29: thesis

3 0 0
                                    

Usai melaporkan diri dengan pensyarah penyelia masing-masing, Nurul Huda mendapatkan Nazril yang ketika itu sedang berjalan keluar dari bangunan pentadbiran universiti.

"Naz, Huda nak tanya sikit boleh?",soal Nurul Huda.

"Ye?",jawab Nazril sepatah.

"Semalam umi ada call Naz ke?",soal Nurul Huda.

"Oh haah ada",jawab Nazril.

"Naz jadi balik kampung tak hujung minggu ni?".

"Erm..insyaallah".

Nurul Huda senyum, hatinya turut tersenyum. Umi mencadangkan supaya usai majlis bertunang, mereka bernikah terus. Nurul Huda memang setuju tapi untuk menunjukkan dia bukan gadis yang gelojoh, dia katakan yang mereka patut pulang berbincang dahulu dengan keluarga masing-masing. 

Mengingatkan perkara itu Nazril jadi makin gelisah. Dia sepatutnya gembira dijodohkan dengan perempuan sebaik Nurul Huda. Sudah jenuh dia memujuk hatinya namun Sarah juga yang melekat dalam fikiran dan hatinya. 

Nazril beristighfar. Dia tak patut jatuh cinta hanya dari sudut luaran seseorang. Rupa, harta dan pangkat tidak menjanjikan kebahagiaan. Tapi hati budi dan iman yang menguatkan ikatan perkahwinan. 

Paling kurang pun, dia melakukan semua ini demi Umi. Redha hidup seorang anak terletak pada redha seorang ibu. Jadi Nazril nekad memilih Nurul Huda, sekurang-kurangnya belajar menyayangi gadis itu. Beberapa minggu lagi dia akan meminta kembali cincin risik yang diberikan kepada papa Sarah. Kemudian, akan diserahkan kepada Nurul Huda pula.

Telefon pintar Nazril berbunyi. Panggilan dari Aidil.

....................................................................................................................... 

Banyak yang Sarah belajar dari staf syarikat papanya sepanjang minggu pertama dia bekerja. Dia tahu dia seperti tiada fungsi tapi sedaya upaya dia cuba memahami selok belok operasi syarikat dengan mentelaah beberapa fail di dalam bilik fail. Dia juga membantu mengemas bilik fail yang berselerak itu.

"Cik Sarah...Cik Sarah...",kejut seorang staff yang bernama Ainul. Sarah yang tidur duduk bersandar pada rak sambil memeluk fail terbangun.

"Astagfirullah...maaf saya tertidur",ucap Sarah yang terkulat-kulat sambil membetulkan letak tudung.

"Sekarang waktu makan tengah hari. Cik Sarah nak makan tengah hari dengan kami?",soal Ainul. Sarah senyum dan mengangguk. 

Keluar saja dari bilik fail, Sarah hampir menjerit. Kenapa pula dia perlu bertembung dengan Nazril di sini?

"Maaf, Sarah. Saya tak sengaja",ucap Nazril. 

"Hei, ni awak buat apa kat sini?",marah Sarah. Kat rumah nampak muka dia, kat pejabat papa nampak muka dia.

"Saya jumpa Aidil tadi. Ada hal sikit",jawab Nazril.

"Hmm apa-apalah. Jomlah, Ainul. Awak selalu makan kat mana?",soal Sarah pada Ainul.

"Kalau Cik Sarah nak rehat dengan kawan Cik Sarah & Encik Aidil tu...saya tak kisah",ucap Ainul.

"Ala, bosanlah makan dengan mereka. Saya nak juga berkenalan dengan staff papa walaupun mungkin masa kita tak lama kat sini. Jomlah",ucap Sarah menggapai tangan Ainul dan meninggalkan Nazril.

Nazril yang tadi ke tandas masuk semula ke bilik mesyuarat. Ada Aidil dan seorang bekas pensyarah mereka, Encik Hadi  yang merupakan seorang konsultant perniagaan. Nazril masih berhubung dengan pensyarahnya, jadi Aidil minta tolong untuk mengadakan temu janji dengannya. Nazril yang pada mulanya hanya menemaninya ke sini turut ikut serta dalam perbincangan itu kerana diajak Aidil dan Encik Hadi.

"Ala kau ni macam tak biasa dengan aku pula",ucap Aidil apabila lihat Nazril teragak-agak untuk masuk mengikuti perbincangan itu.

Masuk saja dalam bilik mesyuarat itu, dia lihat hanya ada Aidil.

"Encik Hadi mana? Jadi pergi makan kat kafe?",soal Nazril. Aidil angkat muka dari tablet pintarnya.

"Dia ada hal kecemasan tadi. Jom lah kita makan berdua. Kafe kat bawah ni sedap tahu, Uncle Raqib dari mula kerja sini memang suka makan kat situ",ucap Aidil. Nazril angguk sambil menunggu Aidil menjawab beberapa panggilan telefon yang masuk.

