi. Akak boleh terus tinggal disini dan buat drama cinta tak kesampaian akak",ucap Sarah lalu masuk ke dalam rumah.
Malam itu, Sarah bangun tengah malam dan bermunajat kepada Tuhan. Sejak kematian papa, tidur malamnya sering terganggu, jadi dia gunakan peluang itu untuk solat malam. Ia tak sempurna pada mulanya tapi alhamdulillah dia cuba menjadikannya rutin harian.
Semoga Tuhan selamatkan perjalanannya esok.
...................................................................................................................................................

ANDA SEDANG MEMBACA
#rasn spin off
FanfictionFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...