"Qis, aku dah kira jumlah markah kuiz aku. Wehh..kalau aku dapat skor 80% untuk final exam pun tak semestinya aku boleh dapat A",ucap Sarah ketika mereka sedang belajar di perpustakaan.
"Kalau perangai kau macam ni sejak kita tahun pertama, mungkin sekarang kau dah jadi top student macam Abang Nazril",ucap Qistina.
"Kau ni dah kenapa tiba-tiba sebut nama dia? Bosanlah aku. Kat rumah papa sebut nama dia, kat sini kau sebut nama dia. Tak ada orang lain ke kau nak bagi contoh",ucap Sarah sebal.
"Ala relaks la Sarah. Kau tu anak orang kaya. Teruk macam mana result kau, kau boleh kerja di syarikat papa kau",
"Aku dah tak ada apa-apa, Qis. Syarikat papa tu tunggu masa je nak tutup. Tapi aku ada terfikir kalau ada masa aku nak ikut dia ke pejabat. Mana tahu kalau aku boleh tolong apa-apa untuk selamatkan syarikat papa. Semua yang kita belajar ni, sedikit sebanyak ada kaitan juga dengan realiti perniagaan yang ada kat luar tu kan",
"Bila kau cakap macam tu kan, aku teringat yang Kucai pernah sembang pasal tesis dia masa sarjana muda. Rasanya kan, tajuk kes yang dia kaji ada kaitan juga dengan permasalahan industri perniagaan papa kau. Nanti cuba kau tanya dia",ucap Qistina.
"Tanya untuk?",
"Huh dah tentu kan dia buat kajian tu berdasarkan syarikat yang nyata. Memanglah lain syarikat lain cara survival mereka tapi mungkin dia ada idea untuk tolong syarikat papa kau. Sebab permasalahan yang dia kaji tu rasanya sama dengan permasalahan yang syarikat papa kau hadapi",
Sarah terangguk-angguk.
"Qis, kau ni makin lama makin bijak aku tengok",puji Sarah.
"Kau tu makin lama makin cantik bertudung".
"Aku pakai apa pun cantik.Hah, bercakap pasal tudung. Petang ni temankan aku beli tudung. Tak kuasa mak nak pakai tudung ni hari-hari",ucap Sarah.
"Nak pergi mana? Naik apa? Kau kata papa kau yang hantar kau,kan?".
"Ala kita naik lah teksi. Tak apa nanti aku bayar tambang".
"Ala nanti duit terbuang kat tambang je, bukan kat tudung. Lagi-lagi kau. Kalau tak window shopping sampai dua mall, memang tak sah. Cerewet sangat".
"Habis nak suruh aku pergi dengan papa aku? Aku tak tahu sangat nak pilih tudung ni, kalau ada kau boleh jadi penasihat aku",
"Yela yelah nanti tengok la macam mana".
......................................................................
"Papa buat apa sampai lambat ambil Sarah? Tahu tak Sarah call banyak kali tapi papa tak angkat",marah Sarah.
"Maafkan papa, sayang. Papa singgah supermarket & pasar malam tadi. Papa tak perasan bateri telefon papa habis",jawab Dato Raqib.
Sarah tarik muka masam dan bercekak pinggang. Rancangan dia dan Qistina untuk membeli tudung dibatalkan kerana Qistina terpaksa melawat ibu saudaranya yang sakit. Sudahnya Sarah menunggu di depan perpustakaan sehingga Dato Raqib muncul selepas solat maghrib.
"Jangan cakap dengan Sarah lah!",Sarah menjerit marah dan menghempas pintu.
Malam itu Sarah menolak untuk makan malam dengan papanya. Dia berkurung dalam bilik sehinggalah keesokan harinya. Pagi-pagi lagi Sarah sudah bersiap untuk ke universiti kerana tak mahu mengejutkan papanya. Hari ini dia nekad membawa kereta ke universiti. Pandai-pandailah papanya nak ke tempat kerja.
"Sarah",sapa satu suara. Sarah mengeluh. Rajin pula jirannya yang satu ini bangun pagi-pagi menyidai pakaian di ampaian.
"Apa?",balas Sarah dingin.