Akhirnya mereka keluar dari pejabat itu agak lewat.

"Kau memang selalu ke sini?",soal Nazril.

"Sebenarnya, sejak syarikat Uncle alami masalah, dia selalu minta bantuan aku & papa aku. Kami selalu datang sini berbincang. Sebelum dia pergi haji hari tu pun, dia amanahkan aku jaga syarikat ni kalau ada apa-apa jadi pada dia",jelas Aidil.

"Lain macam je aku dengar ayat dia",ucap Nazril.

"Tulah, aku pun risau sebenarnya. Gaya dia cakap tu macam dia nak pergi jauh",

Mereka masuk ke dalam lif dan menekan butang 'G'.

"Sebenarnya, aku tak risau sangat tentang syarikat kalau Uncle...memang ditakdirkan tak dapat balik sini. Apa yang aku lagi risaukan adalah Sarah",ucap Aidil.

Nazril melepaskan satu keluhan berat. Dia sudah berjanji pada Dato Raqib untuk menjenguk dan menjaga Sarah sepanjang ketiadaannya. Malah, dia juga sudah menyatakan hasratnya memperisterikan Sarah pada Dato Raqib. Kalau Dato Raqib dapat kembali dengan selamat, dia tak risau untuk melupakan hasratnya itu. Tapi kalau sebaliknya berlaku, perlu ke dia mengotakan janji yang telah dibuat pada lelaki itu?

"Kenapa kau mengeluh?",soal Aidil.

"Kau tak nak kahwin dengan Sarah?",soal Nazril. Pintu lif terbuka dan mereka keluar dari perut lif. Mereka berjalan menuju ke kafe yang terletak di bahagian kanan.

"Dah tentu aku nak kahwin dengan dia, Naz. Aku cintakan dia. Tapi dia tak cintakan aku. Aku nak buat macam mana",ucap Aidil. Mereka memilih untuk duduk di satu kawasan yang agak terpencil. Oleh kerana mereka turun lewat sedikit, kebanyakan pekerja di bangunan itu sudah mula beransur kembali ke pejabat masing-masing.

Aidil tidak kekok untuk makan nasi campur di kafe tersebut walaupun dia berpangkat tinggi. Sikap merendah diri Aidil itulah yang membuatkan Nazril selesa berkawan dengannya selama ini. 

"Aku memang risaukan dia. Tapi kau tahu tak, aku rasa dia dah banyak berubah sejak akhir-akhir ni. Rasanya sejak dia terlibat dalam kemalangan dengan kau dulu. Lagi-lagi sejak dia dah baca surat yang aku minta kau beri pada dia tu. Dia dah boleh terima keadaan ni dan buat banyak persiapan termasuklah jual barang-barang peribadi, sewa rumah biasa, jual kereta mewah dia. Kalau kau tanya aku, Sarah yang dahulu memang tak boleh hidup susah sikit. Orang gaji dia cuti sehari pun dia dah tak tentu arah, memang sentiasa bergantung pada orang lain. Syukurlah dia dah berubah dan belajar untuk hidup susah. Dan aku akan sentiasa ada di sisi dia untuk bantu dia. Walaupun hanya sebagai kawan".

"Baguslah dia ada kau. Kalau aku memang tak boleh nak tolong apa. Tadi dia nampak aku pun dia tiba-tiba naik marah. Benci sangat dengan orang miskin macam aku gamaknya".

"Eh apa kau cakap macam tu. Kau tahu tak, sejak uncle ada kat sini lagi, Sarah tu beria-ria cerita tentang thesis kau waktu degree dulu. Dia kata mungkin kes yang kau kaji boleh jadi rujukan untuk masalah yang syarikat ni alami. Bila aku baca thesis kau tu pun, betul kata dia. Dari situ aku dan uncle dapat idea untuk selesaikan beberapa masalah dalam syarikat ni".

"Eh engkau ni. Thesis tu biasa-biasa je kot. Bukannya hebat sampai tahap doktor falsafah ke apa".

"Sekurang-kurangnya ia boleh jadi rujukan awal. Itu yang aku jumpa Encik Hadi tadi, sebab dia lagi pakar dalam hal ni. Jadi kau jangan nak rendah diri sangat. Aku rasa kalau kau pilih untuk buat full research masa mula-mula sambung master dulu, mesti kau boleh kembangkan lagi thesis kau tu. Silap haribulan boleh sambung pHD terus".

"Hish, aku sambung belajar ni pun sebab umi, sebab nak tunaikan hajat arwah bapa aku. Kalau aku buat research mahunya makan tahun. Bila pula aku nak balik kampung tolong umi aku",jawab Nazril.

"Iyelah, dengar cerita orang tu dah nak bertunang dengan Nurul Huda. Mesti tak sabar nak habis belajar, kerja, lepas tu kahwin. Aku lupa kalau aku dah ucap tahniah kat kau",ucap Aidil.

Nazril senyum pendek. 

#rasn spin offWhere stories live. Discover now