Nurul Huda mengetap bibirnya kuat, cuba menahan marah. Macam mana dia tidak marah, Sarah memuat naik gambar Nazril, Din dan Qistina makan durian di rumah sewa mereka dengan caption "Hantu durian di balik tembok rumahku".
Peluang Sarah untuk menggoda Nazril sangat cerah kerana mereka tinggal berjiran. Bukan setakat makan durian bersama entah-entah setiap hari makan di rumah Nazril. Sarah tu bukan boleh percaya sangat. Dan Nazril mesti terlalu polos,baik hati sekadar membiarkan Sarah buat sesuka hatinya.
Nurul Huda tak dapat peluang yang sama. Di universiti, walaupun meja kerja mereka agak dekat namun lelaki itu lebih gemar duduk berehat di surau. Apabila ingin membuat kerja pula, lebih banyak masa dihabiskan di perpustakaan. Mejanya hanya digunakan utk meletakkan barang dan fail tugasan.
"Naz, harini Huda ada masak nasi goreng lebih. Ni Huda dah tapaukan untuk Naz",ucap Nurul Huda menghulurkan satu bekas makanan kepada Nazril.
"Eh susah-susah je Huda. Saya dah makan sarapan tadi",jawab Nazril.
"Tak apa. Huda letak atas meja Naz. Kalau Naz tak makan, bagi jela sesiapa. Bagi jiran ke",ucap Nurul Huda.
Amboi, dalam makna 'jiran' tu.
"Hisshh aku tak reti masaklah. Jangan la paksa paksa aku",rungut Sarah.
"Sarah aku suruh kau masak air je. Aku nak rebus spagetti ni, takkan nak makan mee keras kejung mcm ni",ucap Qistina.
"Yelah, aku tak tahu nak letak air takat mana, api kuat mana", Sarah beri alasan.
Hek eleh mak cik ni. Masalah besar betullah. Cepatlah Abang Naz kahwin dengan dia biar cerdik sikit otak udang dia ni.
"Mengata aku lah tu",cebik Sarah.
"Sarah, lepas ni kau nak jadi bini orang. Dari sekarang dah kena pandai masak",nasihat Qistina.
"Eh, aku dah pandai vakum, kemas rumah, basuh baju. Bab masak bagi la kat suami aku",ucap Sarah.
"Memanglah boleh tapi sesekali Abang Naz tu mesti nak rasa air tangan kau".
Sarah sengih.
"Nanti aku celup tangan aku dalam air lepas tu bagi dia minum",sempat pula Sarah bergurau.
"Buat lawak, buat lawak. Nanti dia tak jadi kahwin dengan kau baru tahu".
"Biarlah. Lagi senang hidup aku. Aku akan ada masa depan yang lebih cerah tanpa dia".
"Sarah, kau ni nak kahwin dengan dia atau tak?",soal Qistina.
"Aku nak,tapi tak semestinya dia akan pilih aku. Jadi aku tak letak harapan tinggi. Bila fikir balik keadaan syarikat, aku rasa lebih baik aku tak kawin dulu. Kesian papa nanti tinggal seorang diri, tak ada siapa jaga dia".
"Boleh je kau tinggal skali dengan dia".
"Nazril tu ada mak bapak juga. Dia pun mesti nak jaga umi dan adik dia. Dan aku sebagai isteri solehah kenalah ikut dia".
"Apa-apa lah kau ni. Ha, tengok ni aku buat. Air kena banyak, biar tenggelam mee",ucap Qistina mengalih tumpuan pada mee yang mereka ingin masak.
Sarah tanpa berfikir panjang memasukkan semua mee spagetti dlm periuk yang berisi air mendidih itu.
"Sarah, banyak sangat tu. Aduhai kau ni, kita nak makan berdua je",ucap Qistina.
"Kau kan makan banyak".
"Aku tak minat makanan omputih ni. Aku nak nasi".
"Ala nanti bagilah jiran-jiran. Atau kau bawa ke tmpt keje kau. Kau keje shift petang kan",ucap Sarah.
Dalam kategori memasak, Sarah sudah kalah dengan Nurul Huda yang serba serbi memenuhi syarat menantu pilihan ramai.
"Dah, cepat. Aku ajar kau potong bawang",ucap Qistina.
.......................
"Sarah dah pandai masak spagetti tau,pa. Rupanya senang je. Dulu Sarah tengok kat tv macam susah nak kena reneh ayam la apa la. Tapi bila Qis ajar rupanya senang je",cerita Sarah dengan bersemangat. Dia sedang makan di kafe universiti untuk menguruskan beberapa hal berkaitan transkrip akademiknya.