"Tak baik tahu seorang anak kurang ajar pada seorang ayah. Syurga awak ada pada dia selagi awak masih belum bersuami",
"Eh, awak ni nak bersyarah dengan saya pagi pagi buta ni kenapa eh?Jangan menyibuk hal orang boleh?",
"Semalam saya nampak awak tengking papa awak sebelum masuk rumah. Saya minta maaf kalau saya menyibuk tapi saya memang pantang kalau seorang anak tak hormat ibu bapanya",ucap Nazril.
"Iyalah, Ustaz Nazril. Awak tu kan anak paling baik untuk Umi awak. Bertuah Umi dapat anak macam awak yang sanggup buat apa saja demi ibunya. Saya ni saja yang jahat. Anak derhaka, isteri derhaka, perempuan jahat...semuanya saya lah kan. Awak tu sempurna",marah Sarah. Nazril terkebil-kebil memandang Sarah.
"Awak dah kahwin ke?",
"Belum. Yang pasti saya takkan kahwin dengan lelaki hipokrit macam awak! Jadi kalau selama ni awak cuba rapat dengan saya sebab ada perasaan dengan saya, baik awak lupakan saja",ucap Sarah.
"Sarah saya cuma tegur saja...",
"Pergi matilah",bentak Sarah lalu menghidupkan enjin kereta dan memandu keretanya keluar dari kawasan rumah.
....................................................................................................
'Dan orang yang aku suruh 'pergi mati' itulah yang aku kena hadap sekarang',detik hati Sarah yang berdebar-debar melihat muka serius Nazril.
"Lah, Sarah. Thesis tu bukan aku yang buat. Itu Naz punya. Cuba kau tanya dia",ucap Izudin apabila Sarah bertanyakan tentang thesis yang lelaki itu buat sewaktu sarjana muda.
"Saya tak ingat saya letak thesis saya tu kat mana",ucap Nazril sambil meletakkan buku yang diambil kembali pada rak di perpustakaan itu.
"Takkan tak ada softcopy?",
"Sarah, saya buat thesis tu 3 tahun lepas. Memanglah saya tak simpan lagi",
Sarah memuncungkan bibir.
"Habis ni tak boleh tolonglah?",soal Sarah.
"Awak nak saya tolong apa?",
"Saya tak tahu kalau pertolongan yang saya minta ni besar sangat. Tapi saya tak nak syarikat papa ditutup. Kalau awak boleh tengokkan laporan kewangan dan operasi syarikat papa, mungkin awak boleh beri idea macam mana nak selesaikan masalah mereka",
"Saya ni bukan penganalisis perniagaan. Lagipun thesis yang saya buat tu tak adalah sebagus mana. Awak sebenarnya boleh lantik penasihat atau konsultan perniagaan untuk dapatkan khidmat nasihat. Dekat AKPK pun boleh rujuk. Apalah sangat pelajar universiti macam saya ni boleh tolong",
Sarah menyembamkan mukanya ke meja sehingga dengar bunyi kuat hentakan kepalanya.
"Ehh, apa buat macam tu",tegur Nazril.
"Setiap hari saya belajar, ulangkaji semua benda yang saya belajar di universiti ni. Tapi sampai sekarang saya tak jumpa jawapan untuk tolong papa selamatkan syarikat dia. Saya hanya boleh tolong dia kalau saya ada duit yang banyak",keluh Sarah.
"Duit bukan satu masalah untuk awak, Sarah",
"Apa? Awak nak cakap saya senang-senang boleh minta duit dari Aidil sebab dia tergila-gilakan saya dan sanggup buat apa saja untuk saya?",tebak Sarah.
"Bukan macam tu la. Maksud saya awak sendiri tahu kan kalau awak jual barang peribadi awak yang mahal-mahal tu pun dah boleh cukup untuk makan sebulan. Apatah lagi dengan aset syarikat dan peribadi yang awak dan keluarga awak ada. Cukup untuk tampung survival syarikat papa awak selama setahun. Jadi, duit bukan masalah awak. Kalau awak dapat jadi duit berjuta pun kalau buat keputusan yang salah, ia akan jadi suicide",
Mereka terus bersembang. Untuk pertama kali, keduanya boleh jadi manusia biasa yang normal tanpa ada rasa benci, marah atau prejudis. Namun ada juga makhluk lain yang nampaknya sedang dikuasai syaitan sehingga menimbulkan hasad dengki dalam hati.
ANDA SEDANG MEMBACA
#rasn spin off
FanfictionFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...
