Jadi inilah rasanya. Rasa bersalah menyebabkan nyawa seseorang hampir diragut. Sarah meraup mukanya berkali-kali.
Jika Nazril mati, benarlah Sarah mampu hidup bahagia selama-lamanya. Mereka takkan berkahwin, segala drama Melayu klise takkan berlaku, mungkin Papa takkan mati. Bahagia selama-lamanya untuk Kasih Maisara.
Tapi tak untuk Nazril, untuk Umi, untuk Manja, Kak Nurul Huda, Kucai malah Aidil dan mungkin juga Qistina. Semua orang sayangkan Nazril yang baik hati itu. Nazril tak pernah menyakiti mereka. Nazril hanya bencikan Kasih Maisara.
"Sarah...kenapa termenung macam tu sekali? Nazril tak apa-apa. Sarah jangan risau",Dato Raqib datang menenangkan hati anak tunggalnya itu. Sarah memeluk lengan lelaki itu.
"Sarah sayang papa. Papa je yang boleh sayang Sarah sampai bila-bila kan?",ucap Sarah.
"Ramai lagi orang yang sayangkan Sarah. Aidil, Qistina, keluarga Aidil...Sarah bukan sebatang kara",
"Untuk masa sekarang...",lambat Sarah menuturkannya.
"Nazril tu kawan Sarah?",soal Dato Raqib. Sarah angguk perlahan.
Kawan, suami, musuh. Tak pernah kekasih.
"Kenapa Sarah duduk dengan dia dalam hujan macam tu?",
"Sarah tak nak dia kemalangan",
Sarah agak keliru. Sebenarnya di takdir hidup yang lalu, siapa yang kemalangan. Dia atau Nazril? Kenapa dia rasa apa yang berlaku sekarang agak lain? Dia tak sepatutnya menunggu dalam hujan bersama Nazril ke? Nazril takkan dilanggar kalau tak cuba selamatkan dia yang tercongok dalam hujan macam tugu negara.
"Macam mana Sarah tahu dia akan kemalangan? Ada orang nak aniaya dia?",
"Kalau Papa nak tahu, Sarah ni..."Sarah mendekatkan mulut ke telinga Dato Raqib, "...spy".
Tergelak besar lelaki itu dibuatnya.
"Sebenarnya Sarah dalam misi menyelamatkan dunia. Salah satunya adalah Sarah kena pastikan kawan-kawan Sarah selamat dari serangan musuh",sambung Sarah lagi.
"Sarah Power Ranger pink atau kuning?",soal Dato Raqib bergurau.
"Mestilah pink. Eh kejap, Power Ranger bukan spy",ucap Sarah sambil mencebikkan muka kerana ayahnya mempermainkan dia. Mereka bercerita dan ketawa bersama.
Ada mata yang memerhatikan mereka dari balik pintu wad. Nazril tersenyum melihat kemesraan dua beranak itu. Dia teringatkan arwah bapanya. Dalam hatinya turut terdetik alangkah bahagianya dirinya jika dia yang berada di sisi Sarah, menerima sepenuhnya senyuman dan ketawa gadis itu.
Dia jatuh cinta tanpa diduga.
....................................................................................................................
Dato Raqib masuk ke dalam bilik wad Nazril bersama Sarah. Izudin yang sedang menemani Nazril segara bangun dan bersalaman dengan Dato Raqib.
"Dato, dah lama Dato sampai?",soal Izudin.
"Tak payah panggil Dato. Panggil Uncle saja. Izudin yang jaga Nazril disini ye?",soal Dato Raqib.
"Haah. Nazril tak nak beritahu keluarga dia pun. Jadi saya lah yang kena susahkan diri jaga dia",ucap Izudin separuh bergurau.
"Kalau boleh aku tak nak susahkan kau, Din. Tapi kau je yang boleh tolong ambilkan pakaian aku kat hostel tu. Lagipun aku tak minta kau jaga aku, kat sini kan ada jururawat dan doktor",
Sarah senyum senget tak semena-mena.
Aku tahu siapa lagi boleh jaga dia. Siapa lagi kalau bukan Kak Nurul Huda."Ni Sarah senyum seorang-seorang ni dah kenapa?",soal Dato Raqib. Sarah geleng kepala, namun masih tersenyum memikirkan idea yang terlintas di kepalanya.
Nazril turut senyum. Akhirnya gadis itu senyum untuk dirinya.
"Sarah nak jaga Naz ke?", tebak Dato Raqib.
"Sarah nak minta maaf pada Nazril sebab terpaksa susahkan dia. Kalau Sarah tak ada kat situ, perkara ni takkan jadi",ucap Sarah. Sengaja tak mahu menjawab soalan bapanya.
"Eh tak adalah Sarah. Saya lega Sarah tak ada apa-apa. Lepas ni jangan jadi polis trafik lagi. Nak jadi yang lagi satu tu saya tak kisah",ucap Nazril teringat pada kata-kata Sarah.
"Satu lagi jadi apa?",soal Izudin.
"Power Rangers pink",jawab Sarah selamba. Dato Raqib ketawa. Ada ada saja anak perempuannya ini.
Makin lebar senyuman Nazril melihat telatah Sarah. Astagfirullah, jaga ikhtilat hati ya akhi.
"Jadi kaki Nazril tu nak kena simen berapa lama? Luka kat kepala tu teruk ke sampai awak boleh pengsan?",soal Sarah tiba-tiba serius. Dia ingat aku tunggu kat sini nak tengok dia gelak-gelak ke. Aku hanya nak pastikan dia tak dapat kecederaan kekal. Kalau tak masak dia kena bertanggungjawab. Padahal dia mahu putuskan segala hubungan dengan lelaki ini.
"Sekejap je dalam dua minggu macam tu. Kepala ni, kena tunggu keputusan scan sebab takut ada internal bleeding",
Adohaiiiiiiiiiiiiiiiii janganlah ada pendarahan dalaman. Matilah aku dikutuk Umi sebab aniaya anaknya sebegini rupa.
"Jadi awak jawab exam kat hospital?",soal Sarah lagi.
"Eh tak adalah. Sempat je. Paper saya lambat lagi",jawab Nazril. Agak terharu Sarah ambil berat tentang dirinya.
"Baguslah kalau macam tu. Saya minta maaf sekali lagi",ucap Sarah dengan suara mendatar. Tak nak Nazril salah faham yang dia ambil berat tentang dirinya.
Sarah pula sedang berkira-kira dalam fikirannya untuk merapatkan hubungan Nurul Huda dan Nazril dalam tempoh waktu ini.
......................................................................................................................................................
![](https://img.wattpad.com/cover/275844523-288-k173874.jpg)
YOU ARE READING
#rasn spin off
FanficFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...