"Kau. Memang. Gila. Qistina",ucap Sarah satu persatu. Qistina disebelahnya tersengih.
"Setiap watak utama perlukan watak sampingan macam aku untuk gerakkan jalan cerita. Kalau tak sampai sudah cerita ni tak habis",balas Qistina seraya tersengih.
"Tak habis apanya? Aku dah dapat masa depan yang aku perlukan, Nazril dah dapat kehidupan yang dia mahukan. Terima sajalah takdir aku dan dia tak ada jodoh",bidas Sarah.
"Kau nak tahu alasan dia sebenarnya, kan? Jadi kau kena berhadapan dengan dia. Dia pun mungkin tak tahu apa yang jadi pada kau, jadi kau kena beritahu pada dia sendiri",ucap Qistina.
Qistina sendiri pun tak tahu alasan sebenar Nazril tinggalkan Sarah. Tapi dia tahu Nazril bukan sebodoh itu untuk percaya berita yang entah apa-apa itu. Konklusinya, sebelum Sarah bertolak ke Sabah hujung minggu ini, mereka akan ke kampung Nazril.
"Untuk apa? Jadi dia simpati pada aku lepas tu terima aku? Aku tak perlukan simpati sesiapa lagi-lagi dari dia",bangkang Sarah.
"Mungkin dia pun alami benda yang sama. Dia tak nak beritahu perkara sebenar sebab tak nak kau terima dia atas dasar simpati. Yelah, selama ni dia yang beria-ria nakkan kau. Kau yang selalu tolak dia, suruh dia pergi kat Kak Nurul Huda. Mungkin dia tak yakin dengan cinta kau jadi sahabatku, kau perlu yakinkan dia bertapa dalamnya cinta kau pada dia".
"Kau ni poyo lah. Buatnya dia sebenarnya dah kahwin dengan orang lain, buat malu aku je".
"Eh okay lah. At least kau boleh move on dari dok teringatkan dia. Abang Aidil tu dah lama tunggu kau, tahu".
"Banyak la kau. Habis aku nak buat apa dengan cincin risik dan baju Melayu ni? Mahu aku kena hambat dengan bini dia sebab sengaja nak mengenang kisah lalu",ucap Sarah.
"Sarah kau ni tak ada rasa cemburu ke kalau orang lain dapat dia? Aku rindu lah Sarah yang dulu. Sarah yang pantang kalau haknya dikacau".
"Dia bukan hak aku, Qis. Lainlah dia suami aku, aku...."
Tiba-tiba beberapa memori kehidupan lalu menyinggah di benak mindanya. Jelas dan bertalu-talu.
Kemalangan
Betting. Sally.
Hujan.
Nikah.
"Eh, Sarah. Kau okey ke?",
Jantung Sarah berdegup laju. Seluruh badannya rasa sakit.
Kemudian dia seolah melalui ruang vakum, tiada apa yang didengari. Hanya sayup-sayup suara Qistina yang berkata "Sarah, bangun Sarah".
Tapi bukan Qistina yang didepan matanya ini. Mata Sarah terbeliak memandang sekeliling yang seakan makin kelam.
"Sarah!",Qistina menjerit kuat padanya. Ruang vakum itu terhenti. Sarah rasa lega.
"Kau kenapa, Sarah?",soal Qistina kedengaran risau.
"Tak ada apa-apa, Qis",ucap Sarah.
....................................................................................................................................................
"Assalamualaikum", Sarah dan Qistina memberi salam serentak apabila mereka tiba di hadapan rumah Puan Ida.
"Waalaikumsalam, eh Sarah, Qistina. Ya Allah apa kamu buat kat sini. Jemput masuk",ucap Puan Ida.
"Umi apa khabar?",soal Sarah melabuhkan punggung di sofa di ruang tamu. Dia memerhatikan sekeliling rumah itu. Rumah yang pernah didiami selama beberapa bulan pada hayat yang lepas.
"Khabar baik. Sarah?Qis?",soal Puan Ida kembali.
"Alhamdulillah",jawab Sarah dan Qistina serentak." Aidil ada beritahu umi tentang papa Sarah. Umi ucap takziah",ucap Puan Ida.
"Sarah redha umi. Papa pergi dalam keadaan bersih tanpa dosa, di tanah suci".
"Sarah datang sini nak jumpa Nazril?",soal Puan Ida.
"Tak, umi. Sarah datang nak pulangkan cincin risik dan.. err baju Melayu yang Sarah pernah buat untuk Nazril. Memandangkan papa dah tak ada, Sarah tak tahu nak beri baju ni kepada siapa lagi",ucap Sarah."Nazril..err mungkin balik lambat sikit hari ni. Sarah nak tidur sini?",ajak Puan Ida.