Sarah nampak Nurul Huda masuk ke dalam kafe. Betul agakannya, tengah hari itu Kak Huda juga makan di kafe itu. Boleh lah dia pulangkan Tupperware yang dipinjam. Seniornya itu sudah tinggal di asrama kolej bukan sebagai pelajar tapi staff residen. Panggilan papanya dimatikan setelah beberapa minit.
"Kak Huda, Sarah nak pulangkan bekas makanan akak",ucap Sarah menyapa Nurul Huda.
"Bila masa Sarah pinjam Tupperware akak?",soal Nurul Huda.
"Oh, Abang Naz beri Sarah. Dia kata ni Tupperware akak. Jadi dah alang-alang saya datang uni, saya pulangkan sndiri kat akak",jawab Sarah.
Nurul Huda diserbu rasa marah. Tahulah kelmarin dia kata boleh beri pada jiran-jiran tapi takkan Naz beri nasi goreng tu pada Sarah pula?
"Akak masak nasi goreng tu untuk Naz. Bukan untuk Sarah",ucap Nurul Huda menaikkan suaranya.
"Erm tahu. Abg Naz kata sedap",jawab Sarah jujur.
"Kenapa dia beritahu Sarah plak? Kenapa dia tak beritahu pada akak sendiri?".
"Sebab saya tanya".
"Kenapa Sarah sibuk nak tanya?".
"Apa masalah akak Huda ni? Sarah datang nak pulangkan bekas makanan akak je".
" Sarah cemburu sebab Naz makan nasi goreng akak, lepas tu sengaja konon nak tolong Naz pulangkan balik ke akak. Padahal dia sndiri boleh pulangkan pada akak. Kami jumpa hari hari".
"Akak, Abang Naz tu bukan trofi untuk kita rebut-rebutkan. Dia bukan milik sesiapa, kalau dia nak pilih selain dari kita pun itu hak dia. Umi dia pun tak halang dia berkawan dengan sesiapa jadi kenapa akak pula yang lebih-lebih kongkong dia?",bidas Sarah.
"Lets play a fair game. Akak nak masakkan dia, basuh baju dia, siapkan keje dia...akak buatlah apa je untuk pikat hati dia. Saya takkan ganggu",ucap Sarah.
"Akak takkan biarkan kamu buat plan yang bukan-bukan semata nak dapatkan dia. Akak bukan kenal kamu sehari dua. Tak mustahil kamu akan jadi sangat terdesak dan plan untuk tangkap basah dengan Naz".
Ikutkan hati nak tampar je mulut perempuan ni. Tapi Sarah tak nak dikuasai emosi seperti sebelum ni.
"Haah, Sarah memang rancang nak tangkap basah dengan Abang Naz. Haritu masa Sarah selamatkan dia sebenarnya Sarah nak buat benda lain. Tapi plan Sarah gagal sebab Abang Naz pengsan. Jangan risau, Sarah sentiasa ada masa untuk rancang plan tangkap basah tu. Akak tunggu sajalah ye. Abang Naz akan jadi milik Sarah dengan mudah",ucap Sarah sarkastik. Kalau lurus juga nak percaya tak tahulah nak cakap macam mana lagi.
Kau nak sangat aku jadi jahat,kan. Pergilah lapor kat lelaki kesayangan kau tu. Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis menyusahkan hidup aku.
..........................
Kusut fikiran Nazril bila mendengar adu domba dari Nurul Huda di bilik kerja mereka tadi. Konon Sarah akan kenakan dia dengan insiden tangkap basah,jadi Nurul Huda memintanya berhati-hati.
Tolonglah, ingat dia ni trofi apa senang-senang nak dipermainkan perempuan.
Nazril melajukan langkah ke tempat parkir motornya.
"Naz!!"jerit satu suara. Nazril pandang depan. Sarah sedang berlari dengan penuh keriangan ke arahnya. Tangan didepakan seolah mahu memeluk dirinya.
Eh Sarah ni dah gila ke apa? Dia nak peluk aku ke?
Tapi pada masa yang sama Nazril dibuai dengan perasaan indah. Seperti terdengar runut lagu Kuch Kuch Hota Hai dan Sarah adalah heroin yang akan...
Berhenti, Nazril!
Nazril meluruskan tapak tangannya ke hadapan seperti seorang polis trafik. Mahu menghalang Sarah dari terus mendekatinya sambil dia memejam mata.
Sarah membuka tangannya luas-luas, berlari dan memeluk Umi Naziera.
.....
ANDA SEDANG MEMBACA
#rasn spin off
FanficFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...