"Tak apa, umi. Sarah rasa Sarah tak perlu ganggu hidup dia lagi. Dia pun kata dia tak nak jumpa Sarah. Sarah cuma nak tahu cerita sebenar tentang sebab dia putuskan hubungan kami. Sarah nak teruskan hidup tanpa simpan apa-apa dendam pada Abang Nazril",jelas Sarah."Sebenarnya...Nazril ada di hospital sekarang",jawab Puan Ida.
...........................................................................................................................
Sejak jatuh pengsan pada hari raya korban, Nazril seringkali keluar masuk hospital kerana ketidakstabilan tekanan dalam darahnya. Ditambah dengan kemurungan yang dia hadapi, dia seolah-olah sudah berputus asa untuk hidup.
Petang ini sepatutnya Puan Ida mengambilnya pulang ke rumah. Namun wanita itu sudah memaklumkannya dia akan tiba lambat kerana ada tetamu.
Qistina yang sedang berbual dengan Puan Ida berjalan mendahului Sarah di lorong kaki lima menuju ke wad lelaki. Manja pula tinggal di rumah bersama Kak Kiah.
Abang sayang Sarah.
Pandang bintang nampak Sarah.
Rindu separuh nyawa.
Sarah tak tahu apa yang dialami. Kenangan dari kehidupan lalu berpusu-pusu menerjah kotak fikirannya. Hatinya yang sebelum ini sudah kosong dengan cinta kembali terisi.
Sarah kau kena ubah masa depan kau. Jangan mengalah atau kembali pada kehidupan lalu yang menyedihkan tu.
"Umi",tegur seorang wanita pada Puan Ida dan Qistina. Sarah turut mengangkat muka untuk melihat gerangan si pemilik suara. Siapa lagi kalau bukan Nurul Huda.
Nazril yang baru keluar dari resepsi wad lelaki terkejut melihat kehadiran Sarah di belakang tubuh ibunya. Mereka berpandangan.
Di mata Sarah, masih terbayang segala kasih sayang yang diberikan Nazril sebagai suaminya dalam kehidupan lalu. Melihatkan keadaannya yang sudah cengkung dan kurus, Sarah tak dapat menahan air matanya dari tumpah. Dia kemudian menangis teresak-esak namun dia cekup mulutnya supaya tidak mengeluarkan bunyi.
"Sarah...",ucap Nazril. Pada mulanya dia mahu tidak mempedulikan gadis itu tapi bila Sarah mula menangis, perasaannya jadi tak keruan.
Sarah berpaling dari kumpulan manusia itu dan berlari. Dia tak kuat berhadapan dengan lelaki itu. Dia fikir dia sudah melupakan Nazril namun kenangan dari kehidupan masa lalu membuatkan dia keliru dengan perasaannya sendiri. Nazril cuba mengejarnya namun Puan Ida menghalang.
"Naz, Naz tak sihat. Jangan berlari",tegah Puan Ida.
"Sarah, umi",ucap Nazril.
"Iya, umi tahu. Dia datang nak jenguk Naz. Dia baru tahu Naz sebenarnya sakit. Maafkan umi ya umi terpaksa berterus terang dengan dia".
"Kenapa dia menangis, umi? Kenapa dia menangis tengok Naz? Dia...dia dah bahagia dengan hidup dia, umi. Dia dah bahagia dengan Aidil",ucap Nazril.
Seminggu selepas hari raya korban, Nazril keluar dari hospital dan dapat tahu dari Aidil tentang kematian papa Sarah. Nazril rasa sangat bersalah kerana telah meninggalkan Sarah yang sudah jatuh ditimpa tangga. Dia juga dapat tahu dari Izudin yang syarikat papa Sarah tidak dapat diselamatkan. Sarah dah tak punya apa-apa lagi.
Kerana itu, dalam diam dia kembali semula ke Kuala Lumpur tanpa pengetahuan Puan Ida. Dia lihat di rumah sewa Sarah, Sarah sedang berbual mesra dengan Aidil. Siap bertepuk tampar. Dia sangkakan Sarah sudah tidak perlukan dia lagi. Sarah sudah bahagia bersama Aidil. Kerana itu dia keliru dengan tujuan Sarah mencarinya disini.
Walau pada dasar hatinya,Nazril sememangnya masih mengharapkan kehadiran Sarah.
................................ ....................................

ANDA SEDANG MEMBACA
#rasn spin off
Fiksi PenggemarFiksyen peminat novel Rindu Awak Separuh Nyawa dari Siti Rosmizah. Kasih Maisarah meninggalkan Nazril dalam keadaan dirinya sarat mengandung, semuanya berpunca dari fitnah orang ketiga iaitu Nurul Huda. Kebakaran yang berlaku di rumah Kak Munah dij...